Aktor kacak dan terkenal, Shah Jaszle diketahui ramai sudah mempunyai
teman wanita pengganti beberapa bulan selepas putus tunang dengan
Redzwani Puteri tahun 2013.
Namanya Hanis Husna dan memiliki kejelitaan yang tidak kurang hebatnya
berbanding Puteri. Walaupun agak tampil seksiii namun Hanis seorang yang
suka merendah diri.
Foto Hanis Husna, kekasih baru Shah Jaszle - Tiada siapa
menyangka tali pertunangan Shah Jaszle dan Redzwani Puteri yang dibina
sejak Disember 2012 sudah putus secara tidak rasmi setelah aktor itu
mendedahkan sudah memiliki kekasih baru bernama Hanis Husna.
Orangnya tidaklah secantik dan sejelita Redzwani Puteri namun penampilan
wanita itu lebih seksi dan sosial. Mungkin inilah antara punca mengapa
Shah Jaszle tertarik dan terpikat.
Sehubungan itu, gelaran perampas kini bertukar tangan daripada Hanez
Suraya kepada Hanis Husna. Sebahagian pengikut Shah meninggalkan komen
pedas yang menganggap kekasihnya sebagai punca perpisahan aktor
kesayangan mereka dengan bekas tunang yang juga pelajar jurusan
perubatan di Malaysia Science University (MSU), Shah Alam.
Bagaimanapun, Hanis menerusi Harian Metro menafikan tomahan tersebut dan
melahirkan perasaan sedih dituduh merampas tunang orang tanpa
mengetahui cerita sebenarnya.
“Saya amat sedih apabila kes ini jadi besar dan orang menghentam saya
macam-macam tanpa tahu apa yang berlaku antara Shahz dan tunangnya."
"Memang saya kekasih Shahz tapi selepas dia tiada apa-apa lagi
hubungan dengan tunangnya. Saya sangat tertekan dituduh perampas
(tunangan orang) sedangkan orang (luar) tak tahu cerita sebenar.”