Pages

Showing posts with label Gigit. Show all posts
Showing posts with label Gigit. Show all posts

Wednesday 3 September 2014

Kekasih Pemain Bolasepak Christian Daminuta Bagi Anjing Gigit Colinya…



ROMANIA – Teman wanita kepada bintang bola sepak AC Milan, Christian Daminuta dikutuk peminatnya selepas dia memuat naik gambar anjing peliharaannya menggigit colinya, ketika dia masih memakainya.

Tindakan Madalina Pamfile, 21 itu dianggap kejam, apatah lagi sehari selepas itu, anjing berkenaan terpaksa dibawa ke klinik haiwan akibat sakit misteri.

Peminatnya mendakwa anjing itu jatuh sakit selepas terkena bahan kimia pada coli tersebut.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh Pamfile, yang juga seorang model dan pernah muncul dalam majalah Playboy pada 2012.

“Anjing saya bukannya mengunyah bra itu, dia hanya bermain dengannya. Bagi mereka yang membuat tuduhan bahawa coli saya boleh `meracun’ anjing ini, ia adalah mengarut,’’ katanya dalam nada marah melalui twitter miliknya.

Tindakan Pamfile itu menyebabkan peminatnya marah hinggakan mereka menyebarkan gambar berkenaan agar hubungannya dengan Daminuta bergolak.

View the original article here

Monday 7 July 2014

Gigit Chiellini Suarez Dakwa Terjatuh

Alasan Luis Suarez yang dianggap mengarut mungkin akan mengakibatkan tempoh penggantungannya kerana menggigit pemain Itali tidak dipendekkan.









Suarez dikatakan mendakwa terjatuh secara tidak sengaja ke atas lawannya, Giorgio Chiellini ketika insiden itu berlaku.





Menerusi sepucuk surat yang dikirimkan bintang Uruguay itu kepada Fifa, Suarez menjelaskan, beliau tidak berniat menggigit atau cuba menggigit pemain pertahanan Itali itu pada perlawanan Piala Dunia di Natal, Rabu lalu.












Surat Suarez untuk Fifa berbunyi: “Susulan impak itu, kedua-dua lutut saya berlanggar, saya hilang keseimbangan dan badan menjadi tidak stabil lalu terjatuh ke atas lawan. Ketika itu, muka saya terlanggar pemain itu, menyebabkan lebam kecil di pipi saya dan kesakitan yang kuat di bahagian gigi hingga memaksa pengadil menghentikan perlawanan. Inilah yang sebenarnya berlaku dan saya tidak pernah berniat, seperti yang tertulis dalam dokumen, ‘menggigit’ atau ‘cuba menggigit’.”










Ahli Jawatankuasa Disiplin Fifa memandang serius perbuatan itu dan mengenakan hukuman berat kepada Suarez dengan mengharamkannya terbabit dalam sebarang aktiviti bola sepak selama empat bulan dan digantung sembilan perlawanan antarabangsa.





Alasan bertulis Fifa mengenai hukuman berkenaan dikeluarkan Sabtu dan dokumen itu juga memaklumkan penjelasan Suarez berhubung isu pelanggarannya dengan Chiellini.





Tindakan Suarez mempertahankan perbuatannya itu memberikan kesukaran kepada Liverpool yang terdesak menjual penyerang itu walaupun sedar pemain itu tidak boleh meminta yuran perpindahan £80 juta (RM437.7 juta) susulan insiden mengejutkan itu.





Uruguay menewaskan Itali 1-0 dan layak ke pusingan kedua namun tewas kepada Colombia awal pagi semalam.





Dakwaan Suarez yang beliau tidak bersalah adalah satu kesilapan besar. Jawatankuasa Disiplin Fifa mengatakan bintang bola sepak itu tidak menunjukkan sebarang penyesalan untuk tidak mengulangi perbuatan itu. 

View the original article here