Kepala Batas: Seorang lelaki sempat berhenti di bahu jalan
dan memakir kenderaannya sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat
serangan jantung di atas kenderaan ditunggangnya itu, semalam.
Dalam kejadian di Jalan Ekor Kucing, Tasek Gelugor, di
sini, jam 8.05 pagi, mayat mangsa, Ahamad Saaid, 56, ditemui orang ramai
dalam keadaan tertunduk dengan bahagian dada berada di atas papan
pemuka motosikal Yamaha 135 LC ditunggangnya.
Kejadian itu menarik perhatian orang ramai yang melalui
jalan terbabit kerana mendapati mangsa tidak sedarkan diri sebelum
seorang lelaki menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner
Abdul Rahman Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan
berhubung kejadian itu.
“Kami tidak menolak kemungkinan mangsa yang menyedari dia
mengalami serangan jantung berhenti di tepi jalan dan pemeriksaan
mendapati tongkatnya juga diturunkan menyebabkan ia tidak terbalik
manakala lelaki itu masih berada di atas kenderaan ditunggangnya selepas
meninggal dunia.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
MANGSA meninggal dunia atas motosikal yang diparkir di bahu jalan.
No comments:
Post a Comment