Pages

Wednesday, 7 May 2014

4 MINUMAN MAMPU MELANGSINGKAN TUBUH BADAN

Tahukah anda masalah obesiti menjadi salah satu masalah penduduk Malaysia pada hari ini. Obesiti bukan hanya mengundang penyakit tetapi juga boleh menurunkan rasa keyakinan diri seseorang. Malah, terdapat banyak pil pelangsing dijual di laman sosial mahupun dilihat di papan iklan. Tetapi tidak semua mendatangkan hasil kalau pemakanan kita masih tidak dikawal dengan betul. Bolehkah minuman membantu kita untuk melangsingkan tubuh badan?

1. Kopi Hitam 

Tahukah anda bahawa secawan kopi hitam di awal pagi atau segelas kopi ais di waktu tengah hari sebenarnya membantu dalam menurunkan berat badan. Bagaimana? Ia berfungsi dalam merangsang kafein yang boleh mengawal nafsu makan. Malah ia juga mampu memanaskan tubuh badan kita dan meningkatkan metabolisme dalam badan. Cuma, kurangkan gula dalam kopi atau gunakan susu skim.

2. Air 

Wanista pernah menulis artikel berkaitan keberkasanan air malah rutin minum air suam mampu turunkan berat badan. Ia bukan sahaja membuang toksin dalam badan, malah ia sangat berkesan dalam membantu untuk menurunkan berat badan yang berlebihan. Anda juga boleh menambah rasa seperti meletakkan sehiris buah lemon, limau nipis, timun juga boleh ataupun tomato kerana sayuran ini memberi banyak manfaat.

3. Jus Sayuran 

Tidak kisahlah jus yang siap di beli dalam tin, botol atau pun buatan sendiri, jus sayuran seperti jus bayam adalah salah satu cara yang berkesan untuk memberi serat dan nutrien dalam badan kita untuk membantu tubuh badan kita menurunkan berat badan. Pengambilan sayuran dan buah-buahan membuatkan kita kenyang lebih lama.

4. Teh Hijau

Teh Hijau terbukti berkesan membantu dalam pelangsingan tubuh. Ia juga membantu meningkatkan metabolisme. Cuba amalkan meminum teh hijau tidak kira sejuk atau pun panas. Teh hitam dan oolong kerana kedua-duanya mengandungi anti-oksidan yang boleh menyingkirkan toksin dalam badan.

16 Gambar Rangka Kenderaan Seperti Dinosaur, Gambar ke-4 Anda Pasti Teruja!

Apakah terjadi sekiranya kenderaan yang anda lihat setiap hari mempunyai tulang seperti haiwan organik? Arca Aquasaurus dan Ignitaurus di bawah ialah arca karyaJitish Kallat, seorang artis yang berasal dari Mumbai India. Dua arca di bawah ini kini dipamerkan di Singapura. Jia mahu melihat lori dan motosikal bertulang ini silalah ke selatan.
Desktop546_01
Desktop546_03
Desktop546_04

16 GAMBAR UNTUK MENGUJI ADAKAH ANDA MEMILIKI FIKIRAN KOTOR?

Ini adalah 16 gambar yang tidak berbahaya, gambar ini boleh menipu, mem-pengaruhi fikiran kotor anda dan ini adalah terpulang kepada anda bagaimana 
anda lihat dan bagaimana minda anda menafsir gambar tesebut...


















Nelydia dan Uqasha Berposing


Dua adik beradik selebriti ini yang nampak seperti kembar seiras adalah Nelydia dan Uqasa Senrose.

Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose ini memang nampak  macam kembar seiras, lagi-lagi apabila mengenakan baju blaus sama warna biru.

Warna tona rambut pun susah nak dibezakan. Cara mereka mengenakan solekan atau makeup pun sama.

Jadi yang mana Nelydia dan yang mana Uqasha?

Dua keistimewaan yang tidak boleh dipertikaikan tentang Nelydia dan Uqasha ialah mereka memiliki kecantikan semulajadi dan bentuk badan yang langsing kegilaan ramai jejaka Malaya.

Mungkin itulah kelebihan insan yang dilahirkan dengan dua bangsa berbeza iaitu kacukan Melayu-Siam.

Selagi belum terikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, status masih single.