Pages

Tuesday, 25 November 2014

MESTI TENGOK! 11 Rekaan Bijak Yang Memudahkan Manusia Dalam Kehidupan Seharian!

Ada rekaan baru yang dibuat dan dipatenkan setiap hari. Mungkin ada rekaan yang lebih bermanfaat daripada yang lain. Tetapi, ada rekaan yang begitu genius, sampaikan korang akan tertanya-tanya kenapa tak jual banyak-banyak. Hmmm, mana la nak dapatkan benda-benda macam ni ye. Kecuali sistem parking tu aku rasa kat Mid Valley ngan Sunway Pyramid dah ade lama dah.



1.) Sebuah plug elektrik dengan lampu malam dibina sekali? Yes, lepas ni nak pasang plug charger takde la aku tersalah cucuk time nak tido. Bagus bagi orang yang suka main fon tengah malam.



2.) Ini adalah cara yang bijak untuk mengajar orang ramai untuk mengitar semula dengan membiarkan mereka menggunakan botol plastik yang dibawa sendiri untuk membayar sambil tu boleh menggunakan pengangkutan awam tanpa wang tunai. Sangattt bijak. Harap-kat Malaysia boleh ada mesin ni.



3.) Akhirnya! Setiap kali aku minum kopi mesti akan ade kesan titisan sikit-sikit tumpah kalau guna cawan putih. Dengan adanya cawan dengan titisan tiruan ni, masalah aku settle.



4.) Bateri USB ini boleh dicas semula dan benar-benar akan membantu jika korang memerlukan kuasa bateri dengan segera dan tidak mempunyai masa. Jyeahhh, batteryception.



5.) Handphone korang habis battery?. Jangan risau dan gelabah, pengecas ni adalah penyelamat korang. Ianya berfungsi dengan kesejukkan air yang korang minum dan peliknya ia juga akan cas bila korang puji air yang korang minum tu sedap bangettttt. Gitchewwwww.



6.) Pernah tergesa-gesa mencari di dalam bilik atau rumah korang selama setengah jam, bertanya-tanya di mana sih kok kunci korang? Dengan meletakkan seramik ini, korang boleh mengesan apa jua objek penting yang korang telah hilangkan atau salah letak dengan menggunakan teknologi satelit dan telefon pintar anda. Wah, marbelles gitchewwwwww. Tapi kalau fon pun hilang? tak dapat den nak nolong.



7.) Meninggalkan panggung sekejap untuk pergi ke bilik air di sebuah panggung wayang adalah salah satu kerugian. Mungkin beberapa babak penting macam babak berbogel ke korang tertinggal, rugi tau. (hahahaha) Memasang tv led kecik kat dalam jamban macam ni mungkin korang takkan tertinggal babak penting tersebut lalu menggunakan sabun dengan banyak sekali. Sambil menyelam, minum air. *eh tetibe. Aku risau kalau Malaysia buat camni silap-silap ade longgokan tahi panas kat atas tv tu nanti. (bersangka baik)



8.) Aku rasa benda ni la paling genius dan paling aku nak sekali. Hanya cucuk hendpon korang kat pengecas solar ni untuk mengecas, sambil tu pengecas tu korang hala kat matahari. Kalau hujan, try letak kat ketiak, mungkin boleh jadi sebab kawasan tu panas kan.



9.) Ala yang ni macam aku cakap tadi, dah ade banyak kat mall yang canggih manggih skang. Tak heran sangat. (ceh berlagak). Sistem parking ni adalah berfungsi apabila kawasan yang ade kete, ianya akan menyalakan lampu merah kecik kat atas. Bila ade parking kosong, lampu kecik tadi akan jadi hijau, so senang kalau nak cari parking dari jauh dah nampak dah.



10.) Idea ni sangat bijak. Ianya adalah tempat parking basikal berkunci tanpa mengambil ruang yang banyak kat tepi jalan bila tak digunakan. Tadelah nampak semak sangat.



11.) Earphone yang sangat bijak rekaannya. Takde dah earphone korang berselirat kat dalam poket. Sakit hati pun berkurang kan.



Sumber : Ebaumsworld.com
View the original article here

Mufti Pahang- Lelaki Berpakaian Wanita Dilaknat Tuhan



KUANTAN: Lelaki yang menyerupai perempuan ataupun perempuan menyerupai lelaki adalah perbuatan dilaknat Allah yang jelas menunjukkan perkara itu bertentangan dan haram dalam Islam, kata Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abd Rahman Osman.

"Kalau lelaki menyerupai perempuan, kita halalkan, ertinya kita telah menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah.

"Hukumnya orang yang bercakap begitu kalau dia sedar dia boleh syirik kepada Allah, dia boleh terkeluar daripada Islam kerana dia telah mengubah hukum Allah ertinya tidak memperakui peraturan Allah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, hanya golongan 'khunsa muskhil' yang dilahirkan boleh berpakaian begini tetapi mereka ini dinasihatkan berjumpa doktor bagi membuat pengesahan identiti mereka.

Selain itu, beliau turut menyokong supaya semua majlis agama Islam di negeri-negeri bersama-sama untuk mengikut jejak kerajaan Negeri Sembilan di Mahkamah Persekutuan mengemukan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan bahawa undang-undang jenayah syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki berpakaian wanita di tempat awam, melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Pada Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan menolak ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan bahawa golongan lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah dan tidak sah di sisi Perlembagaan.

Panel tiga hakim mahkamah itu yang dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus membuat ketetapan tersebut selepas membenarkan rayuan tiga lelaki transgender yang bekerja sebagai mak andam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan yang menolak semakan kehakiman mereka bagi mencabar undang-undang syariah itu.-Siakapkeli.com.my
View the original article here

7 Gambar sekitar majlis ulangtahun kelahiran Datuk K, suami Siti Nurhaliza


Dikala usia Datuk K sudah menjangkau angka 55 tahun ini, kekacakannya semakin terserlah dan tidak nampak sebarang sisi berumur. Ini membuktikan kepakaran suami kepada penyanyi tersohor negara itu, Datuk Siti Nurhaliza, menjaga kesihatan diri setiap hari.


Gambar majlis ulangtahun kelahiran Datuk K, suami Siti Nurhaliza - Majlis sambutan ulangtahun kelahiran suami Siti Nurhaliza, Datuk Khalid bin Mohamad Jiwa yang ke-55 telah diadakan secara sederhana semalam (19 Februari 2014).

Hanya dihadiri keluarga terdekat dan anak-anak, majlis tersebut turut disertakan dengan acara memotong kek, majlis kesyukuran, tahlil dan juga sambutan maulidur rasul. Mari layan 8 keping gambar sekitar majlis sambutan harijadi Datuk K.







Sesuatu Yang Pelik Pada Pakaian Fazura dalam MLM2014

Nur Fazura telah tampil sebagai salah seorang juri Maharaja Lawak Mega 2014. Pandai betul Astro memilih juri.

Kalau sebelum ini Nora Danish, Lisa Surihani dan Datuk Siti Nurhaliza menjadi salah satu tarikan rancangan ini, pastinya kejelitaan Fazura akan menjadi salah satu sebab ramai penonton akan menyaksikan MLM2014 setiap minggu.

Fazura sememang nya salah seorang selebriti jelita Malaysia yang sentiasa tampil mengujakan sesiapa sahaja yang melihat nya.

Pasti ramai yang akan didepan kaca Tv setiap jumaat jam 10 malam untuk saksikan Maharaja Lawak Mega 2014 di samping ingin melihat Fazura sebagi juri untuk program tersebut.

Sumber: NewsRedApple
View the original article here