Pages

Sunday, 16 November 2014

Lagi 6 gambar wajah sebenar S, kekasih baru Hanez Suraya

Khabar pelakon kontroversi, Hanez Suraya sudah menemui teman lelaki baru selepas beberapa keping gambarnya dengan jejaka berkenaan telah tersebar di laman sosial.
Siapakah gerangan jejaka bertuah itu? Kami pasti orang memang kacak dan memiliki kerjaya yang baik. Mereka nampak sama padan dan sama cantik, bukan?
 
Pelakon wanita yang cantik ni, Hanez Suraya pernah beritahu kepada media yang dia sudah putus cinta dan tiada lagi hubungan dengan kekasihnya Romie Razin Adilha Abd Jais

Tiba-tiba, Murai Batu dapat kiriman email oleh peminat ruangan ini yang mengatakan dia kini intim pula dengan Juruterbang.

Tak silap Murai Batu jejaka ‘S’ ini adalah juruterbang Malaysia Airlines. Wahhh.. patah tumbuh hilang berganti. Murai Batu juga dapatlah beberapa keping gambar mereka berdua.

Adakah jejaka ‘S’ ini punca perpisahan Hanez dengan Romie? Entahlah Murai Batu pun tak nak komen panjang-panjang.

Hanya empunya badan yang mampu memberi jawapan. Kalau betul mereka berdua ini memang rapat atau bercinta. Kita doalah yang terbaik yaa… Kita manusia siapa yang mahu sunyi.. Cewaahhh….



 

Saturday, 15 November 2014

Perubahan mendadak Sharifah Sakinah mencetuskan kekecohan di laman sosial


Perkongsian sekeping gambar terkini Sharifah Sakinah dalam kereta tunangnya benar-benar mengejutkan kami dan ramai peminat lain di laman sosial.

Ramai pasti terkejut dengan penampilan terkini Sharifah Sakinah selepas kontroversinya berpakaian menjolok mata di Konsert Ulangtahun Majalah EH! 2014 baru-baru ini.

Apa yang pasti, perubahan yang kami rasa mengejutkan ini adalah sesuatu yang amat positif dan sering ditunggu-tunggu peminat. Korang rasa apa ya? Jom tengok gambar kedua di bawah.

Gambar tersebut diambil dalam kereta ketika pasangan ini sedang dalam perjalanan untuk menghadiri kursus kahwin. Wah, Sharifah dah mula belajar ilmu rumahtangga. :)


Inilah Penjenayah-penjenayah Wanita Yang Sangat cantik!

Dibawah ini adalah 5 penjenayah wanita yang mempunyai rupa yang cantik tetapi melakukan jenayah yang amat kejam sehingga membawa kepada bunuh anak sendiri.. Mereka juga melakukan jenayah tersebut pada usia remaja. Ada yang telah dijatuhkan hukum dan ada yang masih dalam perbicaraan.



1. Stephanie Beaudoin





Walaupun dia baru berusia 21 Tahun, namun dia berhadapan dengan 114 pendakwaan antaranya adalah pecah masuk 42 buah rumah, curi kereta, memiliki barangan curi, serta memiliki 9 senjata api tanpa lesen. Dia telah ditangkap pada bulan September 2014 yang lalu dan sedang menghadapi perbicaraan ke atas kesemua kesalahan yang telah dilakukannya.




2. Casey Anthony




Casey 22 Tahun, dituduh membunuh anak perempuannya yang baru berusia 2 tahun pada tahun 2008. Anaknya yang bernama Caylee ditemui mati di sebuah hutan selepas 6 bulan kehilangannya dilaporkan. Polis percaya Caylee menderita sebelum kematiannya dimana mulut budak malang itu di lekat dengan pita pelekat dan disuntik dengan Chloroform. Pada mulanya mahkamah melepaskannya kerana kekurangan bukti untuk mensabitkannya. Namun rayuan dan perbicaraan masih diteruskan dan jika disabit kesalahan Casey boleh dihukum mati.






3. Amanda Knox





Amanda Knox 27 Tahun gadis cantik yang dituduh bersama-sama dengan Raffaele Sollecito membunuh Meredith Kercher pada tahun 2007. Ketika itu umur Amanda baru 20 Tahun. Amanda seorang gadis dari USA melanjutkan pelajarannya di Universiti For Foreigners Itali pada bulan Sept 2007. Amanda dan Meredith tinggal serumah bersama-sama 2 orang gadis Itali. Pada bulan Nov 2007, mayat Meredith ditemui dengan kesan tikaman di leher. Amanda, Raffaela dan Patrick Lumumba dituduh bersama-sama membunuh Meredith. Setelah menjalani beberapa perbicaraan dan rayuan,akhirnya Amanda Knox diapti bersalah oleh Mahkamah Persekutuan Itali, dan dijatuhi hukuman penjara 28 Tahun 6 Bulan. Kisah Amanda Knox ini juga pernah difilemkan yang bertajuk The Face of an Angel.


4. Candice Rose Martinez




Candice Rose Martinez atau lebih dikenali sebagai "Cell Phone Bandit" telah melakukan 4 raompakan bank di Utara Virginia, USA pada bulan Oktober dan November 2005 dan ketika itu dia baru berusia 19 tahun dan belajar di Kolej Komuniti Virginia Utara. Di diberi gelaran "Cell Phone Bandit" oleh pihak media kerana semasa dia melakukan rompakan dia sedang bercakap telefon bimbit. Pad a13 Disember 2005, Martinez didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah di US dan dihukum enjara selama 12 Tahun dan ditambah menjalani tempoh percubaan selama 5 tahun.


5. Amy Elizabeth Fisher





Amy Elizabeth Fisher 40 tahun diberikan gelaran "the Long Island Lolita" oleh pihak media kerana semasa dia berumur 17 tahun, ditelah menembak beberapa kali ke isteri kekasihnya kerana cemburu sehingga enyebabkan kecederaan parah. Amy dihukum penjara 6 tahun kerana cubaan membunuh.






View the original article here

PELIKK! Lelaki Berkulit Ayam!


Mesti korang pikir. Benda jadah apa ni. Lelaki ni sebenarnya memakai kulit ayam sebagai kostumnya. Tak tahulah kenapa dia buang tebiat pakai baju kulit ayam. Agaknya nak lawan Lady Gaga punya baju daging kot. Daripada dibuat macam tu, aku rasa kalau digoreng tu campur tepung sikit letak herba2 pun boleh kenyang. Tengok ni aku rasa nak terbuang makanan aku dalam perut ni. Gelii nyaahh~



Okay, Jum tengok gambar-gambar lelaki ni yang pelik2
































View the original article here