Pages

Showing posts with label Penampilan. Show all posts
Showing posts with label Penampilan. Show all posts

Thursday 27 November 2014

4 Foto penampilan terbaru raja dangdut, Amelina amat curi tumpuan

Penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Dangdut dek pengaruh beliau dalam dunia muzik tersebut pernah tiba tiba hilang dari dunia hiburan tanpa khabar berita selepas berkahwin dan baru baru ini timbul isu mengatakan dirinya sudah kembali tidak bertudung.

Amelina tampil bertemu media hari ini untuk memberikan penjelasan tentang keadaan dirinya kini dan perancangan untuk kembali aktif dalam dunia hiburan selepas 15 tahun menyepi.

“Saya akui berkahwin adalah antara alasan saya meninggalkan dunia nyanyian dulu. Tapi kembali aktif selepas 15 tahun ini, saya lebih selesa untuk membiarkan ia menjadi satu kisah peribadi yang tidak dikongsikan dengan sesiapa. Saya amat berharap agar semua pihak dapat menghormati pendirian saya kerana ia membabitkan banyak pihak,” ujarnya.

Amelina yang kini sudah mempunyai enam orang orang turut mengulas tentang isu gambar beliau yang dilihat kini sudah tidak bertudung.

“Jujur saya katakan yang semua itu hanya spekulasi kerana saya belum lagi bertudung penuh. Namun saya akui gambar itu adalah saya yang mengenakan tudung ketika itu. Tapi itu disebabkan saya terpaksa pakai tudung bagi menutup wajahsaya bagi mengelak dari sesiapa mengenali saya”

“Saya tidak yakin dan malu untuk muncul di khalayak ramai lebih lagi dengan mana-mana pihak yang mengenali saya. Tapi kini adalah masa paling sesuai untuk saya muncul dengan penampilan baru selepas menyusun dan merencana langkah dengan tersusun,”
tambahnya.

Bagi peminat setia Amelina, ini pastinya sesuatu yang dinantikan. Selepas ini boleh kembali lihat aksi Ratu Dangdut ini membawakan lagu genre kegemaran anda.












View the original article here

Sunday 3 August 2014

Perubahan Penampilan Marshanda Selepas Bercerai

PELAKON dan penyanyi Marshanda Indonesia, mengejutkan para peminatnya apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas bercerai dengan uaminya, Ben Kasyafani bulan lalu.

Portal Kapan Lagi melaporkan dia mengambil tindakan tersebut kerana dikatakan tidak rasa terhubung dengan penamilannya sejak empat tahun lalu itu dan ingin berasa bebas selepas bercerai.


Marshanda_MainMarshanda dan Ben ketika saat bahagia mereka.

Marshanda dalam satu entri di laman sosial Instagram menegaskan dia tidak peduli dengan pandangan orang tentang keputusannya dan bahagia dengan kehidupannya sekarang.

“Saya tidak perlu perhatian daripada anda semua kerana saya tidak peduli dengan apa juga yang anda ingin katakan tentang keputusan saya.

“Kebahagian saya terletak dalam tangan saya sendiri dan bukannya ditentukan oleh orang lain,” katanya.

Keputusan Marshanda itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya di Indonesia yang terkejut dengan tindakannya membuka tudung.


Cha_1 

Wajah terbaharu Marshanda atau lebih mesra dengan sapaan Cha yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya.

“Cha, dulu saya tidak meminati anda tetapi selepas kamu berkahwin dan mempunyai anak, saya mulai suka dengan kehidupan baharu kamu.

“Tapi hari ini, kekaguman saya untuk kamu sudah hilang,” kata salah seorang peminatnya di laman sosial Instagram.

Bagaimanapun ada peminat yang mempertahankan tindakan pelakon itu dan menganggap ia adalah pilihan Marshanda dan tiada siapa boleh memaksanya.

“Jangan terlalu cepat menilai kerana dia lebih tahu apa yang sedang dilakukannya. Sebagai peminat adalah lebih baik kita mendoakan agar dia terus diberikan hidayah,” kata peminatnya.


Marshanda Cerai 

Marshanda dan Ben bercerai pada Mei lalu selepas empat tahun berkahwin.

Dalam pada itu, peguam bela Marshanda, Afdal Zikri menegaskan tindakan pelakon itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perceraian tersebut.

Jelas Afdal, keputusan tersebut dilakukan adalah pilihannya sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

“Itu keputusan dia, kita harus hormati pilihan yang dia buat dan dia sudah matang untuk menentukan apa yang terbaik,” katanya.–mStar


Marshanda_3 

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Sienna Ameerah Kasyafani.




View the original article here

Saturday 26 July 2014

Perubahan mendadak penampilan Juliana Evans yang paling mengejutkan

Perubahan mendadak penampilan Juliana Evans yang paling mengejutkan - Penampilan pelakon kacukan Melayu-Inggreris, Juliana Evans sememangnya diketahui sering seksi dan memukau ramai peminat yang bergelar lelaki.

Meskipun ketika ini beliau sedang menyambungkan pengajiannya di New York Film Academy untuk tempoh dua bulan namun perhatian orang ramai mengenai kehidupan hariannya tidak pernah putus-putus.

Baru-baru ini, Juliana telah terlibat dalam penggambaran sebuah filem Indie di New York yang memerlukannya bertudung. Perubahan mendadak ini merupakan satu transformasi permulaan buat bekas kekasih Zizan Razak itu.







View the original article here

Sunday 18 May 2014

Penampilan terkini Tasha Shilla di Hlive yang agak berusia

Penampilan terkini Tasha Shilla di Hlive yang agak berusia - Mungkin tidak ramai yang perasaan dengan penampilan Tasha Shilla di Majlis Pelancaran Parti H! Live semalam yang kelihatan agak berusia dan kurang menonjol berbanding penampilannya di Anugerah Meletop Era 2014.

Rekaan Hatta Dolmat yang dikenakan oleh pelakon itu tidak dinafikan memang anggun dan menakjubkan namun penggunaan make-up pada wajah beliau yang sedikit gelap menyebabkan Tasha kelihatan lebih matang berbanding usianya.

Pada penulis, kecantikan dan kejelitaan Tasha Shilla lebih terserlah jika menggunakan make-up yang sederhana atau nipis dan mengenakan gaun yang sedikit ketat. Apapun, aktres berusia 27 tahun ini merupakan antara selebriti tempatan yang memiliki kecantikan wajah dan badan semulajadi yang menjadi idaman ramai wanita di luar sana.












View the original article here