Pages

Tuesday, 11 November 2014

10 Gambar menyayat hati, sekitar penceraian Raja Azmi dan Eddie CRK di Mahkamah


Sedih benar hati kami dengan berita penceraian Raja Azmi dan Eddie CRK di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur kira-kira jam 3.07 petang tadi.

Eddie CRK dengan amat berat hati dan sebak di dada terpaksa menceraikan Raja Azmi talak satu di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin.

Selepas itu, hakim kemudian memerintahkan Raja Azmi menjalani tempoh edah selama tiga bulan. Pasangan ini menggunakan khidmat peguam yang sama iaitu Nailah Ramli.

Perkahwinan yang baru menjangkau usia setahun sebulan antara penerbit filem terkenal Raja Azmi Raja Sulaiman dan suaminya Mohd Eddie Ghazali akhirnya bernokhtah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini sebentar tadi.

Mohd Eddie, 46, yang sebak melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Raja Azmi, 55, semalam.

Raja Azmi memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Shaiful Azli kemudian mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan plaintif menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama daerah Gombak Timur dan sijil nikah dibatalkan.

Raja Azmi hadir memakai baju kurung pucuk pisang dan berselendang hitam manakala Mohd Eddie memakai kemeja ungu dan berseluar hitam.

Pada prosiding itu, Mohd Eddie tidak diwakili peguam manakala Raja Azmi diwakili peguam syarie Roslizam Rahim.

Mereka hadir bersama-sama dengan menaiki sebuah kereta pada jam 2.30 petang - Harian Metro

p/s : 7 Keping gambar tersebut diambil dari Murai Batu









Foto percutian Fizo Omar dan Mawar yang serba mewah

Diam tak diam rupanya sudah setahun usia perkahwinan pasangan sama cantik sama padan ni kan? Masih terbayang-bayang lagi dalam ingatan kami kemeriahan majlis pernikahan Fizo Omar dan Mawar pada tanggal 10 November tahun lalu.

Seperti kebanyakan pasangan lain, sudah pasti tarikh istimewa tersebut akan diingati dan disambut setiap tahun. Masa ni lah nak mengimbau kenangan suka duka selama bergelar suami isteri kan.

Mesti anda semua tertanya-tanya di manakah destinasi mereka menyulam cinta kali ini kan? Khabarnya percutian sempena anniversary mereka ini ala-ala orang kaya. Wahh!
Bila melihat laut yang secantik itu, kami sangkakan pasangan ini ke Pulau Maldives. Rupa-rupanya, pulau di Malaysia ni pun boleh tahan cun!

Sebenarnya, pasangan merpati ini sedang menikmati percutian mereka di Pulau Langkawi dan mereka dikatakan menginap di Four Seasons Resort Langkawi.
Kalau tak salah kami, hotel tersebut bertaraf lima bintang dan harga paling murah untuk menginap di sana adalah kira-kira RM 2,500++ untuk satu malam.

Namun, dengan berkat perniagaan burger Fizo yang semakin membesar dan juga empayar tudung Fareeda yang kukuh, kami rasa tidak salah kirannya mereka mahu berbelanja besar sekali-sekala kan? Jom kita tengok video dan foto di bawah.

p/s : Semua gambar & tulisan artikel milik penuh PORTAL OHBULAN






8 Gambar menggairahkan Maria Farida sambut harijadi di Bangkok, Thailand


Kami terpegun seketika menatap gambar-gambar Maria Farida yang semakin mengancam ketika menyambut harijadi di Bangkok, Thailand bersama teman-teman.

Aktres itu yang kini usianya sudah mencecah 40-an tidak langsung menunjukkan tanda-tanda penuaan malah kelihatan semakin muda dan amat memikat hati.

Apa agaknya rahsia yang membolehkan Maria dapat mengekalkan keremajaannya? Kami dari dulu lagi tertanya-tanya. Memang magik betullah.


 Fuh makin tua makin mengancam wanita-wanita zaman sekarang ini. Sebenarnya kami daripada dulu lagi tertanya-tanya rahsia wajah Maria Farida yang kekal muda. Tak nampak tua langsung.

Terbaru, Maria Farida telah menyambut harijadinya bersama rakan-rakan di Bangkok. Kawan-kawan Maria Farida pun semua hot stuff jugak.

Kami pasti ramai lelaki-lelaki yang tewas di dalam renungan mata mereka. Cair seolah-olah salji dipanah matahari. Betul tak? Hehehe

Kalau tak silap kami, umur Maria Farida sudah pun mencecah angka 40 tahun. Semoga Maria Farida akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Jom lihat beberapa keping gambar mengancam Maria Farida dengan sroll down ke bawah. Sumber asal dari BLOG KAMITHEMEDIA





Inilah Pengalaman Hari Pertama Pembasuh Kereta Versi Bangang


Inilah Pengalaman Hari Pertama Pembasuh Kereta Versi Bangang | Setiap dari yang pernah bekerja tidak akan lari dari membuat kesilapan atau membuat kesalahan pada hari pertama bekerja. Al maklum la, baru masuk bekerja la kan. Tetapi untuk seorang lelaki ni, kesilapannya pada hari pertama bekerja amatlah sukar untuk dimaafkan. Kenapa? Lihat sahaja gambar di bawah ini huhu….
1
2
3