Pages

Showing posts with label Ladyana. Show all posts
Showing posts with label Ladyana. Show all posts

Thursday 27 November 2014

3 Foto kekasih baru Intan Ladyana tersebar

Penghujung bulan Ogos yang lalu, Intan Ladyana mengumumkan hubungan cintanya yang terjalin selama enam tahun dengan Kamal Adli sudah berakhir atas sebab-sebab yang tidak didedahkan.

Ketika itu, Kamal pula bagaikan tak percaya dan mengaku terkejut dengan kenyataan Intan. Malah lebih kurang sebulan selepas itu, Kamal dilihat masih belum mampu melupakan Intan dan tetap berusaha untuk memujuk bekas kekasihnya kembali.

Sayangnya, Intan tak beri peluang kepada Kamal untuk berjumpa selepas mereka berpisah. Dan sejak dari itu, kisah Intan-Kamal terus senyap dari perhatian media.



Tapi, malam semalam kami menerima kiriman foto menerusi emel dari seseorang yang mendakwa Intan kini sudah bertemu pengganti Kamal. Betul ke?



Menurut pengirim emel itu lagi, para peminat pun dapat mengagak bahawa pelakon itu kini sedang berkawan rapat dengan seseorang berdasarkan kepada komen-komen rakan artis yang seakan cuba memberi hint.

Kalau diperhatikan, memang tak ada gambar berdua Intan bersama jejaka yang dipercayai bernama Lutfi ini. Tapi di setiap gambar yang dikirim, Intan dan lelaki berkenaan sering bersebelahan diapit rakan-rakan lain.



Andai betul berita ini, tahniah kami ucapkan dan semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Apapun, kami cemburu sangat tengok gambar-gambar Intan yang kini sedang bercuti di Venice, Itali. Semoga selamat semuanya, Intan!



Sumber asal : Portal Ohbulan












View the original article here