Pages

Wednesday, 5 November 2014

5 Gambar terakhir arwah Ahmad Rafikin sebelum ditemui maut di celah batu


Merupakan antara tragedi yang paling menggemparkan di Malaysia tahun 2014 bagi kami. Hanya selepas empat hari hilang jenazah Ahmad Rafikin baru ditemui dalam keadaan menyayat hati tersepit di celah batu berdekatan dengan trek perlumbaan.

Gambar terakhir arwah Ahmad Rafikin Azman ini telah berjaya dirakam oleh salah seorang daripada pihak urusetia di awal perlumbaan acara Larian Antarabangsa Gunung Gajah Terom di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu hujung minggu yang lepas.
Ibu saudara arwah menyatakan anak saudaranya itu amat gemarkan aktiviti lasak dan penyertaannya dalam acara berkenaan telah dimaklumkan kepada ibu bapa dan keluarga.
Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sains SMS Sultan Mahmud, Kuala Terengganu tersebut ditemui meninggal dunia sekitar jam 6.35 petang semalam. Ahmad Rafikin ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu tidak jauh dari trek perlumbaan.

Sumber asal : BLOG HARIANDOTCOM


No comments:

Post a Comment