Pages

Friday 14 November 2014

Solat Di Parkir PWTC, Akhirnya Zahiril Adzim Beri Penjelasan Sebenar

PETALING JAYA: Pelakon Zahiril Adzim menjelaskan tindakannya menunaikan solat di parkir Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebelum ke majlis Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada 7 November lalu bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.
Zahiril, 29, berkata, dia terpaksa menunaikan solat Maghrib di kawasan letak kereta tersebut berikutan sudah kesuntukan masa selepas berkejar-kejar dari lokasi penggambaran untuk menghadiri majlis berkenaan.
“Saya terpaksa menunaikan solat Maghrib di parkir kerana waktu solat sudah suntuk dan saya sudah mengagaknya. Jadi selepas selesai penggambaran saya pulang ke rumah untuk ambil isteri saya dan ketika itu saya sudah siap-siap ambil air sembahyang.
“Selepas sampai sahaja di PWTC saya cari tempat tersorok untuk bersembahyang kerana kalau saya bergegas ke surau sudah tentu penuh, lagi pun saya takut air sembahyang terbatal jika ada yang ingin bergambar ketika dalam perjalanan ke surau,” ujarnya kepada mStar Online.
Zahiril berkata demikian ketika diminta mengulas apabila gambarnya sedang bersembahyang di kawasan parkir sebelum bermula majlis ASK 2014 tersebar dan dibualkan di laman sosial.
10805691_294550327420856_2564110245858365863_n1
Gambar dirakamkan oleh peminat yang melihat situasi itu menyebabkan Zahiril dituduh mahu menunjuk-nunjuk kerana tidak menunaikan solat di surau yang disediakan di PWTC.
Jelas Zahiril, dia sendiri terkejut apabila diberitahu tentang gambar itu tersebar dan diperkatakan di laman sosial.
“Saya rasa ia tidak elok untuk disebarkan kerana akan menimbulkan fitnah seperti ini, saya pun tidak perasan siapa yang mengambil gambar tersebut. Kalau benar saya mahu menunjuk-nunjuk baik saya sembahyang di red carpet sahaja.
“Saya sudah cari tempat paling sunyi yang tidak ada orang ramai, namun saya tahu ada pengawal keselamatan berhampiran kerana takut kalau ada apa-apa berlaku ketika sedang solat,” katanya.
MSTAR ONLINE

11 comments:

  1. what you just did was admirable - syabas kerana menegakkan tiang agama

    ReplyDelete
  2. Takper, yang penting niat kita. Hanya Allah sahaja yang tahu. Pedulikan apa org nak kata. Awk hanya senyum dan bersabar jer.

    ReplyDelete
  3. meka yg duk komen tu bukan nyer solat pn...name je islam tp bertopengkan kapir..
    dari x solat baik la solat walaupn dalam keadaan ape skali pn...

    ReplyDelete
  4. Kita kat rantau ini je yg nampak pelik klau solat bukan kat surau/masjid....klau pi middle east, masuk je waktu solat, diorg solat atas bahu jln, divider jln n kat mn2 sj. Yg penting nya solat wajib kerjakan. Pedulikan je komen2 dr org2 yg tak solat....

    ReplyDelete
  5. Tahniah atas memberi kesedaran kepada yg lain.

    ReplyDelete
  6. siapa yg upload gambar u tu.. dan byk timbulkan fitnah serta cacian dan hinaan... akan menanggung dosa percuma. biarkanlah.. Allah SWT maha mengetahui. Semoga Allah memberkati anda dan keluarga.. teruslah mengingati Allah, seimbangkan dunia dan akhrat.. semoga keluarga dan waris2 anda, terbelihara dan sentiasa dlm ehsan dan rahmad Allah SWT.. ameen

    ReplyDelete
  7. mcm tu pn d anggap pelik...hmmmm

    ReplyDelete
  8. Org malaysia .....come on..solat di luar surau pun nak buat fitnah.yg upload pun satu bebal.dia solat la wei.betul la ckp dia...if nak g surau...peminat sure akan stop nak ambik gambar n etc.plz la.....jgn la jakun sgt.we are muslim country

    ReplyDelete
  9. kesian kan sekarang... Nak Solat pun kena cari tempat sembunyi....
    nak tayang badan selamber jer...

    Akhir Zaman...

    ReplyDelete
  10. dlm solat tiada istilah menunjuk nunjuk, yg byk menunjuk itu yg biasanya tak solat...Tahniah Zahril krn anda telah membuka mata org mengabaikan solat....

    ReplyDelete
  11. kesian jadi mangsa org yg tidak memahami... sy juga pernah solat di bawah tangga sebuah shopping complex sbb tidak ada surau & kesuntukan masa.

    ReplyDelete