Pages

Showing posts with label Kekasih. Show all posts
Showing posts with label Kekasih. Show all posts

Friday 28 November 2014

2 Foto kekasih baru Remy Ishak tersebar?

Peminat dunia hiburan baru baru ini terkejut dengan khabar angin yang tersebar mengatakan Nad Zainal dan Remy Ishak kini sedang hangat bercinta. Nyata gossip itu sekadar gossip apabila kedua dua belah pihak tampil menafikan hubungan cinta antara mereka.



Dalam temubual terbaru bersama Malaysian Digest, Remy Ishak tampil menafikan khabar angin tersebut dan turut menegaskan yang hubungan mereka sekadar pelakon di lokasi penggambaran namun mendedahkan dirinya kini sedang rapat dengan seseorang.

Remy Ishak mengakui kini sebenarnya sedang dalam proses mengenali hati budi Pengarah Urusan Roistz Labels, Roszaliza Yusof yang juga rakan kongsinya dalam menganjurkan sebuah acara berkaitan fesyen di Kuala Lumpur baru baru ini.

“Saya tak mahu cakap lebih bimbang tidak jadi nanti, susah juga lagipun kami masih lagi di tahap berkawan. Dia seorang yang matang dan saya selesa berkawan dengannya. Kami kini baru lebih kurang tiga bulan mengenali dan cuba melangkah ke peringkat yang lebih serius,” katanya.



Dalam perkembangan lain, Remy Ishak yang baru pulang dari penggambaran drama Satu Hari di Bosnia selama sebulan merancang untuk menerbitkan laman web sendiri selepas ini memfokuskan kepada berita gaya hidup dan fesyen - Portal Rotikaya








View the original article here

Budi Citawan makan hati Remy Ishak ada kekasih baru?

Pada mulanya kami ingat bahawa Budi Citawan merupakan cinta hati Remy Ishak, namun jangkaan kami meleset apabila akhirnya pelakon kacak itu mengumumkan bahawa dia kini sedang mengenali hati budi Pengarah Urusan Roistz Labels, Roszaliza Yusof yang juga merupakan rakan kongsinya.

Jadi, apabila kami terima emel berserta gambar-gambar screenshot daripada peminat ini semalam, kami juga bagai dapat merasakan aura kekecewaan yang melanda Budi.

Nak dijadikan cerita, foto-foto itu dikatakan dimuat naik selepas Remy membuat pengumuman mengenai hubungannya dengan Roszaliza. Adakah ia merupakan satu kebetulan atau sememangnya kata-kata penuh emosi itu ditujukan buat Remy?






Kami agak tertarik dengan hashtag yang digunakan di caption fotonya iaitu #youvechanged #soshutitdown #beingused. Macam frust menonggeng bunyinya.

Bagaimanapun, nampaknya ramai juga yang dilihat memberi sokongan dan kata-kata semangat buat Budi. Takpelah. Kumbang bukan seekor. Mungkin akan ada yang lebih baik? You Go Girl!

Sumber asal : Portal Ohbulan






View the original article here

Thursday 27 November 2014

3 Foto kekasih baru Intan Ladyana tersebar

Penghujung bulan Ogos yang lalu, Intan Ladyana mengumumkan hubungan cintanya yang terjalin selama enam tahun dengan Kamal Adli sudah berakhir atas sebab-sebab yang tidak didedahkan.

Ketika itu, Kamal pula bagaikan tak percaya dan mengaku terkejut dengan kenyataan Intan. Malah lebih kurang sebulan selepas itu, Kamal dilihat masih belum mampu melupakan Intan dan tetap berusaha untuk memujuk bekas kekasihnya kembali.

Sayangnya, Intan tak beri peluang kepada Kamal untuk berjumpa selepas mereka berpisah. Dan sejak dari itu, kisah Intan-Kamal terus senyap dari perhatian media.



Tapi, malam semalam kami menerima kiriman foto menerusi emel dari seseorang yang mendakwa Intan kini sudah bertemu pengganti Kamal. Betul ke?



Menurut pengirim emel itu lagi, para peminat pun dapat mengagak bahawa pelakon itu kini sedang berkawan rapat dengan seseorang berdasarkan kepada komen-komen rakan artis yang seakan cuba memberi hint.

Kalau diperhatikan, memang tak ada gambar berdua Intan bersama jejaka yang dipercayai bernama Lutfi ini. Tapi di setiap gambar yang dikirim, Intan dan lelaki berkenaan sering bersebelahan diapit rakan-rakan lain.



Andai betul berita ini, tahniah kami ucapkan dan semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Apapun, kami cemburu sangat tengok gambar-gambar Intan yang kini sedang bercuti di Venice, Itali. Semoga selamat semuanya, Intan!



Sumber asal : Portal Ohbulan












View the original article here

Friday 3 October 2014

Kejutan! Artis Wanita Dah Test Drive Kekasih Sebelum Kahwin

Ini merupakan kisah dari wartawan Metro tentang artis di Malaysia yang terikut-ikut budaya barat. Sampai ada yang dah test drive kekasih sebelum berkahwin.

Artis wanita itu juga bangga kerana mempunyai kekasih yang hebat. LOL. Maruah dibuku lali.

Baca laporan penuh dari Metro:


View the original article here

Wednesday 3 September 2014

Kekasih Pemain Bolasepak Christian Daminuta Bagi Anjing Gigit Colinya…



ROMANIA – Teman wanita kepada bintang bola sepak AC Milan, Christian Daminuta dikutuk peminatnya selepas dia memuat naik gambar anjing peliharaannya menggigit colinya, ketika dia masih memakainya.

Tindakan Madalina Pamfile, 21 itu dianggap kejam, apatah lagi sehari selepas itu, anjing berkenaan terpaksa dibawa ke klinik haiwan akibat sakit misteri.

Peminatnya mendakwa anjing itu jatuh sakit selepas terkena bahan kimia pada coli tersebut.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh Pamfile, yang juga seorang model dan pernah muncul dalam majalah Playboy pada 2012.

“Anjing saya bukannya mengunyah bra itu, dia hanya bermain dengannya. Bagi mereka yang membuat tuduhan bahawa coli saya boleh `meracun’ anjing ini, ia adalah mengarut,’’ katanya dalam nada marah melalui twitter miliknya.

Tindakan Pamfile itu menyebabkan peminatnya marah hinggakan mereka menyebarkan gambar berkenaan agar hubungannya dengan Daminuta bergolak.

View the original article here

Sunday 3 August 2014

Pelik..!! Seniman Jepun Ini Membuat ‘Kekasih’ Patungnya Dari Botol

Sebelumnya lelaki berkacamata ini sempat jadi topik perbincangan di internet gara-gara penemuan yang aneh, lengan robot untuk iPhone. Sekarang ia kembali membuat sensasi dengan memuat naik video dirinya bersama kekasihnya yang bernama Lisako. Lisako adalah patung berbentuk wanita yang Showta Mori buat sendiri dari botol-botol plastik bekas air mineral.



Mori menyebut Lisako sebagai 'kekasih kesayangan dari botol'. Mori mendokumentasikan sendiri proses pembuatan Lisako dari awal hingga siri temu janji yang mereka jalani. Mori mengajak Lisako untuk makansomen (mi sejuk khas Jepun) di beranda, memperagakan adegan dalam anime dan sebuah filem Eropah dari tahun 1984, membeli jajanan pinggir jalan, dan berjalan-jalan di bandar.



Mori bahkan mengajak Lisako untuk mendaki gunung, dan membuat para pendaki mengerutkan dahi melihat tingkah lelaki ini bersama anak patungnya. Saat ingin menutup acara 'dating' mereka dengan menikmati pemandangan di pantai, Mori justru dihentikan oleh polis yang sedang membuat rondaan dan diminta memberikan keterangan sebab warga tempatan curiga dengan tindak-tanduk lelaki itu. Mujurlah selepas dijelaskan bahawa ia hanya ingin berjalan-jalan di pantai bersama 'teman wanitanya', para kakitangan langsung melepaskan Mori.
View the original article here

Tuesday 22 July 2014

Wajah sebenar Sharifah Anis Al-Idrus, kekasih baru Sharnaaz Ahmad?

Wajah sebenar Sharifah Anis Al-Idrus, kekasih baru Sharnaaz Ahmad - Pembabitan Anis Al-Idrus atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 26, dalam dunia peragaan bukan baru. Seingat Sha, dia aktif sebagai model sejak berusia belasan tahun.



Wajah cantiknya banyak menghiasi majalah dan kini bergelar pelakon. Kemunculannya dalam Selamat Malam Kekasih menerusi watak Maya Karmilla mendapat perhatian ramai. 



Drama lain dibintangi si cantik ini Gemersik Kalbu, Walid Walid, Tangisan Bulan Madu 2 dan Cuak.

Dalam pada itu, ada khabar angin pengusaha bisnes tudung Nishbyanisalidrus itu kini rapat dengan pelakon kegilaan ramai, Sharnaaz Ahmad.

Sejauh mana rapat tu, Sha tidak pasti tetapi menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, Anis dan Sharnaaz saling menyukai.

Melihat keperibadian Anis yang lemah lembut dan pandai bawa diri, siapa tidak jatuh hati. Kalau benar mereka ada perasaan antara satu sama lain, Sha tidak terkejut kerana sebelum ini ada peminat bercerita seronok melihat kemesraan Sharnaaz dan Anis yang sama-sama berniaga di Medan Mara Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) sepanjang bulan puasa ini.


Kata mereka, Anis buka gerai jual tudung manakala Sharnaaz rancak menjual kemeja-T dan serunding daging asli di bawah jenama Sharnaaz Ahmad Garment.

Sha dengar ada juga kenalan Anis bertanya sejauh mana hubungannya dengan Sharnaaz, tapi model dan pelakon itu hanya mendiamkan diri.

Melihat reaksinya, mereka segera ubah topik kerana faham Anis tidak suka membicarakan hal peribadi dan sangat berahsia orangnya.

Apapun, kalau benar bunga-bunga cinta sedang berputik, Sha tumpang gembira. Bertuah Sharnaaz dapat kekasih sebaik Anis. Orangnya sangat istimewa, bukan saja cantik tetapi baik budi pekerti.

Walaupun berasal daripada keluarga berada, Anis sangat merendah diri dan pandai bawa diri. Malah, dia wanita yang sangat berdikari.








View the original article here

Tuesday 15 July 2014

Gambar bekas kekasih Fizo Omar yang amat jelita dan mengejutkan

Sebelum bergelar suami kepada Mawar Abdul Karim, Fizo Omar diketahui ramaipernah menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa wanita cantik dan jelitanamun mungkin kerana jodoh mereka tidak panjang maka percintaan itu putus di tengah jalan.

Salah seorang teman wanita Fizo yang pernah menjadi gosip hebat di laman sosial dan media hiburan tempatan ialah Haas Jaafar. Beliau merupakan pelajar Jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan di Universiti Lim Kok Wing.

Berikut ialah dua keping gambar nostalgia Haas Jaafar dan Fizo Omar sebelum hubungan mereka akhirnya putus tahun lalu. Memang amat lawa dan jelita orangnya.


Sumber ; panasartis.blogspot.com
View the original article here

Friday 4 July 2014

Kekasih Tasha Shilla Sedia Masuk Islam,Nikah Tahun Depan !





Tasha Shilla menjelaskan, kekasihnya iaitu Han Chen Wong, 24, sudah bersedia untuk memeluk Islam dan mereka juga merancang menamatkan zaman bujang masing-masing pada tahun hadapan.


Tasha atau nama sebenarnya  Natasha Sheila Abd. Razak, 27, memberitahu Han meluahkan keinginan itu bukan kerana mahu memilikinya tetapi cinta dia terhadap Islam sudah lama tersemat.


"Insya-Allah, Han sudah meluahkan hasratnya untuk memeluk Islam dan dia dalam proses ke arah itu. Malah kami juga sudah berbincang mengenai hubungan kami ke fasa seterusnya iaitu berumah tangga," kata Tasha kepada mStar Online.




Tasha berkata, selama ini Han tidak pernah cenderung kepada mana-mana agama sehinggalah dia tertarik kepada Islam sebelum mereka berkenalan lagi.


Malah ujar Tasha, keluarga pemuda itu juga tidak menghalang hubungan mereka malah turut memberi sokongan terhadap keputusan Han itu.



"Saya bersyukur kerana keluarga Han benar-benar memberi sokongan malah mereka tidak menghalang anak mereka untuk berkahwin dengan saya serta memeluk Islam," katanya.



Tambah Tasha lagi, Han juga ada memberi cadangan untuk memanggil guru agama mengajar mereka hal-hal berkaitan Islam dengan lebih mendalam.



Mengenai tarikh perkahwinan Tahsa berkata,  buat masa ini mereka masih belum memperoleh mana-mana tarikh yang sesuai kerana perkara itu masih lagi baharu dibincangkan.




Ujarnya, sebagai anak sulung daripada tiga beradik, Han akan mengambil tanggungjawab mengambil alih perniagaan bapanya yang tinggal di Subang dekat sini dan meninggalkan kerjayanya sebagai ahli sukan Muay Thai apabila mereka berkahwin nanti.




Dalam perkembangan berkaitan ibu Tasha iaitu Rosnah Suratman, 57, berkata keluarganya juga sudah bertemu dengan Han dan merestui hubungan berkenaan.


Malah ujar Rosnah bakal menantunya itu seorang yang baik selain mempunyai sifat sopan santun.



"Makcik tidak mengahlang hubungan Tasha dengan Han. Kalau ada jodoh, adalah. Kita doakan yang terbaik untuk mereka. Insya-Allah, makcik merestui hubungan mereka," katanya. - mStar Online

Read more: sumber
View the original article here

Tuesday 20 May 2014

Gambar Adam Tun Tuah, kekasih baru Shilla Amzah

Gambar Adam Tun Tuah, kekasih baru Shilla Amzah - Sejak hubungan cinta Shila Amzah dan Johan As'ari tidak kesampaian tahun lalu, nama Shila tidak pernah lagi dikaitkan bercinta dengan mana-mana lelaki secara terbuka selain Nazim Othman.

Bagaimanapun, ramai mengetahui penyanyi berusia 23 tahun itu pernah memberikan beberapa klu di laman Instagram bahawa dirinya sedang dilamun cinta dengan seseorang namun tidak pula memberitahu siapa lelaki yang berjaya menawan hatinya.

Baru-baru ini, sebuah artikel di laman forum.cari.com.my menimbulkan spekulasi tentang gosip percintaan Shila selepas beberapa keping gambar mesranya dengan seorang jejaka bernama Adam Tun Tuah telah dikongsikan.

Menariknya, kesemua gambar itu dimuatnaik oleh Adam Tun Tuah di laman Instagram peribadinya dengan caption-caption yang agak romantis dan berbaur pujian melambung terhadap Shila Amzah. Adakah aktres itu kini sudah menemui pengganti Sharnaaz Ahmad?








View the original article here

Monday 19 May 2014

Gambar wajah F, kekasih baru Erin Malek kini tersebar

Gambar wajah F, kekasih baru Erin Malek kini tersebar - Selepas menjuarai program Fear Factor Malaysia musim kedua baru-baru ini, pelakon terkenal Erin Malek secara terbuka memberitahu dirinya sudah mempunyai teman lelaki bernama F yang dikenalinya empat bulan lalu di laman Instagram.

Menurut Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, dia tidak menyangka akan bertemu jejaka pilihan hati di laman sosial selepas genap setahun berpisah dengan bekas kekasih.

Kata aktres berusia 20 tahun itu, perbezaan usia mereka yang agak jauh iaitu 10 tahun tidak menghalang hubungan cinta itu terjalin kerana sisi matang, romantik dan penyayang yang ada ada lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini mereka belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat memandangkan soal jodoh adalah ketentuan Tuhan. Erin turut meminta peminat agar mendoakan hubungan mereka agar kekal dan terus bahagia hingga ke alam perkahwinan.








View the original article here

Thursday 15 May 2014

Gambar wajah F, kekasih baru Erin Malek kini tersebar

Gambar wajah F, kekasih baru Erin Malek kini tersebar - Selepas menjuarai program Fear Factor Malaysia musim kedua baru-baru ini, pelakon terkenal Erin Malek secara terbuka memberitahu dirinya sudah mempunyai teman lelaki bernama F yang dikenalinya empat bulan lalu di laman Instagram.

Menurut Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, dia tidak menyangka akan bertemu jejaka pilihan hati di laman sosial selepas genap setahun berpisah dengan bekas kekasih.

Kata aktres berusia 20 tahun itu, perbezaan usia mereka yang agak jauh iaitu 10 tahun tidak menghalang hubungan cinta itu terjalin kerana sisi matang, romantik dan penyayang yang ada ada lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini mereka belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat memandangkan soal jodoh adalah ketentuan Tuhan. Erin turut meminta peminat agar mendoakan hubungan mereka agar kekal dan terus bahagia hingga ke alam perkahwinan.








View the original article here

Tuesday 1 April 2014

Koleksi Ayat-Ayat Jiwang Untuk Seorang Kekasih

Ayat Jiwang Untuk Sang Kekasih

Koleksi Ayat-Ayat Jiwang Untuk Seorang Kekasih | Siapa tak sayang makwe atau pakwe kan.. Semua sayang sangat-sangat kan.. Setiap kali nak memujuk jek mesti kasi ayat-ayat jiwang.. romantik-romantik gitu, pasti lepas itu dia dah tak majuk dah. Saya kongsikan Ayat Jiwang Untuk Sang Kekasih ini untuk anda semua.
1 – Jika air adalah ciuman, aku akan kirimkan lautan. Jika pelukan adalah daun, aku akan kirimkan pohon. Jika cinta itu abadi, ku tawarkan keabadian cintaku padamu.
2 – Ku tulis nama mu di langit, angin meniupnya. Ku tulis nama mu di laut, badai membawanya. Ku tuliskan nama mu di hatiku, cinta namanya.
3 – Ada 12 bulan dalam setahun, 30 hari dalam sebulan, 7 hari dalam seminggu, 60 detik dalam 1 jam. Tapi hanya ada kamu seorang dalam hidup ku.
4 – Hanya ada 2 alasan aku bangun setiap pagi, alam ku dan kamu..!
5 – Dalam benak orang bijak ada idea, soludi dan alasan. Dalam benak para ahli ada formula kimia, teori dan rumus. Di dalam benak ku hanya ada kamu..!
6 – Aku pernah berfikir, aku tak akan bisa mewujudkan impian ku. Tapi fikiran ku sekejap hilang sejak ku melihat mu.
7 – Kata dimulai dengan ABC, Angka dimulai dengan 123, Lagu dimulai dengan do re mi, Cinta dimulai dengan aku dan kamu.
8 – Ada samudera di lautan, ada hutan di pergunungan, semuanya ku seberangi demi cinta ku pada mu, sudahkah kamu menerimanya..?
9 – Saat ku kirimkan sms ini aku kehabisan kata-kata. Kehabisan beterai, Kehabisan pulsa, Tapi cinta ku ini tak kan pernah habis untuk kamu.
10 – Sherlock Homles itu idiot..! Graham Bell itu bodoh..! Yang satu detektif, yang satu penemu telefon. Tapi tak seorang pun yang menemukan mu selain aku. Aku Genius yea..!
11 – Ah aku lupa nama mu, boleh aku memanggil mu milik ku..? Dan kamu juga lupa nama ku icon sad Koleksi Ayat Ayat Jiwang Untuk Seorang Kekasih Kamu juga boleh memanggil aku milikmu..
12 – Cinta itu ada 4 langkah… 1 aku, 2 kamu, 3 kita dan 4 cinta.
13 – Aku mencintai mu! Jika kamu benci aku, panah saja aku. Tapi jangan di hati ku yea.. sebab di hati ku ada kamu.
14 – Ku minta mawar diberi-Nya taman. Ku minta setitis air diberi-Nya lautan. Ku minta malaikat, diberi-Nya kamu.
15 – Hei kamu! kamu pasti pencuri karena kamu mencuri hatiku. kamu pasti lelah karena kamu selalu berlari di fikiran ku. Tapi aku kangen kamu.
16 – Kenapa sih kamu nggak SMS-in aku… a. sibuk, b. lagi nyetir, c. lupa. d. kamu pengen aku kangenin kamu yea..?
17 – Malaikat bertanya kepada ku, kenapa kamu mencintai dia..? Aku menjawabnya, karena tiada alasan untuk aku tidak mencintai dia.
18 – Aku dan kamu itu malaikat yang satu sayap. Jadi kalau kamu nggak bisa terbang, boleh nggak sih aku menemani kamu?
19 – Boleh nggak sih aku bilang aku cinta kamu hari ini? kalau esok gimana? besok lusa? besok besok lusa? gimana kalau selamanya?
20 – Kamu bilang Hi!. Aku diam saja. Kamu tersenyum, aku buat muka. kamu bilang cinta, aku nggak suka. Tapi kalau kamu bilang selamat tinggal, aku kehilangan.
21 – Sahabat itu manis kalau baru, Lebih manis kalau jadi cinta. Tapi yang paling manis itu adalah kamu.
22 – Kalau kamu sedih nanti, telefon aku yea. Aku nggak janji bikin kamu ketawa. Tapi aku janji akan menangis bersama kamu.
23 – Saat melihat mu, aku takut menyentuh mu. Saat menyentuh mu, aku takut mencium mu. Saat mencium mu, aku takut mencintaimu. Saat mencintai mu, aku takut kehilangan mu.
24 – Andai aku jadi bantal, biar kau bersandar. Andai aku jadi tempat tidur, biar kau berbaring. Andai aku jadi selimut, akan ku peluk kamu dengan erat.
25 – Alasan kenapa aku kangen kamu : karena kamu manis, kamu baik, kamu cakep deh, dan kamu belum SMS-in aku..!

Thursday 20 March 2014

Gambar kekasih baru Chef Riz yg cun dan seksi (4 Gambar)

type='html'>

Pada akhirnya, anak teruna Chef Wan iaitu Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 31, telah mendedahkan identiti kekasih barunya sejak bercerai dengan pelakon Ana Dahlia.

Ironinya, gadis cantik yang berjaya memikat hati Chef Riz ialah kakak kepada pelakon Emma Maembong sendiri iaitu Shikin Maembong. Memang amat cantik orangnya dan masih belum berpunya.

Jom skodeng gambar-gambar romantik Chef Riz bersama kekasih baru, Shikin Maembong yang dikongsikannya menerusi akaun Instagram miliknya. 




Sumber: plbgaimacam

View the original article here

Wednesday 19 March 2014

Biodata Nadira Ramli Kekasih Pembantu Juruterbang MH370

type='html'>Biodata Nadira Binti Ramli kekasih pembantu juruterbang MH370. Nama Nadira Ramli kini menjadi tumpuan menerusi laman sosial apabila Nadira disahkan sebagai kekasih kepada Co Pilot MH370, Fariq Abdul Hamid yang hilang sejak 8 Mac 2014. Lebih menyayat hati apabila pasangan ini sudah merancang untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. Pihak Airasia selaku majikan turut memberikan cuti selama sebulan kepada Nadira sebagai tempoh menenangkan fikiran.



Biodata Kekasih Co Pilot MH370

Nama Penuh: Nadira Binti Ramli

Umur: 26 Tahun

Agama: Islam

Pekerjaan: Juruterbang

Profil Twitter: https://twitter.com/NadiraRamli

Profil Instagram: http://instagram.com/nadiraramli

Syarikat Bekerja: Airasia

Pendidikan: Sekolah Penerbangan Langkawi

Nama Kekasih: Fariq Abdul Hamid

Pekerjaan Kekasih: Co Pilot MH370

Nama Bapa: Kapten Ramli Ibrahim

Pekerjaan Bapa: Juruterbang MAS

Nama Ibu: Nancy Jipanis

Asal Ibu: Penampang Sabah











Sumber




PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


View the original article here