Pages

Thursday, 3 April 2014

Teknologi Perubatan Dahulu Dan Sekarang ( 13 Gambar )














via

Wednesday, 2 April 2014

UNIK: Pameran Bra Wanita Terbesar di Kuala Lumpur, Malaysia

Acara pameran seni hiasan menggunakan bra wanita besar-besaran telah diadakan di beberapa buah pasaraya besar terkenal di Malaysia iaitu dua di Kuala Lumpur dan satu lagi di Pulau Pinang.

Pameran Bra Wanita Terbesar di Kuala Lumpur, Malaysia

XIXILI menganjurkan pameran Bra Art ini sebagai simbol memperkasakan wanita dalam masyarakat. Dan tahun 2014 mereka meraikan tahun ke-10 Bra Art dengan menggunakan khidmat pereka seni terkemuka iaitu Louise Low.


Pameran XIXILI Bra Art ini diadakan serentak di tiga lokasi berbeza iaitu di 1 Utama, dan Midvalley Megamall yang terletak di Kuala Lumpur manakala di Pulau Pinang, pameran ini boleh dilihat di Queensbay Mall.

Kepada mana-mana penggemar pakaian dalam jenama XIXILI boleh berkunjung ke salah satu pasaraya yang dinyatakan untuk melihat pameran ini, acara ini juga terbuka kepada semua pengunjung yang datang ke outlet mereka.

Hasil seni Louise Low sememangnya mempunyai keunikan yang tersendiri, dan beliau sudah berjaya menempa nama sebagai seorang karyawan yang bijak dan kreatif. Louise mendapat pendidikan di salah sebuah Universiti terkemuka di luar negara.



Rekaan bra paling unik dan menarik perhatian para pengunjung ialah sebuah arca Ikan Jerung yang diperbuat daripada Bra (coli wanita) sahaja dan ianya nampak sangat realistik.

Selain pameran Bra Art besar-besaran ini, XIXILI juga mengambil peluang untuk memperagakan rekaan bra terbaru mereka dengan pelbagai tema baru dan lebih segar.

Para pelanggan setia boleh melakukan pembelian untuk rekaan baru pakaian dalam tersebut di outlet XIXILI yang berdekatan.



Gambar diambil daripada Facebook Louise Low. TQ

(GAMBAR HANGAT) Aliff Aziz Bercium Penuh Penghayatan

alif aziz bercium
Kepada Alif Aziz, selamat bersedia untuk menjawap soalan siapakah gadis di dalam gambar bercium anda. Oh ya lupa nak ucapkan tahniah kerana berjaya mengfemeskan diri anda dengan sekelip mata melalui pengkantoian gambar ini. Tahniah!!!
Lagi gambar Aliff Aziz bercium dengan seorang gadis(nasub baik sorang, kalau 2 3 orang?) dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

alif aziz bercium
alif aziz bercium

[Panas] MH370 : Syarikat Satelit Yang Berpangkalan Di Britain, Nafikan Teori 'Berakhir Di Lautan Hindi' Darinya



Inmarsat: Teori 'Berakhir di lautan' bukan dari kami
[mk]- Syarikat satelit yang berpangkalan di Britain, Inmarsat, berkata pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi".

Pada malam 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi" dengan memetik analisis data satelit Inmarsat.

Bagaimanapun, pengumuman telah membangkitkan kemarahan di

kalangan keluarga penumpang China, yang enggan menerima kesimpulan itu sehinggalah pesawat tersebut ditemui.

Jurucakap Inmarsat Jonathan Sinnatt berkata Inmarsat hanya menyediakan maklumat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri, laporan China Daily.

"Kami menyediakan maklumat kita kepada rakyat Malaysia, dan mereka menggabungkannya dengan maklumat yang lain yang mereka ada, yang kita tidak tahu tentangnya, dan kemudian mereka membuat kesimpulan daripadanya dan membuat pengumuman mereka sendiri.

"Kami tidak terbabit dengan apa yang Malaysia umumkan, itu terpulang kepada mereka, kerana mereka melihat gambaran penuh. Kami hanya menyumbang satu set maklumat," jurucakap itu dilaporkan berkata.

Sementara itu, Reuters melaporkan Xinhua hari ini berkata sebuah pesawat China telah mengesan tiga objek yang mencurigakan di kawasan carian baru di Lautan Hindi.

Barang-barang itu masing-masing berwarna putih, merah dan oren, kata Xinhua.

Manakala Astro Awani pula memetik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata hari ini bahawa protokol keselamatan baru di pintu masuk negara, terutamanya KLIA, sedang dikaji dan diperbaiki jika perlu.

Imigresen akan memasang APSS atau sistem pemeriksaan penumpang yang akan dilaksanakan pertengahan bulan Jun.

Bagaimanapun beliau enggan menjawab ketika ditanya mengenai protokol ruang udara, sambil berkata ia terletak di bawah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Kementerian Pengangkutan.

Mengenai pelanggaran keselamatan ruang udara kita seperti yang berlaku terhadap lencongan penerbangan MH370, Zahid berkata ia adalah satu perkara yang melibatkan Kementerian Pertahanan.

Katanya, ketika beliau menjadi menteri pertahanan, Tentera Udara diberi tanggungjawab untuk memintas apa-apa unsur asing, tetapi bukan pesawat komersial, kerana radar primary dapat mengenal pasti antara sebuah jet pejuang, pesawat tentera dan pesawat komersil.