Pages

Wednesday 26 November 2014

Punca Eizlan Yusof enggan ceraikan isterinya, Vie Shantie

Berita kegoyahan rumahtangga Datuk Eizlan Yusof & isterinya, Datin Vie Shantie mengejutkan ramai pihak yang tidak menyangka pasangan ini sedang berhadapan masalah sehingga si isteri tampil memfailkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah.



Pelakon juga ahli perniagaan itu sebelum ini gagal dihubungi untuk memberikan komen berkaitan perkara ini namun melalui Berita Harian hujung minggu ini, Eizlan Yusof tampil memberikan sedikit komen tentang keadaan dirinya sekarang.



“Susah nak komen! Aku sayang dia, family aku. Ini dugaan tiga suku mati aku nak menanggungnya Aku tak boleh komen apa apa buat masa ini, aku down gila, nantilah ya”

“Aku tak nak semua terjadi. Ya, aku sedang mempertahankan perkahwinan aku sebab aku taknak berpisah. Kalau aku dah lafaz, takkanlah aku nak mempertahankan perkahwinan ini, mesti dah terlerai,”
tambah Eizlan Yusof selepas dipujuk lagi untuk berikan komen.



Dari gaya bahasa dan kenyataan Eizlan Yusof ini, jelas memberitahu kepada kita bahawa beliau enggan menceraikan isterinya kerana mahu mempertahankan perkahwinan tersebut. Mungkin ada ruang untuk pasangan ini kembali bersama. Kita doakan yang terbaik sahaja buat mereka.

Sumber asal : Portal Rotikaya






View the original article here

No comments:

Post a Comment