Pages

Thursday, 6 November 2014

Luahan menyayat hati Rozana Misbun isteri Awie buat anak-anak


Airmata kami turut jatuh setitis demi setitis tatkala membaca luahan hati isteri Awie, Rozana Misbun buat anak-anaknya yang amat menyayat hati.

Memang sukar bagi seorang ibu dipisahkan dari anak-anak apatah lagi jika berbulan-bulan lamanya. Ikatan kasih yang sudah lama bertaut sejak dari dalam kandungan tidak mudah untuk diputuskan begitu sahaja. Serius susah.

Air yang dicincang takkan putus! Begitu jugalah perasaan dan hati seorang ibu yang rindukan anaknya.

Kerinduan tersebut telah diluahkan oleh Rozana Misbun, 36, terhadap anak-anaknya yang kini di bawah jagaan Awie. Katanya, dia terlalu rindukan mereka hingga wajah anak-anaknya itu terbawa-bawa dalam mimpi.

"Hampir lima bulan saya menderita kerana terlalu rindukan anak-anak. Saya cuba hubungi mereka, tetapi nombor seperti tidak digunakan lagi. Sehinggakan hampir setiap hari saya mimpi berjumpa dengan mereka," ujarnya.

Tambah Rozana, sejak Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memberi hak jagaan sementara kepada Awie (22 Julai), dia tidak pernah berjumpa atau berhubung dengan anak-anaknya. Rozana ditemui media di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam.

"Saya percaya satu hari nanti, mimpi tersebut benar-benar menjadi kenyataan kerana saya yakin berada di pihak yang benar.

"Sehingga kini, saya hanya mampu berdoa kepada Allah dan berharap kebenaran akan ditunjukkan jua. Harap-harap dapat berjumpa dengan mereka segera. Tetapi sama ada mereka sayangkan saya lagi atau tidak, saya tidak mahu fikir. Saya serahkan perkara itu kepada Allah,"
katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah semalam mengarahkan Rozana mengemukakan akuan bersumpah sebagai bukti berhubung dakwaannya mengatakan perkahwinannya dengan Awie tidak didaftarkan di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).

Dakwaan perkahwinan itu tidak pernah didaftarkan muncul selepas Rozana meragui permohonan Awie yang turut melampirkan bersama surat nikah mereka ketika mengemukakan permohonan hak jagaan anak (hadanah) secara ex-parte kepada mahkamah sebelum ini.

Awie dan Rozana didakwa berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005 dan memiliki tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Awie turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan penyanyi Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12 - PORTAL MYARTIS.

No comments:

Post a Comment