Pages

Friday, 16 May 2014

Foto Nelydia Senrose baring di perut Qi Razali sambil peluk anak kecil?

Foto Nelydia Senrose peluk anak kecil baring di perut Qi Razali - Penulis memang akui ketajaman pemerhatian sebehagian peminat terhadap sekeping foto yang dikongsikan Qi Razali di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Gambar tersebut nampak macam biasa jika dipandang sepintas lalu namun kalau anda membaca komen panjang lebar seorang peminat, anda pasti perasaan Nelydia Senrose sebenarnya berbaring di perut seorang lelaki sambil memeluk anak kecil. Lelaki itu didakwa Qi Razali.

Perkongsian Qi ini tidak begitu disenangi segelintir peminat dan meminta aktor itu menjaga batas-batas antara lelaki dan wanita. Ada juga peminat menggesa agar mereka berkahwin dalam terdekat untuk mengelakkan fitnah yang lebih teruk.








View the original article here

Fouziah Gous buat aksi terkangkang ke atas pula

Fouziah Gous buat aksi terkangkang ke atas pula - Rasanya, baru sahaja pagi tadi sekeping gambar Fouziah Gous hanya memakai mini skirt paras peha menjadi bahan bualan hangat di laman-laman sosial dan blog-blog hiburan.

Meskipun gambar tersebut sekadar edit atau manipulasi oleh individu tidak bertanggungjawab namun tetap menjatuhkan imejnya sebagai pelakon yang jarang dihambat kontroversi.

Terbaru iaitu sekitar sejam lepas, aktres jelita ini berkongsi pula satu lagi gambar panas yang memperlihatkan dirinya sedang terkangkang ke atas di dinding sebuah bangunan. Foto berkenaan disertakan dengan caption berbunyi berikut :-

"Hyper lain macam budak ini. Adakah sebab over dose@fgwalet."

Motif beliau berkongsi gambar panas itu tidak pula diketahui namun seperti ada sesuatu yang cuba dipromosikan oleh Fouziah Gous. Adakah barang ingin dipromosikan itu latihan Yoga yang sedang diamalkannya ketika ini?








View the original article here

Punca sebenar Ninie Asmida putus kepala kemalangan

Punca sebenar Ninie Asmida putus kepala kemalangan - Mungkin kerana cinta yang amat mendalam, seorang lelaki sanggup memeluk erat teman wanitanya yang tidak berkepala selepas terbabit dalam kemalangan ngeri di Kampung Meranek, Kota Samarahan tengah malam kelmarin.

Menurut sumber, kemalangan itu didakwa berpunca daripada motosikal yang ditunggangi Ninie Asmida dan kekasihnya dilanggar sebuah kereta ketika dalm perjalanan ke Kampung Meranek. Pasangan ini kemudian terjatuh dan tercampak ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah motosikal lain.

Motosikal berkenaan dipercayai menggilis badan wanita tersebut sehingga menyebabkan kepalanya terputus. Teman lelaki yang terkejut dengan kejadian tidak diduga itu segera memeluk Ninie Asmida dan menutup bahagian kepala yang terputus dengan baju.




View the original article here

Sharnaaz enggan maafkan Lisdawati, mahu bersemuka selepas bersalin

Sharnaaz enggan maafkan Lisdawati, mahu bersemuka selepas bersalin - Pelakon kacak dan berwajah garang, Sharnaaz Ahmad memberitahu tetap mahu bersemuka dengan Lisdawati walaupun isteri kepada Fauzi Nawawi itu sudah memaafkan tindakannya memaki hamun beberapa bulan lalu di set penggambaran.

Menurut Sharnaaz, dia tidak akan berganjak dari keputusannya untuk mahu bersemuka dengan pasangan suami isteri itu kerana merasakan kenyataan maaf hanya melalui media tidak profesional dan tidak lengkap. Katanya, dia mahu menyelesaikan perbalahan mereka selepas aktres berusia 35 tahun itu bersalin nanti.




View the original article here