Pages

Friday, 15 August 2014

MAKANAN YANG MEMBAHAYAKAN WANITA


Kesihatan adalah nilai yang tidak mampu dibeli sekalipun dengan insurans jika tidak dapat diubati hanya sekadar membantu menanggung kos , bidalan  melayu kata " mencegah lebih baik dari mengubati " .

Dewasa kini , bermacam-macam punca seseorang mendapati dirinya menghidapi kanser , antara salah satunya adalah faktor pemakanan ( peratusan paling besar ) . Hari ini infohub mahu kongsikan sedikit maklumat yang berguna untuk semua terutamanya wanita , sila share selepas membaca ok !

Makanan yang perlu dielakkan:

1.) Soya dan evening primrose.
Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen.
So, bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Doc ade bagitahu saya yang sume wanita ade cyst cuma kecil atau besar, boleh hilang tak boleh hilang.

evening primrose oil

**info yang baru saya tahu: minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak tu mendapat kanser. Then, mengikut kajian keatas pesakit kanser payudara plak, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni.

2.) Ayam.
Ayam kan disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Kebiasaannya ayam disuntik hormon estrogen. Tapi ayam kampung boleh makan kot.

3.) Ikan keli yang dibela.
Kena tangkap ikan keli dalam sawah la pasni kalau dah mengidam sangat.

4.) Kawal Pemakanan.
Kolestrol juga adelah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adalah precursor kepada estrogen.

NOTA TAMBAHAN
Pemakanan bg Wanita pengidap Endometriosis/Adenomyosis/Fibroid/Cyst/PCOS

Disini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.

Makanan yg di galakkan

> Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
> Sayuran jenis kekacang – kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
> Kekacang – badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
> Sayuran – kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
> Buah-buahan – Nenas & betik
> Ubi kayu
> Sup miso ( sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlm
sup utk di jadikan miso sup)
> Teh hijau

Makanan yg harus di elakkan

> Daging merah (kambing & lembu)
> Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
> Produk tenusu seperti keju
> Ikan haruan
> Gamat
> Bahan perisa – pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
> Makanan manis – kuit muih manis & pencuci mulut
> Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
> Makanan segera – burger, sosej, nugget, mee segera dll
> Makanan ringan – cip kentang, jajan dll.
> Makanan berlemak/ berminyak

FIBROID DAN CYST

♛RAHIM ADALAH EMAS BAGI WANITA♛

TANDA – TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH

✔ Gangguan Haid
✔ Keputihan
✔ Masalah ketidaksuburan
✔ Kemandulan di kalangan wanita
✔ Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
✔ Perut kembang
✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
✔ Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
✔ Kerap letih dan lesu
✔ Sakit lutut dan tumit
✔ Kesejukkan kaki dan tanggan
✔ Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
✔ Kerap keguguran
✔ Ketumbuhan fibro dan cyst

BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?

1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut
2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.

ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?

Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshar dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.

Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka.

RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA……
Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

“Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.”
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.

click “SHARE” jika anda sayangkan ibu anda

Thursday, 14 August 2014

AWAS !! BERONANI PUNCA GADIS 21 TAHUN MAUT

nafsu, onani, masturbation, seks oral,

Ternyata nafsu tidak mengenal jantina samada lelaki mahupun perempuan. Ketagihan beronani atau masturbation dalam bahasa inggeris nya sering dikaitkan pada kaum lelaki.

Tetapi lain pila kali ini apabila terdapat satu kes beronani melibatkan kaum perempuan pula. Umum tahu beronani banyak memberi kesan negative pada pelakunya. Antaranya daya ingatan dan pemikiran akan merosot dan tahap keseburan juga akan menurun.


Dan anda semua jangan terkejut jika pelaku onani ini juga berhadapan dengan maut seperti seorang pelajar wanita Kolej Bethlehem dari Brazil, Bianca Borges Bezerra, 21 meninggal dunia selepas melakukan onani berterusan selama 12 minit. Pelajar wanita ini juga dipercayai turut melakukan oral seks dengan seorang rakan wanita sekolejnya.

Hospital yang melakukan pemeriksaan ke atas mayat Bianca mengesahkan bahawa onani berterusan selama 12 minit menjadi punca kematian.
 
 

Jururawat Selfie Bersama Pesakit Sambil Pegang XYZ Cetus Kontroversi!

Gambar hiasan
Jururawat Selfie Bersama Pesakit Sambil Pegang XYZ Cetus Kontroversi! - Manusia sekarang bila berdepan dengan laman sosial macam FB/twitter atau sebagainya macam dah tiada privacy dan rasa malu dalam diri.

Kalau boleh semua nak tayang kat public. Semua nak cerita. Kalau boleh tu setiap inci apa yang ada kat badan atau ada dalam rumah atau ada dalam hidup dorang semua nak tayang kat orang lain.

Macam tu la yang terjadi pada budak-bakal bakal jururawat dalam gambar di bawah ni.

Tahulah kau bakal nurse jadi kau akan belajar dan tengok semua tu. Tapi perlu ke sampai kau upload gambar macam ni kat Facebook?

Moral of the story, kadang-kadang kita je rasa benda tu funny tapi ramai orang rasa benda tu sangat mengaibkan dan memalukan diri sendiri apatah lagi keluarga mereka. Jadi jangan memalukan diri sendiri dengan buat kelakar yang tak kelakar macam ni.

Stop uploading gambar-gambar korang yang memualkan di laman sosial. k bai.. Sumber:Raisyyahrania.blogspot.com

Kisah Yang Tidak Mahu Kita Dengar Tentang Kiosk Ramly Burger

Kisah Yang Tidak Mahu Kita Dengar Tentang Kiosk Ramly Burger | Malam semalam den bersamo 2 rakan yg lain pergi makan Ramly Burger di kiosknya. Niat nak makan Ramly Burger di outletnya sendiri dah lamo. Sejak korang sebarkan bhw Ramly Burger juga mempunyai outlet mcm mekdi. Buek plan seminggu baru boleh poie sesamo. Peh sibuk mcm Perdano Montori masing-masing. Ha Ha Ha. Walaupun makanan ruji kami ialah nasi tapi sesekali nak jugak makan burger beb. Lepas solat Isyak teruslah kami ke kiosk Ramly Burger yg dituju. Sampai je trus den snap amik gmbr pakai kamera handset. Boleh lihat gmbr kek atas. Sapo dapek teka dimanokah letaknya kiosk ini, den akan belanjo korang jenjalan sekitar KL dgn menaiki keto Ferari 4 pintu den. Amacam? Ngeee.
10513511_899063823440444_8777221900008102731_n
1. Perut dah lapar, apo lagi tggu, orderlah. Alamak kaunter dio bukak satu je. Kono beratur panjang. Jadi den ditugaskan amik order. Cis. Kalau tgk dlm gmbr kek atas mmg itu je kaunternya. Aduhai. Dalam reramai beratur tu ado 2 org cino beratur sekali. Den ingat ni musti cino yg boikot mekdi. Bagus la. Walaupun beratur panjang tapi copek. Den masuk line queue beratur kemudian sampai ke kaunter kurang drpd 5 minit. Wow, respek.
2. Den pun amik order.
“Bang, mintak 3 set Oblong Kambing”
“Yang set punya air tin Pepsi, nak tukar ke encik”
“Tukarlah, malas la minum air gas. Kalau tukar harga sama ke?”
“Tambah 50sen cik. Ini airnya” Sambil tunjuk ke kiri den.
Alamak air cap Nestle. Ini barang wajib diboikot. “Bagi je lah air mangga tu”
“Ok encik amik ni” Sambil beri kad kecil tulis nombor 3.
“Ape ni?”
“Angka giliran. Nanti kami panggil encik bila dah siap nanti”
“Erk…”
3. Patut la copek beratur. Pakai sistem angka giliran rupo ey. Member ajak duk luar sbb nak isap rokok. Den cakap kalau duk luar mcm mano nak dgr budak kaunter panggil nombor kito. Okay stay dlm. Aircond mmg sejuk bai. Mmg caya. Hargo satu set Oblong Kambing rm9.50. Tukar air jadi rm10. Murah jugaklah. Dlm set tu ado air, kentang goreng dan oblong kambing.
4. Hati member dah start paneh. Member merungut. Dah 10 minit tggu, tapi order tak sampai-sampai. Den bg sabar. Sabarlah, order tgh byk tuh.
5. Kali ni hati den pulak yg paneh. Dah 20 minit, budak kek kaunter tak jugak panggil nombir giliran yg den tgh pegang nih. Budak tuh asik sebut nombor giliran org lain je. Fuhhh, sabar-sabar.
6. Minit ke-25 barulah nombor giliran kami dipanggil. Aduh fail siot. Ini bukan fastfood beb. Kalau order oblong unta maun 4 hari 4 malam baru siap kot. Yolah kono tggu daging unta drpd Saudi beb. Den pun amik set yg di order.
“Bang, mana sos?”
“Tepi ni je bang” Sambil tunjuk bahagian kanan den.
Kalau kek mekdi, kito main picit je tombol tu baru keluar sos. Tapi kiosk ni main botol bosa. Muncung tu ado 2 lubang. Bilo picit botol dio kluar sekali byk. Ok laa.
7. Besar ni je oblong Ramly. Member den komplen. Mmg kurus dan slim oblongnya. Dlm kepalo otak den, oblong ni mesti samo saiz mcm Prosperity Burger mekdi. Meleset sekali andaian den. Tgk gmbr kek atas. Den letakkan oblong kambing kek sebolah henfon den jenis Samsung model Champs. Kocik kan? Air manggo cap Nestle pulak, cawannya kecik je. Tak samo saiz dgn cawan saiz regular mekdi. Lepas tu raso kentang goreng lak. Adus tak sodap langsung raso ey. Pedulik lah. Perut dah lapar. Den terus makan oblong kambing. Hak ala ado sehelai sayur je. Raso oblong kambing tu boleh tahan la. Member den yg sorang trus hilang selera makan. Menyesal den dtg. Rungutnya. Oblong kambing yg dio punyo, dio bg den. Mcm tu lah member. Ngeee…
8. Prestasi kiosk Ramly Burger ni kira serderhana shj. Kiosknya sempit sbb dio jual sekali makanan frozen food keluaran Ramly. Takdo wifi. Takdo tv. Mmg kiosk ni bukan tmpt lepak yg sesuai utk anak mudo. Time operasinya bermulo 10 pagi sampai 10 malam. Org cari mekdi jugak kalau lapar tongah malam. Tapi tandas kiosk ni mmg tip-top. Bersih siap shining sekali.
9. Hargo mmg murah tapi kalau makan tak puas hati pun tak guno jugak. Sudah la order yg dipesan lambat siap. Sbg bekas pokojo restoran fastfood, polisi tmpt den kojo dulu bilo customer masuk beratur, customer tu sampai ke kaunter haruslah bwh 7 minit. Lps tu amik order kurang 1minit. Akhir sekali, setelkan order customer tu kurang 2 minit. Kalau ordernya byk dan amik maso nak siapkan ordernya, mako customer itu akan dibawa ke topi. Layan customer yg kek belakang pulak. Mano ado restoran fastfood pakai sistem nombor giliran bai. Ingat ini klinik kjaan ke?
10. Sesuatu perlu dilakukan kalau Kiosk Ramly Burger mahu bersaing dgn restoran fastfood antarabangso. Setakat yg den hadap, mmg tak ke mano Kiosk Ramly Burger nih. Setakat gitu-gitulah.
11. Antara cadangan-cadangan den utk memperkasakan Kiosk Ramly Burger ialah :
- Asingkan premis jualan frozen food dgn Kiosk Ramly Burger.
- Kiosk haruslah dilokasi yg strategik. Tmpt tumpuan org ramai. Kalau boleh buek premis Kiosk Ramly burger kek sebolah premis mekdi. Mcm KK Mart lawan 7E. Premis diorg sebolah menyobolah je bro. Barulah Kiosk Ramly Burger benar-benar jadi alternatif kpd mekdi.
- Kentang goreng kasi sodap la bro.
- Kiosk Ramly Burger wajiblah berjiwa fastfod. Order yg dipesan mestilah disetel dgn copek. Jgn bagi nombor giliran kpd customer. Sistem nombor giliran amat dibonci oleh customer.
- Meja dan kerusi kasi design yg berlainan dgn restoran-restoran fastfood lain. Biarlah unik drpd restoran fastfood yg lain. Cipta identiti sendiri.
- Sediokan wifi dan tv kpd customer.
- Jgn jual air jenamo Nestle. Nestle masih dlm senarai boikot rkyt Msia. Pakailah jenamo air sendiri. Barulah class brader!
- Yang lain-lain kenkawan boleh tambah sendiri. Ngeee…
12. Kalaulah Malaysia sign perjanjian TPPA (sesuatu yg amat dibenci oleh den dan rkyt Msia yg lain), Ramly Burger bolehlah amik kesempatan drpd perjanjian itu utk meluaskan sayap kiosknya ke negara-negara anggota TPPA yg lain.
Den harap apo yg den tulis ini tidak disalahanggap sbg satu tulisan kondem terhadap Kiosk Ramly Burger. Mungkin den tak tahu kiosk ini baru bermulo mako mmg byklah kesilapan yg mrk sdg dilakukan. Ruang penambahbaikkan itu ado. Mako tutuplah ruang itu supayo customer sentiaso berulang ke kiosk anda. Ramly Burger haruslah copek tutup kelemahan ini krn ratusan ribu customer mekdi sdg mengalih perhatian kpd kiosk anda krn isu boikot Israel. Kalau Kiosk Ramly Burger menyajikan servis yg tidak berkualiti, mako para customer mekdi akan kembali makan mekdi. Jgn lepaskan peluang keemasan ini bro!