Tanggal 1 November 2014 lalu, pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah menerima kehadiran puteri sulung mereka yang dinamakan, Aaisyah Dhia Rana.
Sebelum dilahirkan lagi, Aaisyah sudah mencipta sensasi apabila
kelahirannya mendapat tajaan sepenuhnya daripada pihak Hosital Pakar
Ampang Puteri, Kuala Lumpur.
Pendapatan Aaisyah Dhia Rana melebihi pendapatan Rozita Che Wan
– Sebaik sahaja dilahirkan, populariti Aaisyah mencanak naik apabila
gambar comelnya dimuat naik di akaun Instagram Rozita dan Zain.
Menyedari populariti luar biasa yang diterima Aaisyah, Rozita atau mesra
disapa Che Ta tidak menganggap itu satu bebanan yang berat.
“Saya tidak kisah dengan perhatian yang
diberikan orang ramai kepada anak saya kerana bagi saya itu perkara yang
normal. Ibu bapanya seorang selebriti, jadi bukan satu perkara yang
pelik apabila Aaisyah juga turut popular,” katanya dipetik Kosmo!
Akui Che Ta, meskipun anaknya belum
berusia sebulan, namun, bayi comel itu sudah menerima banyak tawaran
sesi fotografi majalah dan iklan. Bukan itu sahaja, pendapatan yang
diraih anaknya juga melebihi pendapatannya. Dalam pada itu, wujud
kebimbangan di hati Che Ta apabila anaknya menerima pujian yang
melambung daripada orang sekeliling.
“Sejujurnya, saya tidak kisah untuk anak
saya turut melibatkan diri dalam bidang seni pada usia muda kerana Zain
juga pernah berlakon iklan ketika kanak-kanak. Sekarang, pendapatan
Aaisyah lebih banyak daripada saya. Saya bukan menggunakan anak untuk
dapatkan wang. Cara itu salah kerana sudah dikira mengeksploitasi anak.
Sebaliknya, saya meneliti setiap tawaran terlebih dahulu. Jika sesuai
barulah saya terima dan wang itu terus disimpan dalam akaun Aaisyah.
Lebih baik dia ada simpanan pada usia yang muda untuk kegunaan pada masa
hadapan.
“Siapa tidak suka orang puji anak
sendiri tetapi dalam hati saya wujud perasaan bimbang. Ini kerana tiada
manusia yang sempurna. Apabila orang memberi komen di Instagram yang
anak saya cantik dan sempurna, saya jadi bimbang. Kalau boleh memadai
cakap comel sahaja. Saya juga tidak mahu anak saya dibandingkan dengan
anak orang lain kerana setiap bayi mempunyai keistimewaan tersendiri,”
luah Che Ta yang akan mula bekerja pada awal Januari tahun hadapan.
Selain daripada anak Che Ta dan Zain
Saidin, ada juga beberapa lagi anak selebriti yang meraih populariti
mengalahkan ibu atau bapa mereka sendiri. Antaranya adalah Lara Alana
(Scha Al-Yahya & Awal Ashaari), Julia Claire (Betty Banafe),
Arrianshah Akid (Tomok) dan Noah Ismail Wong (Yasmin Hani & Sha’arin
Razali).
No comments:
Post a Comment