Pages

Showing posts with label Amelina. Show all posts
Showing posts with label Amelina. Show all posts

Thursday 27 November 2014

4 Foto penampilan terbaru raja dangdut, Amelina amat curi tumpuan

Penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Dangdut dek pengaruh beliau dalam dunia muzik tersebut pernah tiba tiba hilang dari dunia hiburan tanpa khabar berita selepas berkahwin dan baru baru ini timbul isu mengatakan dirinya sudah kembali tidak bertudung.

Amelina tampil bertemu media hari ini untuk memberikan penjelasan tentang keadaan dirinya kini dan perancangan untuk kembali aktif dalam dunia hiburan selepas 15 tahun menyepi.

“Saya akui berkahwin adalah antara alasan saya meninggalkan dunia nyanyian dulu. Tapi kembali aktif selepas 15 tahun ini, saya lebih selesa untuk membiarkan ia menjadi satu kisah peribadi yang tidak dikongsikan dengan sesiapa. Saya amat berharap agar semua pihak dapat menghormati pendirian saya kerana ia membabitkan banyak pihak,” ujarnya.

Amelina yang kini sudah mempunyai enam orang orang turut mengulas tentang isu gambar beliau yang dilihat kini sudah tidak bertudung.

“Jujur saya katakan yang semua itu hanya spekulasi kerana saya belum lagi bertudung penuh. Namun saya akui gambar itu adalah saya yang mengenakan tudung ketika itu. Tapi itu disebabkan saya terpaksa pakai tudung bagi menutup wajahsaya bagi mengelak dari sesiapa mengenali saya”

“Saya tidak yakin dan malu untuk muncul di khalayak ramai lebih lagi dengan mana-mana pihak yang mengenali saya. Tapi kini adalah masa paling sesuai untuk saya muncul dengan penampilan baru selepas menyusun dan merencana langkah dengan tersusun,”
tambahnya.

Bagi peminat setia Amelina, ini pastinya sesuatu yang dinantikan. Selepas ini boleh kembali lihat aksi Ratu Dangdut ini membawakan lagu genre kegemaran anda.












View the original article here

Wednesday 26 November 2014

Punca sebenar Amelina menghilang selama 15 tahun terbongkar

Misteri kehilangan penyanyi Amelina dalam dunia hiburan akhirnya terjawab apabila mengakui perkahwinannya sekitar 1999 menjadi punca dia meninggalkan bidang nyanyian.

Bagaimanapun penyanyi dangdut yang popular sekitar 90an itu enggan mendedahkan lebih lanjut pengalaman yang disifatkannya sebagai 'pembunuh' kerjaya seninya itu.

"Saya akui berkahwin adalah antara alasan saya meninggalkan dunia nyanyian dulu. Tetapi kembali aktif selepas 15 tahun, saya lebih selesa untuk membiarkan ia menjadi satu kisah peribadi yang tidak dikongsi dengan sesiapa.

"Namun untuk saya terus hidup dalam kisah silam adalah sesuatu yang 'membunuh' secara perlahan. Justeru saya kuatkan hati, bulatkan tekad dan lupakan segala kisah itu untuk terus hidup dan memandang ke depan,"
katanya menerusi kenyataan media kepada mStar Online pada Khamis.

Amelina kini tampil bernaung di bawah Wake The Baby Records Sdn Bhd dan bakal menghasilkan single yang bakal menjadi pengenalan kepada kemunculan semula penyanyi itu.

Enggan mendedahkan lanjut mengenai kisah perkahwinannya yang terus menjadi tanda tanya, Amelina yang mesra dipanggil Alin hanya selesa berkongsi tentang kebahagiaannya dengan enam cahaya mata yang menjadi pembakar semangat untuk kembali aktif di bidang nyanyian.





Menurutnya, perasaan rindu untuk kembali memegang mikrofon dan merakamkan lagu terlalu tinggi hingga memaksa untuknya nekad melupakan apa saja alasannya mengenai 'kehilangannya' sebelum ini.

"Semua yang pernah berlaku sebelum ini adalah satu proses kehidupan yang banyak mengajar saya menjadi individu yang jauh lebih tabah, kuat dan bersemangat.

"Kehilangan saya adalah sesuatu yang begitu peribadi untuk saya kongsikan secara terperinci. Tapi cukup jika saya katakan ia pengalaman yang tak mungkin saya lupakan,"
katanya.


Mengulas mengenai gambarnya yang dimuat naik di laman sosial, kononnya Amelina sudah bertudung, penyanyi yang popular dengan lagu Rindu, Asyik danSeri Langkat itu akhirnya menjelaskan kedudukan sebenar.

"Jujur saya katakan yang semua itu hanya spekulasi kerana saya belum lagi bertudung penuh. Namun saya akui gambar itu adalah saya yang mengenakan tudung ketika itu.



"Saya terpaksa mengenakan tudung bagi mengelak orang ramaimengenali saya.

“Saya tidak yakin dan malu untuk muncul di khalayak ramai lebih-lebih lagi dengan mana-mana pihak mengenali saya. Tapi sekarang adalah masa paling sesuai untuk saya muncul dengan penampilan baharu selepas menyusun dan merencana langkah dengan teratur,”
katanya.



Sumber asal : Portal mStar



View the original article here