Pages

Tuesday, 4 November 2014

5 Gambar ketat Kris Dayanti buat Hafiz Suip bergegar lutut


Kecantikan dan kejelitaan diva Kris Dayanti memang tiada tandingan dan mampu menggugat iman seseorang yang melihat penampilannya yang serba ketat.

Bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 22 November ini, salah seorang artis Malaysia, Hafiz Suip akan berpeluang untuk berduet dengan penyanyi tersohor Indonesia berusia 39 tahun itu.

Pertemuan mereka pertama ialah ketika sidang media yang diadakan di Royale Chulan. Menariknya Kris tampil dengan busana berwarna biru yang serba ketat dan boleh membuat Hafiz bergegar lutut.


 Diva Indonesia Kris Dayanti atau lebih mesra dengan singkatan namanya KD telah menjawab teka teki pasangan yang bakal berduet bersamanya di Konsert Kris Dayanti Live di KL 22 November ini apabila Hafiz Suip telah dipilih oleh pihak pengurusan dan Kris Dayanti sendiri.

Hafiz Suip bakal menjadi pasangan duetnya pada malam tersebut seterusnya menyanyikan 3 buah lagu termasuk 2 lagu duet dan solo. Dia yang buat pertama kalinya bertemu Hafiz di sidang sedia yang diadakan di Royale Chulan yakin dan optimis bahawa penyanyi muda itu mampu untuk menggalas cabaran ini di konsertnya yang akan diadakan di Plenary Hall, KLCC.

“Saya baru pertama kali bertemu dengan Hafiz dan saya tahu dia bagus kerana menang anugerah di APM bersama dengan Rossa. Selain itu juga, saya pernah mendengar rakamannya di Jakarta. Melihatkannya dia seorang yang sopan sangat menghormati orang-orang di sekelilingnya”

“Saya yakin pasti ada magnet dan energi positif pada dirinya yang mampu membuatkan dewan konsert pada malam itu terpegun atas persembahan-persembahan yang akan dilangsungkan. Malah peminat-peminat dia juga mungkin akan datang untuk menyaksikan dia dan saya beraksi pada malam konsert itu nanti,”
 katanya yang penuh teruja.

Kris Dayanti juga akan menyanyikan lagu-lagu popularnya seperti, Mencintaimu, Pilihlah Aku dan banyak lagi, dalam modulasi yang berbeza atau diberikan nafas yang baru mengikut edaran masa terkini. Dia juga akan menyanyikan lagu Learning From Love iaitu lagu yang cukup bermakna sekali pada dirinya, kerana lagu itulah membuatkan dirinya bergelar juara Asia Bagus sekitar 90an.
Sementara itu, umum mengetahui Kris Dayanti merupakan artis yang seringkali juga dikaitkan dengan kontroversi dan disebabkan itulah penyanyi bersuara lunak ini tidak pernah peduli untuk mengambil pusing atau membalas semula kenyataan-kenyataan tersebut.

Baginya dia lebih suka untuk bersikap terbuka dan berkongsi apa sahaja kepada peminatnya.

“Saya tidak kecil hati, lagipun saya bukan seorang yang tipikal orang seperti itu. Mungkin suami saya panas baran sedikit. Karakter saya seperti itu, saya suka sifat keterbukaan, tapi jangan disalahertikan pula,” katanya ringkas.

p/s : Semua gambar dan tulisan artikel milik penuh PORTAL ROTIKAYA




5 Orang Selebriti Korea Yang Beragama Islam. Mesti Tengok!!



Korea terkenal dengan artis yang cantik, hensem, macho dan sebagaimanya. Dan diketahui bahawa agama Islam merupakan agama minoriti di Korea. Mari lihat 5 artis korea yang beragama islam.

1. Lee Won Jae


Meruapakan penjaga gol pasukan korea selatan pada perlawanan Fifa 2012.

2. Jan Geun Seuk


Merupakan seorang muallaf yang telah masuk Islam pada tahun 2007. Beliau terkenal dengan filem Pretty Man.

3. Lee Ki Wo


Pelakon filem Flower Boy 2011 dan A Love to Kill 2005 ini dikatakan bergama Islam. Bagaimana pun fakata ini belum lagi dapat disahkan sepenuhnya.

4. Han Ga In
Seorang lagi bintang korea yang dirumorkan masuk Islam ialah Han Ga In.

5. Jung IL Woo

Dan Seorang lagi ialah Jung Il Woo

Luahan sedih Rozita Che Wan tidak sanggup dimadukan dengan wanita lain

Kelahiran bayi pertama pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin pada Ahad lalu (01.11.2014) di Pusat Perubatan Ampang Puteri mengeratkan lagi hubungan suami isteri dua selebriti terkenal ini yang dibina sejak setahun lalu (12.12.2013).
Begitupun, Che Ta sebelum ini pernah membuat luahan hati berhubung tidak sanggup bermadu dengan wanita lain seperti yang dialami segelintir artis wanita lain.
 
Pelakon Rozita Che Wan mengakui dia tidak sanggup menerima kenyataan sekiranya dimadukan seperti yang dilalui segelintir wanita.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 41, bagaimanapun berkata, dia yakin suaminya, Zain Saidin, 30, seorang lelaki baik yang tidak mungkin terniat untuk berbuat demikian terhadapnya.

“Dalam kehidupan saya sebelum ini pun saya mengelak dan minta simpang dijauhkan untuk merampas suami orang. Tapi kalau ditakdirkan suatu hari nanti ia terjadi, saya terima.

"Nak buat macam mana kalau kita mengelak tetapi suami buat hal juga, reda saja. Tapi saya yakin Zain tak akan jadi sebegitu. Insya-ALLAH,”
katanya.

Menurut Che Ta, dia hanya sanggup dimadukan dalam watak rekaan yang dilakonkannya, dipetik dari akhbar Sinar Harian.
 

7 GAMBAR - ZUL ARIFFIN DIHADIAH KERETA 'MASERATI' SETENGAH JUTA

Nampaknya semenjak meletop melalui drama Rindu Awak 200%, rezeki Zul Ariffin makin bertambah banyak dan melimpah ruah.

Apa yang menarik, Zul kini sudah memiliki sebuah kereta mewah baru berjenama Maserati warna putih berharga sekitar RM538,000 hingga RM628,000. Melalui desas-desus yang tersebar, kereta tersebut dikatakan pemberian hadiah dari Gayatri Su-Lin Pillai, kekasih hatinya.

Klik gambar untuk size besar




untuk info, gambar zul dan kereta mewah tersebut telah dikongsikan oleh kakaknya Rahayu Ariffin dan Gayatri sendiri di laman sosial milik mereka.

Cayalah Zul!





Zul bersama kakaknya


Bersama kelab peminat di Singapura