Pages

Thursday 27 November 2014

4 Foto penampilan terbaru raja dangdut, Amelina amat curi tumpuan

Penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Dangdut dek pengaruh beliau dalam dunia muzik tersebut pernah tiba tiba hilang dari dunia hiburan tanpa khabar berita selepas berkahwin dan baru baru ini timbul isu mengatakan dirinya sudah kembali tidak bertudung.

Amelina tampil bertemu media hari ini untuk memberikan penjelasan tentang keadaan dirinya kini dan perancangan untuk kembali aktif dalam dunia hiburan selepas 15 tahun menyepi.

“Saya akui berkahwin adalah antara alasan saya meninggalkan dunia nyanyian dulu. Tapi kembali aktif selepas 15 tahun ini, saya lebih selesa untuk membiarkan ia menjadi satu kisah peribadi yang tidak dikongsikan dengan sesiapa. Saya amat berharap agar semua pihak dapat menghormati pendirian saya kerana ia membabitkan banyak pihak,” ujarnya.

Amelina yang kini sudah mempunyai enam orang orang turut mengulas tentang isu gambar beliau yang dilihat kini sudah tidak bertudung.

“Jujur saya katakan yang semua itu hanya spekulasi kerana saya belum lagi bertudung penuh. Namun saya akui gambar itu adalah saya yang mengenakan tudung ketika itu. Tapi itu disebabkan saya terpaksa pakai tudung bagi menutup wajahsaya bagi mengelak dari sesiapa mengenali saya”

“Saya tidak yakin dan malu untuk muncul di khalayak ramai lebih lagi dengan mana-mana pihak yang mengenali saya. Tapi kini adalah masa paling sesuai untuk saya muncul dengan penampilan baru selepas menyusun dan merencana langkah dengan tersusun,”
tambahnya.

Bagi peminat setia Amelina, ini pastinya sesuatu yang dinantikan. Selepas ini boleh kembali lihat aksi Ratu Dangdut ini membawakan lagu genre kegemaran anda.












View the original article here

No comments:

Post a Comment