Pages

Thursday, 6 November 2014

LAYAN NAFSU PEGAWAI ATAU DIPENJARA...

 Bersetuju melayan nafsu pegawai polis atau dipenjara.

Itu dilema dihadapi model kelab malam yang ditangkap polis  baru-baru ini.

Media semalam melaporkan, wanita bujang beranak lima itu mendakwa anggota polis berpangkat superintendan merogolnya di dalam pejabat pegawai keselamatan itu.

Kata pengadu yang hanya dikenali sebagai Leila, 29, kejadian itu turut disaksikan seorang rakan sekerjanya.

Dia tampil membuat laporan bersama peguamnya di pejabat Biro Siasatan Kebangsaan (NBI).

Sumber berkata, tertuduh baru saja dilantik sebagai Ketua Operasi Khas Polis Manila minggu lalu dan menjadi orang kepercayaan Ketua Polis Daerah Manila.

Kata Leila, kejadian berlaku jam 2 petang pada 23 Oktober lalu di Fort Bonifacio.

“Dia mengarahkan rakan saya memandang dinding ketika menyerang saya secara seksual, manakala pistol besarnya diletakkan di atas meja berhampiran kami,” katanya.- Agensi

No comments:

Post a Comment