Pages

Thursday 13 November 2014

Inilah 2 gambar Tiz Zaqyah bersinglet yang dikecam netizen


Sebelum ini, Nora Danish dan isteri Fizo Omar, Mawar Abdul Karim menerima kecaman dari peminat kerana pakaian yang dipilih mereka agak ketat dan menjolok mata.

Hari ini pula, giliran pelakon cantik manis, Tiz Zaqyah dikecam netizen di laman sosial kerana dua keping gambarnya yang didakwa seksi selepas hanya memakai singlet.


Tak dapat dinafikan kadang-kala penonton akan terbawa-bawa dengan watak seseorang selebriti dalam lakonan sehingga berharap agar watak itu dapat direalitikan secara peribadi oleh individu tersebut.

Mungkin dek kerana itu, kami perasan sejak akhir-akhir ini penampilan dan cara Tiz Zaqyah sering sahaja disalah erti. Kebanyakan mereka sering membandingkan perwatakan Tiz Zaqyah dengan karakternya dalam filem atau drama yang dilakonkannya.

Terkini, foto Tiz memakai singlet dan berselfie dengan seorang jurumekap yang dianggap sebagai ‘kakak’nya juga menerima kritikan agak pedas daripada netizen.

Walaupun Tiz sudah menyatakan melalui kapsyen bahawa dia dan jurumekap tersebut tidak berpelukan, namun, peminat masih tak berpuas hati dan menegur pelakon jelita ini.

Alah bisa tegal biasa. Mungkin kerana sudah lali dengan teguran, pelakon cantik itu nampaknya tenang dan tidak lagi mahu melayan komen-komen berbentuk provokasi itu.
Sumber asal : PORTAL OHBULAN


No comments:

Post a Comment