Pages

Thursday, 29 May 2014

KURANG AJAR!!! (3 GAMBAR)Yusuf Segambut Hina Sultan Perak Yang Baru Saja Mangkat



Admin jadi blur sekejap apabila membaca kata-kata yang bagi admin terlalu melampau.Kenapa beliau sampai hati menghina seorang insan yang bergelar seorang sultan yang bagi admin, rakyat Malaysia cukup maklum.Orang melayu sangat hormat kepada sultannya.



DUNIA ARTIS: Akhirnya Abby Abadi bercerai Melalui SMS

Kuala Lumpur: Spekulasi pergolakan rumah tangga Abby Abadi terungkai apabila pelakon itu mengesahkan perbicaraan kes cerai dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, kira-kira jam 9 pagi ini.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, yang dihubungi berkata, bagaimanapun dia tidak dapat mengulas lanjut dan berharap agar proses itu berjalan dengan lancar.

“Maafkan saya. Esok (hari ini) insya-Allah ya,” katanya secara ringkas menerusi mesej WhatsApp di sini, petang semalam.

Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lalu di selatan Thailand selepas dua minggu berkenalan.

Difahamkan, Abby sudah memfailkan perceraiannya di mahkamah sama pada minggu lalu.

Sumber turut mendakwa lafaz cerai antara mereka sudah berlaku menerusi mesej SMS, baru-baru ini dan perbicaraan pagi ini adalah bagi mengesahkan lafaz yang sudah disebut itu.

Terdahulu, konflik dalaman perkahwinan Abby dengan Farhan, 24, mula diperkatakan berikutan status Instagram miliknya pada 17 Mei lalu yang meminta agar peminat mendoakan keadaan rumah tangganya.

Menerusi laporan Harian Metro pada 23 Mei lalu, Abby tidak mahu mengulas lanjut ketika ditanya mengenai kesahihan masalah itu.

Katanya, dia tidak mempunyai apa-apa untuk dikongsikan sehingga tiba waktu yang sesuai untuk mendedahkan perkara itu.

Sebelum berkahwin dengan Farhan, Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga anak.


Wednesday, 28 May 2014

15 Produk Jenama Coklat Cadbury Ada DNA Babi?

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempertikaikan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendedahkan keputusan ujian tiga sampel coklat Cadbury hanya selepas tiga bulan analisis itu dilakukan.

Coklat Cadbury ada babi

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, keputusan itu juga hanya dimaklumkan secara rasmi selepas maklumat berkenaan bocor dan tersebar luas melalui media sosial dan ia disifatkan sebagai penganiayaan kepada pengguna.

Beliau turut mendakwa, pihaknya dimaklumkan masih terdapat kira-kira 15 produk lain dipercayai mengandungi asid deoksiribonulkleik (DNA) babi namun belum didedahkan KKM kepada umum.

“Kenapa baru sekarang maklumat ini didedahkan sedangkan ujian dibuat pada Februari lagi.

Dan jika benar ada 15 produk lain turut mengandungi DNA babi, kenapa masih dirahsiakan?” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak supaya Akta Halal yang pernah dicadangkan kerajaan 15 tahun lalu diwujudkan bagi mengendalikan hal seumpama ini, bukannya sekadar bergantung kepada Akta Perihal Dagangan 2011.

“Insya-Allah Selasa ini kami (PPIM) akan panggil semua NGO (badan bukan kerajaan) Islam untuk bersama menyatakan bantahan serta mengambil tindakan terhadap Cadbury mewakili seluruh umat Islam di Malaysia.

“Ini kerana mereka gagal memastikan produk yang dihasilkan halal walaupun sudah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Kami juga mahu produk Cadbury disita semuanya, bukan hanya yang disahkan ada DNA babi kerana mengikut Akta Makanan 1983 pun, jika ada keraguan boleh sita semua sekali.

Kita tak mahu kelak ada manipulasi untuk tukar pembungkusan atau sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Yusof Abdul Rahman meminta pengeluar coklat itu memberikan penjelasan kepada orang ramai mengenai keputusan analisis itu jika mereka tidak tahu mengenainya.

“Isu ini seolah-olah didiamkan.

Jika ujian dilakukan pada Februari, adakah Cadbury juga tidak tahu mengenainya atau mereka mengambil langkah berdiam diri untuk menyelamatkan pasaran? Kami mahukan penjelasan. -Hmetro

“Jangan Ada Logo Halal Tapi Tak Halal”

Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Syarikat pengeluar makanan perlu lebih bertanggungjawab sebelum memasarkan produk mereka di negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata sekiranya sesuatu produk itu sudah mendapat logo halal, maka isi kandungannya juga perlulah sentiasa bebas dari sebarang unsur tidak halal.

“Janganlah pula ada logo halal tetapi letak barang tidak halal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Derma Darah anjuran Pharmaniaga Berhad di pusat beli belah eCurve di sini.

Beliau berkata mengulas mengenai pendedahan Kementerian Kesihatan yang mendapati dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine).

Dr Hilmi berkata syarikat pengeluar produk berkenaan perlu menarik balik produk mereka di pasaran.

Sementara itu, mengulas mengenai kempen derma darah, Dr Hilmi berkata kini dengan adanya teknologi Apheresis yang digunakan Pusat Darah Negara (PDN), penderma mempunyai pilihan untuk menderma hanya komponen darah seperti plasma, platlet atau sel darah merah.

“Dengan teknologi ini, darah penderma tidak diambil sepenuhnya tetapi, komponen diperlukan sahaja diambil seperti platlet dan teknologi ini selamat serta tidak mempunyai kesan sampingan kepada penderma.

“Jadi masyarakat tidak perlu risau, kerana menderma darah sememangnya tidak mendatangkan kesan negatif kepada pendermanya,” katanya.

Seorang penderma darah warga emas, Ong Lim Chuen, 59, berkata beliau berasa bangga kerana dapat melakukan sumbangan kecil kepada pesakit yang memerlukan darah.

“Kempen kesedaran mengenai kepentingan menderma darah perlu ditingkatkan lagi dan masyarakat tidak perlu risau kerana tiada sebarang masalah akan timbul sekiranya individu yang sihat tubuh badan menjalani pendermaan darah,” katanya yang sudah menderma sebanyak 39 kali setakat ini.

Kempen derma darah selama dua hari bermula hari ini anjuran syarikat farmaseutikal, Pharmaniaga Berhad dengan kerjasama PDN berlangsung di pusat beli belah eCurve bertujuan memberi peluang kepada pengunjung menderma darah tanpa perlu hadir ke hospital pada hujung minggu ini. -mStar Online

Sanggup Makan Babi Demi Cokelat Cadbury!

Sanggup Makan Babi Demi Cokelat Cadbury!

Tak dinafikan memang ramai umat Islam yang mempunyai pemahaman kurang sempurna tentang agama.

Sepatutnya bila itu berlaku, kenalah belajar untuk menjadi lebih faham.

Malangnya ada sesetengah orang Islam ini, bukan sahaja jahil malah begitu yakin pula menunjukkan kejahilannya pada orang lain.

Habis semua hukum agama dibantai mengikut logik dan kesenangan diri sendiri sampai kadang-kadang kelihatan menggugat akidah.

Contohnya status Facebook yang dibuat seorang remaja berkaitan cokelat.

Kata adik ni, tak ada sebab orang muda sepertinya nak boikot makan cokelat Cadbury semata-mata isu haram sebab itu cuma mainan politik.

Baginya babi tak boleh makan kalau dalam bentuk daging, dah jadi cokelat tak apa…

Anak siapalah ni ye? Kalau tahu siapa ibu bapanya mintalah mereka hantar anak belajar agama sebab sesat sangat dah ni!

sumber 

Konflik Sebenar Disebalik Isu Tambak Johor Yang Dibongkarkan

APABILA mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mencadangkan pada 16 April lalu agar Tambak Johor dirobohkan bagi membolehkan “Jambatan Persahabatan” dibina bagi menghubungkan Malaysia dengan Singapura, beliau bukan orang yang pertama berbuat demikian.

8 tahun yang lalu, pada awal November 2006, Sultan Johor (pada masa itu) telah mengejutkan orang ramai (ketika baginda merasmikan pelancaran Wilayah Pembangunan Iskandar) dengan titahnya “Robohkan juga Tambak Johor… Datuk nenek beta dah kena tipu dengan Mat Salleh..” Titah baginda itu dapat didengar dengan jelas di seluruh negara menerusi siaran langsung yang dipancarkan oleh pelbagai stesyen televisyen tempatan.


Khabarnya titah baginda itu disambut dengan tepukan bergemuruh oleh hadirin di upacara itu. Ia sekaligus membuktikan bahawa bila ada pihak tertentu menyatakan bahawa pembinaan “jembatan bengkok” (crooked bridge) yang dicadangkan oleh Tun Mahathir itu tidak disokong oleh orang Johor, kenyataan itu adalah satu pembohongan yang nyata.

Kembali kepada gesaan Tun Dr Mahathir tadi, sekiranya Jambaan Persahabatan itu dapat dibina nanti, apakah Tambak Johor masih lagi relevan?

Mantan Perdana Menteri itu menyatakan bahawa Tambak Johor telah menyebabkan pelbagai masalah, terutamanya melibatkan isu alam sekitar dan kesesakan lalu lintas di Johor bahru.

“Jika kita sudah ada Jambatan baru, apakah kita masih perlukan sebuah tambak? Tambak ini menghalang air mengalir keluar dan ia juga sangat kotor. Ia menyebabkan laut menjadi sangat kotor dan terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk di Johor Bahru,” katanya selepas menyampaikan satu syarahan umum di Universiti Teknologi Petronas di Seri Iskandar, Perak pada 16 April lalu.

Cerita mengenai cadangan membina “Jambatan Persahabatan” timbul pada 7 April 2014 lalu, bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membangkitkannya dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.


PROJEK JAMBATAN INDAH

Sewaktu negara ditadbir oleh Tun Dr Mahathir dulu, ada cadangan oleh kerajaan untuk membina Jambatan Indah (scenic bridge) bagi menggantikan Tambak Johor. Malangnya disebabkan projek jambatan itu tidak disetujui oleh Singapura (negara itu enggan meroboh bahagian Tambak Johor di bahagian sempadan negaranya), kerajaan Malaysia terpaksa mengubah rekabentuk jambatan itu menjadi Jambatan Bengkok (crooked bridge).

Kerja-kerja awal (menanam cerucuk jambatan) sempurna pada 10 Mac 2006. Malangnya, atas arahan Tun Abdullah Ahmad Badawi (yang menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003), projek Jambatan Bengkok itu telah dihentikan pada April 12, 2006.

Pada masa itu apabila ada orang bertanya kenapakah projek Jambatan Bengkok itu dibatalkan, antara sebab yang diberi adalah kononnya “orang Johor tak mahu projek jambatan itu diteruskan” – satu jawapan yang bukan sahaja tidak masuk akal, bahkan satu pendustaan kepada orang Johor.

Pada awal Ogos 2013 lalu, ketika bercakap dengan wakil media yang hadir di upacara pelancaran buku "Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia" (disunting oleh Bridget Welsh and James Chin) Tun Abdullah berkata “Sekiranya saya ikut kata Mahathir, Malaysia akan jadi bankrap” (If I listened to Mahathir, Malaysia would be bankrupt).

Disebabkan pada masa itu defisit negara terlalu tinggi, dia terpaksa menghentikan beberapa projek mega Tun Mahathir.


TAMBAK JOHOR AKAN KEKAL

Mengikut Datuk Hasni Mohammad, pengerusi jawatankuasa kerja raya negeri Johor, Tambak Johor akan kekal dan tidak akan dirobohkan. Jambatan Persahabatan yang akan dibina itu tidak semestinya satu jambatan tradisi seperti Jambatan Kedua (Second Link) yang ada sekarang, sebaliknya ia mungkin satu terowong bawah laut (underwater tunnel).

Hasni menambah andainya jambatan baru itu dibina berhampiran Tambak Johor, ia akan membatu (complement) peranan Tambak Johor, bukan menggantikannya. “Oleh itu, Tambak Johor tidak akan dirobohkan”, tambahnya.

Pemerhati membuat spekulasi jambatan baru ini akan dibina berhampiran hab minyak dan gas di Pengerang, disebabkan potensi ekonominya yang besar. Ada juga yang mengatakan jambatan ini mungkin dibina untuk menghubungkan Puteri Harbour, yang lokasinya berhampiran dengan Nusajaya, dengan Singapura.

Tambak Johor, yang panjangnya hanyalah 1 kilometer, menghubungkan bandaraya Johor Bahru dengan Woodlands, bukan hanya memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya dan pejalan kaki, tetapi juga kepada keretapi dan paip air (membolehkan Singapura mendapatkan air dari Johor). Dibina pada tahun 1923, ia kini digunakan oleh tidak kurang dari 60,000 kenderaan setiap hari.

Berbeza dengan Jambatan Kedua, yang membolehkan kapal untuk terus berlalu di bawahnya. Kapal dari Pelabuhan Tanjung Pelepas yang ingin menuju ke Pasir Gudang terpaksa belayar keliling Singapura, yang bukan hanya mengambil masa tetapi menelan kos yang bertambah.

Tambak Johor (yang kini berusia hampir 9 dekad) telah sekian lama menyebabkan pencemaran air dan marin menjadi begitu teruk lagi, kerana kewujudannya menghalang air mengalir dari barat (Selat Melaka) ke timur (Laut Cina Selatan).

Bila nanti seluruh kawasan pantai dari pusat Bandar Johor Bahru ke Danga Bay terus dibina dan dibangunkan ala Hong Kong, keadaan di sini pastinya menjadi lebih buruk lagi.

Pada tahun 1958-59, sewaktu saya belajar di Tingkatan Enam di English College (kini dipanggil Maktab Sultan Abu Bakar) dan tinggal di sebuah asrama tidak jauh dari kawasan pantai, saya masih lagi boleh berenang dan bermandi manda di tepian pantai di situ (Pantai Lido).

Sekarang anda tanya sendiri sama ada orang JB masih lagi boleh beriadah dan bersantai di Pantai Lido dengan ahli keluarga mereka?

Sehubungan dengan itu, kami menyeru rakan-rakan pembaca semua untukmenyokong usul untuk merobohkan Tambak Johor untuk kesejahteraan bersama dengan mengundi melalui link dibawah ini:
sumber