Pages

Showing posts with label Amzah. Show all posts
Showing posts with label Amzah. Show all posts

Tuesday 20 May 2014

Gambar Adam Tun Tuah, kekasih baru Shilla Amzah

Gambar Adam Tun Tuah, kekasih baru Shilla Amzah - Sejak hubungan cinta Shila Amzah dan Johan As'ari tidak kesampaian tahun lalu, nama Shila tidak pernah lagi dikaitkan bercinta dengan mana-mana lelaki secara terbuka selain Nazim Othman.

Bagaimanapun, ramai mengetahui penyanyi berusia 23 tahun itu pernah memberikan beberapa klu di laman Instagram bahawa dirinya sedang dilamun cinta dengan seseorang namun tidak pula memberitahu siapa lelaki yang berjaya menawan hatinya.

Baru-baru ini, sebuah artikel di laman forum.cari.com.my menimbulkan spekulasi tentang gosip percintaan Shila selepas beberapa keping gambar mesranya dengan seorang jejaka bernama Adam Tun Tuah telah dikongsikan.

Menariknya, kesemua gambar itu dimuatnaik oleh Adam Tun Tuah di laman Instagram peribadinya dengan caption-caption yang agak romantis dan berbaur pujian melambung terhadap Shila Amzah. Adakah aktres itu kini sudah menemui pengganti Sharnaaz Ahmad?








View the original article here

Wajah sebenar adik angkat Shila Amzah kini didedahkan

Wajah sebenar adik angkat Shila Amzah kini didedahkan - Dalam kesibukan Shila Amzah memenuhi banyak undangan menyanyi di China, bekas kekasih Sharnaaz Ahmad itu rupanya telah mempunyai seorang adik angkat yang comel di sana.

Sekeping foto wajah sebenar adik angkatnya telah dikongsikan Shila di laman Instagram untuk tatapan peminat dengan disertakan caption berbunyi "Me and my mini shila for a new show in china :) ??????????? #onlyinchina #shilalas." Jom tengok di bawah kalau korang berminat.







View the original article here