Pages

Showing posts with label Shilla. Show all posts
Showing posts with label Shilla. Show all posts

Friday 4 July 2014

Kekasih Tasha Shilla Sedia Masuk Islam,Nikah Tahun Depan !





Tasha Shilla menjelaskan, kekasihnya iaitu Han Chen Wong, 24, sudah bersedia untuk memeluk Islam dan mereka juga merancang menamatkan zaman bujang masing-masing pada tahun hadapan.


Tasha atau nama sebenarnya  Natasha Sheila Abd. Razak, 27, memberitahu Han meluahkan keinginan itu bukan kerana mahu memilikinya tetapi cinta dia terhadap Islam sudah lama tersemat.


"Insya-Allah, Han sudah meluahkan hasratnya untuk memeluk Islam dan dia dalam proses ke arah itu. Malah kami juga sudah berbincang mengenai hubungan kami ke fasa seterusnya iaitu berumah tangga," kata Tasha kepada mStar Online.




Tasha berkata, selama ini Han tidak pernah cenderung kepada mana-mana agama sehinggalah dia tertarik kepada Islam sebelum mereka berkenalan lagi.


Malah ujar Tasha, keluarga pemuda itu juga tidak menghalang hubungan mereka malah turut memberi sokongan terhadap keputusan Han itu.



"Saya bersyukur kerana keluarga Han benar-benar memberi sokongan malah mereka tidak menghalang anak mereka untuk berkahwin dengan saya serta memeluk Islam," katanya.



Tambah Tasha lagi, Han juga ada memberi cadangan untuk memanggil guru agama mengajar mereka hal-hal berkaitan Islam dengan lebih mendalam.



Mengenai tarikh perkahwinan Tahsa berkata,  buat masa ini mereka masih belum memperoleh mana-mana tarikh yang sesuai kerana perkara itu masih lagi baharu dibincangkan.




Ujarnya, sebagai anak sulung daripada tiga beradik, Han akan mengambil tanggungjawab mengambil alih perniagaan bapanya yang tinggal di Subang dekat sini dan meninggalkan kerjayanya sebagai ahli sukan Muay Thai apabila mereka berkahwin nanti.




Dalam perkembangan berkaitan ibu Tasha iaitu Rosnah Suratman, 57, berkata keluarganya juga sudah bertemu dengan Han dan merestui hubungan berkenaan.


Malah ujar Rosnah bakal menantunya itu seorang yang baik selain mempunyai sifat sopan santun.



"Makcik tidak mengahlang hubungan Tasha dengan Han. Kalau ada jodoh, adalah. Kita doakan yang terbaik untuk mereka. Insya-Allah, makcik merestui hubungan mereka," katanya. - mStar Online

Read more: sumber
View the original article here

Tuesday 20 May 2014

Gambar Adam Tun Tuah, kekasih baru Shilla Amzah

Gambar Adam Tun Tuah, kekasih baru Shilla Amzah - Sejak hubungan cinta Shila Amzah dan Johan As'ari tidak kesampaian tahun lalu, nama Shila tidak pernah lagi dikaitkan bercinta dengan mana-mana lelaki secara terbuka selain Nazim Othman.

Bagaimanapun, ramai mengetahui penyanyi berusia 23 tahun itu pernah memberikan beberapa klu di laman Instagram bahawa dirinya sedang dilamun cinta dengan seseorang namun tidak pula memberitahu siapa lelaki yang berjaya menawan hatinya.

Baru-baru ini, sebuah artikel di laman forum.cari.com.my menimbulkan spekulasi tentang gosip percintaan Shila selepas beberapa keping gambar mesranya dengan seorang jejaka bernama Adam Tun Tuah telah dikongsikan.

Menariknya, kesemua gambar itu dimuatnaik oleh Adam Tun Tuah di laman Instagram peribadinya dengan caption-caption yang agak romantis dan berbaur pujian melambung terhadap Shila Amzah. Adakah aktres itu kini sudah menemui pengganti Sharnaaz Ahmad?








View the original article here

Sunday 18 May 2014

Penampilan terkini Tasha Shilla di Hlive yang agak berusia

Penampilan terkini Tasha Shilla di Hlive yang agak berusia - Mungkin tidak ramai yang perasaan dengan penampilan Tasha Shilla di Majlis Pelancaran Parti H! Live semalam yang kelihatan agak berusia dan kurang menonjol berbanding penampilannya di Anugerah Meletop Era 2014.

Rekaan Hatta Dolmat yang dikenakan oleh pelakon itu tidak dinafikan memang anggun dan menakjubkan namun penggunaan make-up pada wajah beliau yang sedikit gelap menyebabkan Tasha kelihatan lebih matang berbanding usianya.

Pada penulis, kecantikan dan kejelitaan Tasha Shilla lebih terserlah jika menggunakan make-up yang sederhana atau nipis dan mengenakan gaun yang sedikit ketat. Apapun, aktres berusia 27 tahun ini merupakan antara selebriti tempatan yang memiliki kecantikan wajah dan badan semulajadi yang menjadi idaman ramai wanita di luar sana.












View the original article here

Thursday 15 May 2014

Bentuk badan Tasha Shilla yang paling sempurna

Bentuk badan Tasha Shilla yang paling sempurna - Tidak dapat dinafikan, Tasha Shilla ialah antara artis wanita yang dicemburui peminat yang bergelar kaum wanita di luar sana dan rakan sesama artis kerana memiliki bentuk badan yang paling sempurna dan ideal.

Perkara ini turut diakui oleh kebanyakan pengikut Tasha di akaun Instagram miliknya sehingga ada yang tertanya-tanya bila akan dapat memiliki bentuk badan secantik pelakon ini. Menariknya, dia tidak perlu melakukan Fitness Training seperti Sharifah Sakinah namun kelangsingan badannya menjadi pujaan ramai.




View the original article here