Pages

Showing posts with label Juliana. Show all posts
Showing posts with label Juliana. Show all posts

Wednesday 26 November 2014

Fotograpi Juliana Evans yang pertama selepas kembali ke Malaysia

Selepas kaku pada lima minit pertama, barulah gadis ini mula mendapat rentak beraksi di hadapan kamera.

Jujur saja bicaranya, sudah lama tak bergambar sakan, apatah lagi ditampilkan sebagai penghias muka depan akhbar mahupun majalah.

Ini adalah sesi fotografi pertama dijayakan pelakon Juliana Evans, 25, sekembalinya dari Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), Ahad lalu.

Pemilik nama sebenar Juliana Sophie Johari Evans yang mesra disapa Jue ini menyambung pengajian di peringkat ijazah dalam bidang komunikasi di Western Michigan University.

Dia kemudian menetap selama enam bulan di Los Angeles (LA) bagi mengikuti program jangka pendek di New York Film Academy - Harian Metro






View the original article here

Saturday 26 July 2014

Perubahan mendadak penampilan Juliana Evans yang paling mengejutkan

Perubahan mendadak penampilan Juliana Evans yang paling mengejutkan - Penampilan pelakon kacukan Melayu-Inggreris, Juliana Evans sememangnya diketahui sering seksi dan memukau ramai peminat yang bergelar lelaki.

Meskipun ketika ini beliau sedang menyambungkan pengajiannya di New York Film Academy untuk tempoh dua bulan namun perhatian orang ramai mengenai kehidupan hariannya tidak pernah putus-putus.

Baru-baru ini, Juliana telah terlibat dalam penggambaran sebuah filem Indie di New York yang memerlukannya bertudung. Perubahan mendadak ini merupakan satu transformasi permulaan buat bekas kekasih Zizan Razak itu.







View the original article here