Pages

Sunday, 16 November 2014

Apabila Peminat Bandingkan Lara Alana & Anak Rozita Che Wan...


Aih.. Ada juga individu yang mempunyai sikap sebegini rupa kan. Secara logiknya, sudah tentu baby akan mempunyai paras rupa yang comel.

Iri hati atau sengaja mahu mencari publisiti? Itulah persepsi pertama kami apabila kecomelan Lara Alana dibandingkan dengan anak Rozita Che Wan yang baru lahir pada Sabtu yang lalu.

Namun, kami lihat Scha dan Awal mengambil langkah bijak apabila terus memadam komen negatif yang mendakwa bahawa anak Rozita Che Wan lagi comel daripada anak mereka.


Malah, followers instagram Lara Alana yang kini sudah mencecah 190 ribu itu turut menyelar perbuatan individu tidak bertanggungjawab itu.

Bagi kami, banding-membanding ni tak sepatutnya terjadi. Iyalah, dua-dua pun anak selebriti. Walaupun masih kecil, dah semestinya mereka mempunyai kelebihan dan peminat tersendiri.

Apa yang paling penting ialah macam mana ibu bapa nak mencorak kehidupan anak-anak mereka di masa hadapan nanti. sumber

Gempar! Rupa-Rupanya Inilah Sebab Zizan Razak Disaman Setengah Juta!


Pertengahan 2014 yang lalu, syarikat Zizan Razak yang ditubuhkan bersama bekas pengurusnya, Marina Juki terpaksa ditutup ekoran masalah dalaman melibatkan dua orang individu ini termasuk dakwaan mengatakan wujudnya penyelewangan wang syarikat.

Laporan mStar Online hari ini menyebut yang Marina Juki sudah membawa perkara yang mula berlarutan ini ke mahkamah dengan memfailkan saman terhadap Zizan Razak yang didakwa telah melanggar kontrak pengurusan artis yang telah ditandatangani sebelum ini.

Marina Juki menuntut ganti rugi khas lebih RM500,000, ganti rugi am sebanyak 15% ke atas semua pendapatan yang diperoleh defendan (Zizan) daripada syarikat pengurusan lain. Beliau juga menuntut faedah lain sebanyak 5% setahun dari tarikh pemfailan saman berkenaan.

Beliau juga selaku plaintif memohon perintah mahkamah supaya Zizan Razak dihalang dari meneruskan kontrak dengan pihak syarikat pengurusan baru memandangkan pelawak itu masih lagi mempunyai kontrak yang sah bersama dirinya. Rotikaya.com

6 Gambar fesyen terbaru Lisa Surihani cetus kegilaan ramai


Populariti Lisa Surihani memang tidak boleh disangkal lagi kerana bakat lakonannya yang luar biasa dan sering mencuit hati penonton.

Kini, sesuai dengan statusnya sebagai isteri kepada pengarah, penerbit, penyanyi dan pelakon terkenal, Yusry KRU, cara berfesyen Lisa juga tidak terlepas dari menjadi perhatian ramai bukan sahaja di media sosial malah di luar sana.

Jenis fesyen terkini Lisa Surihani jadi kegilaan kaum wanita - Tahukah anda lima jenis fesyen Lisa Surihani yang paling mengejutkan? Bagi peminat yang sering mengikuti perkembangan selebriti pujaan ramai ini, mereka pasti tahu jenis fesyen-fesyen yang menjadi kegemaran Lisa.

Bagi yang tidak tahu pula, mari layan lima keping gambar Lisa Surihani di bawah menggayakan kelima-lima fesyen yang paling disukainya dan pasti sentiasa menggamit hati dan perasaan jejaka di luar sana.





Lagi 6 gambar wajah sebenar S, kekasih baru Hanez Suraya

Khabar pelakon kontroversi, Hanez Suraya sudah menemui teman lelaki baru selepas beberapa keping gambarnya dengan jejaka berkenaan telah tersebar di laman sosial.
Siapakah gerangan jejaka bertuah itu? Kami pasti orang memang kacak dan memiliki kerjaya yang baik. Mereka nampak sama padan dan sama cantik, bukan?
 
Pelakon wanita yang cantik ni, Hanez Suraya pernah beritahu kepada media yang dia sudah putus cinta dan tiada lagi hubungan dengan kekasihnya Romie Razin Adilha Abd Jais

Tiba-tiba, Murai Batu dapat kiriman email oleh peminat ruangan ini yang mengatakan dia kini intim pula dengan Juruterbang.

Tak silap Murai Batu jejaka ‘S’ ini adalah juruterbang Malaysia Airlines. Wahhh.. patah tumbuh hilang berganti. Murai Batu juga dapatlah beberapa keping gambar mereka berdua.

Adakah jejaka ‘S’ ini punca perpisahan Hanez dengan Romie? Entahlah Murai Batu pun tak nak komen panjang-panjang.

Hanya empunya badan yang mampu memberi jawapan. Kalau betul mereka berdua ini memang rapat atau bercinta. Kita doalah yang terbaik yaa… Kita manusia siapa yang mahu sunyi.. Cewaahhh….