Pages

Friday, 15 August 2014

Jangan Kurang Ajar Dengan Kakitangan MAS


Nampaknya kemelut antara Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysian Airline System Berhad (MASEU) dan pengurusan tertinggi MAS semakin panas ekoran pertikaian berhubung pertemuan antara Malaysia Airline System Berhad (MAS) serta kesatuan dan persatuan kakitangan syarikat penerbangan itu.

Semua itu timbul selepas MASEU mendakwa tidak dijemput oleh pengurusan MAS untuk taklimat berhubung cadangan penstrukturan semula syarikat penerbangan kebangsaan itu.

Bagaimanapun, MAS melalui Naib Presiden dan Ketua Komunikasi Strategiknya, Datuk Najmuddin Abdullah pula memberitahu, MAS telah menelefon semua wakil kesatuan dan persatuan kakitangan untuk tujuan tersebut.

Mengulas mengenai perkara itu, Presiden MASEU, Alias Aziz berkata, Najmuddin telah membuat satu pembohongan besar kepada lebih 13,500 orang kakitangan MAS dan rakyat Malaysia.

Alias yang sudah menerajui MASEU sejak 20 tahun lalu berkata, menelefon wakil kesatuan dan persatuan MAS untuk memaklumkan apa sahaja mesyuarat bukan budaya syarikat penerbangan itu dan ia tidak pernah berlaku sama sekali.

Pada kebiasannya, sebarang jemputan mesyuarat akan dilakukan melalui emel oleh Pengurus Perhubungan Perusahaan atau Naib Presiden Perhubungan Perusahaan MAS.

"Sekarang anda tengoklah 'permainan' pengurusan MAS terhadap MASEU. Adakah satu mesyuarat penting yang berkaitan dengan masa depan kakitangan MAS dibuat dengan panggilan telefon sahaja?

"Mengapa pengurusan tidak menghantar perkhidmatan pesanan ringkas (SMS). "Apapun, saya tidak menerima sebarang panggilan untuk memberitahu tentang taklimat itu. Ini semua jalan mudah. Saya minta Najmuddin buktikan yang beliau ada menelefon saya atau mana-mana wakil MASEU. Jangan bohong kepada kakitangan MAS, jangan tipu rakyat Malaysia.

"Jangan kurang ajar dengan 13,500 kakitangan MAS, jangan sengaja wujudkan suasana tegang," katanya kepadaMalaysiaGazettesambil tidak menolak kenyataan Najmuddin itu boleh memberi imej tidak baik terhadap MASEU.

Dengan nada tenang, Alias berharap dan meminta kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan agar menilai semula tahap pengurusan sedia ada.

"Cukup-cukuplah letak barisan pengurusan yang ada. Inilah yang kami rasa, lantaran itu kami terpaksa bersuara. Sebab masalah pengurusan juga yang menyebabkan MAS rugi," ujarnya.

Alias tidak menolak kemungkinan barisan pengurusan dalam keadaan tertekan untuk mendapatkan sokongan dalam pelaksanaan pelan penstrukturan MAS seperti yang diarahkan oleh Perdana Menteri, lantaran itu tidak menjemput MASEU.

Najib dalam kenyataan media berhubung penstrukturan semula MAS mengarahkan proses tersebut mesti dilakukan secara profesional, adil, telus dan sesungguh hati.

Jelas Perdana Menteri, proses pemulihan MAS pastinya memerlukan pengorbanan serta melalui jalan yang menyakitkan namun terpaksa dilalui demi menyelamatkan syarikat penerbangan itu.

Justeru, Najib meminta semua pihak iaitu pihak pengurusan, kakitangan, kesatuan sekerja, pemberi pinjaman dan vendor bersama-sama penumpang serta rakyat Malaysia merapatkan barisan dan bekerjasama bagi memastikan hasrat untuk melihat MAS pulih semula dapat dicapai.

Sedangkan, Alias berkata, MASEU sejak sejarah kewujudannya tidak pernah melawan arus seandainya langkah-langkah atau keputusan MAS logik, benar dan realistik serta membawa faedah kepada kakitangan.

"Pengurusan MAS datang dan pergi tetapi bagi kakitangan MAS, seteruk atau seburuk mana sekalipun syarikat ini, di sinilah tempat kami mencari rezeki.

"Pengurusan MAS mungkin khuatir MASEU membantah, sebab itu kami tidak dihubungi, tidak dijemput dalam sesi taklimat itu.

"Tapi pengurusan MAS lupa, kegagalan mereka memanggil MASEU bermakna hak bersuara lebih 13,500 orang kakitangan MAS telah dinafikan," tegas Alias.

Presiden MASEU itu menambah, pihaknya tidak akan membuat apa-apa tindakan, melainkan tunggu dan melihat sahaja tindak-tanduk dan rentak pengurusan MAS berhubung isu ini. - MG


sumber 

Kisah Benar Kahwin Mudah, Halal, Elak Maksiat


1/3/2014 tarikh sepatutnya aku bertunang dengan suami aku, 
tapi lepas sesi sarung cincin dari mak mertua, ayah aku panggil suami aku dtg dekat dia, depan tetamu semua dia tanya 
mu nak nikah tak harini?
suami aku dengan terkejut terus angguk, sapa taknak kan?? haha.
ayah aku pun panggil seorang ustaz yang kebetulan sepupu suami aku , 
dia tanya “ustaz apa hukum saya bagi anak saya kawin hari ni, saya dah ada 3 saksi dan saya wali dia?
ustaz tu cuma jawap “boleh, memang sah, tapi x pernah orang buat
ayah aku jawap “orang tak buat biar saya buat
dan paling best family mertua aku semua sokong, ALHAMDULILLAH dapat keluarga mertua yang terbuka juga, 
dan kebetulan suami aku memang simpan dinar emas dalam dompet, dia keluarkan jadikan mas kawin, 
dan ayah aku la yg jd tok kadi, dialah yang bagi khutbah nikah, dialah yang akadkan nikah aku
mudah tak nak halalkan hubungan? mudah sangat kalau kita mudahkan.
inilah kisah bertunang sesaat
ayah aku nikahkan pun cuma nak bagi aku dating secara halal,
sebab dia tahu anak dia ni tak baik mana, takut seludup keluar dating berdua, 
Ya! ada yang cakap dan hina kata ayah aku gelojoh, 
ada jugak yang RESPECT dengan tindakan gelojoh ayah aku, 
10/5/2014 alhamdulillah,aku dah selamat nikah mengikut cara rasmi di malaysia, 
memang tak perlu pun rasmi tu,tapi dah kita hidup dalam negara macam ni, kita ikutlah, 
sempoi tak baju nikah aku pertama aku?, suami aku dengan kemeja, aku dengan kurung moden jeee
inilah kisah yang aku akan simpan untuk cerita dekat anak-anak dan cucu cicit kalau umur panjang, 
kisah tak berapa menarik tapi sedikit RARE lah kot, 
insyaALLAH, cerita ni bukan untuk riak atau bangga, tapi untuk mengubah minda kita yang dijajah, nak kawin susah, susah susah, 
jadi berzina itu jadi mudah!
*update: 10/5/2014 nikah rasmi itu ialah saya nikah semula dimana lengkap dengan cop imam, surat pej agama,hiv test dan krusus kawin dan lain2 bagi memenuhi prosedure perkahwinan di malaysia

Cara Kreatif Ambil Gambar Pasport


Ini memang kreatif. Bagi yang tak ada masa atau malas nak keluar duit pergi buat gambar pasport boleh guna teknik ini.

Caranya senang, pakai baju formal, siap dengan tie, lepas tu baring kat atas tilam, akhir sekali, suruh kawan ambil gambar dari atas.

Pakai teknik ni tak payah nak runsing-runsing pasal warna belakang gambar. Kalau nak warna putih, taruk cadar warna putih. Kalau nak warna warni, letak cadar warna-warni. Yang penting nampak formal macam dalam gambar kat atas ni.

Mudah dan senang. Pakai telefon pun boleh ni - SiakapKeli.com

Heboh Gambar Budak 7 Tahun Pegang Kepala Tentera Syria Yang Di Pancung Di Twitter

Seorang kanak-kanak bergambar menggenggam kepala seorang tentera Syria yang dibunuh. 

Anak Khaled Sharrouf ini, dipercayai berusia tujuh, menggunakan kedua-dua tangan untuk menaikkan kepala tentera syria yang dipancung. 

Bapa beliau "Khaled Sharrouf", adalah salah satu daripada orang paling dikehendaki-Australia dan jenayah perang yang disyaki, memuat naik foto ke laman Twitter pada 8 Ogos dengan kapsyen: 'Thats my boy!'. 

Gambar grafik - dilihat di Twitter oleh Daily Mail Australia - dipercayai telah diambil di bandar Syria utara Raqqa, menurut The Australian. 

Beliau juga memuat naik imej-imej lain, yang termasuk salah satu dirinya memegang kepala tentera yang sama dengan kapsyen: '. What a head' 

Gambar lain menunjukkan dia bergambar bersama kanak-kanak lelaki berpakaian seragam penyamaran sambil memegang tampuk senjata api.