Pages

Thursday, 4 December 2014

'Kalau ibu anjing, saya anak anjing’



KOTA BHARU - Padah buat seorang penganggur akibat mengasari dan memaki hamun ibu sendiri, dia dihukum penjara dua tahun oleh mahkamah majistret, di sini, hari ini.

Tertuduh, Mohd Azren Mohd Ramly, 27, mengaku bersalah dengan sengaja memulas tangan dan menedang punggung ibunya, Saudah Yaacob, 52, dalam dua kejadian di sebuah rumah di Taman Bumi Batu 4 Jalan Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 5 petang, 26 dan 30 November lalu.

Pada pagi itu, mangsa menyuruh anaknya membeli nasi sarapan pagi, tetapi tertuduh meminta lagi duit daripada mangsa.

Mangsa berkata, tiada duit lalu tertuduh merebut duit dan ketika itu tertuduh memulas tangan hingga pengadu kesakitan.

Tertuduh memaki hamun mangsa dengan berkata “ibu beruk” dan “ibu anjing”.

Mangsa terpaksa melepaskan duit di tangannya dan tertuduh mengambilnya lalu terus tidur.

Mangsa yang kesakitan menangis dan mengadu kepada seorang lagi anaknya.

Empat hari sebelumnya, semasa mangsa pulang ke rumah dari membeli barang, tertuduh meminta duit daripada mangsa, tetapi mangsa berkata tiada duit lalu menendang di bahagian punggung mangsa dengan kuat. Tertuduh juga memijak dan memecahkan telur yang baru dibeli mangsa.

Pada prosiding itu, Majistret, Nik Habri Muhamad bertanya tertuduh adakah dia anak kandung mangsa, tertuduh kemudian menjawab, "Ya".

“Jika ibu kamu ibu beruk dan ibu anjing, jadi kamu itu apa?” tanya Nik Habri lagi.

Tertuduh kemudian menjawab, “...anak anjing”.

(5 Foto) Kejadian aneh 2 pasangan remaja ni, benar2 menggemparkan seluruh penduduk di sungai besar !!


PARIT 9, SUNGAI BESAR, SABAK BERNAM,,, difahamkan mangsa akan melangsungkan perkahwinan blan 12 nie,, sye dpt info dri kawan2 mangsa 2 orang laki pompuan,,, 
x tau kes ape,, org awam bru perasan mayat nye pagi td,, mayat sudah 3 hari,, dan baru timbul ke permukaan pagi td,,, apepon,, takziah,, dan sama2 sedekahkan al-fatihah,,

Biodata Nur Shafiqa, Gadis Cantik Dari Kelantan Mangsa Kekejaman Manusia !


Biodata Nur Shafiqa:

Nama penuh: Nur Shafiqa bt Lah

Umur: 22 tahun

Asal: Paser Putih, Kelantan

Status: Bertunang

FAKTA PENUH: Kes Wajah Gadis Ditoreh Perompak Kejam
Seorang gadis menjadi mangsa kekejaman perompak yang menoreh pipi kiri setelah gagal memperk0sa gadis tersebut.

Fakta:
- Kejadian berlaku jam 2 petang 30 November 2014
- Tempat: Wakaf Berangan, Seri Aman, Pasir Puteh, Kelantan
- Suspek: 2 Lelaki Berhelmet lengkap dengan visor
- Mangsa Cedera: Nur Shafiqa, 22 tahun dan ibunya

Suspek pada mulanya mencederakan si ibu di dapur dan kemudian menendang pintu bilik air yang mana ketika itu Nur Shafiqa sedang mandi.

Perompak mengambil cincin yang dipakai oleh ibu dan membawa Nur Shafiqa ke dalam bilik dengan niat ingin memperk0sa.

Adik Nur Shafiqa yang berada di bilik lain telah menjerit sekuat hati menyebabkan suspek menghentikan niat memperk0sa namun mencederakan muka mangsa dengan menoreh pipi kiri dan menumbuknya.

Nur Shafiqa dan ibu kini dirawat di hospital. Semoga penjenayah kejam itu dapat ditangkap dan di bawa kemuka pengadilan. Semoga cepat sembuh.


6 Gambar majlis pertunangan Wan Raja & Yaya, kakak Emma Maembong


Pasangan semakin dikenali Wan Raja dan Yaya, kakak Emma Maembong baru sahaja melangsungkan majlis pertunangan baru-baru ini.

Majlis tersebut diadakan tanpa dirancang namun selepas persetujuan kedua belah pihak, mereka ditunangkan pada hari pihak lelaki merisik.

Bulan ini turut menjadi pilihan beberapa orang artis tanah air menjadikan ia sebagai detik hari bersejarah mereka.

Selepas Elaine Daly, kakak Emma Maembong iaitu Yaya Maembong juga akan berkahwin dengan pelakon Wan Raja.

Malah pelakon Mas Muharni juga memilih 20 Disember sebagai hari pernikahannya. Wan Raja yang juga pelakon filem ... Dalam Botol akan bernikah dengan Yaya pada 12 Disember ini di Masjid Al-Ridhuan Hulu Klang.

Majlis resepsi sebelah Yaya akan diadakan pada 14 Disember di Dewan Sri Putra, KL manakala pada 26 Disember 2014 di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang pula untuk sebelah keluarga Wan Raja.

Pasangan ini bertunang pada 10 Syawal lalu di KL. Menurut Wan Raja mereka kenal lebih dua tahun lalu. Drama Diari 3G menjadi permulaan detik perkenalan mereka apabila kedua-duanya berlakon sama.

"Ikutkan kami tak rancang untuk bertunang pun. Tapi apabila kedua keluarga kami berjumpa maka alang-alang jadilah juga majlis bertunang," kata Wan Raja yang menghubungi BH Online sebentar tadi.

Perkenalan mereka seterusnya bercambah menjadi mesra apabila masing-masing mempunyai bakat seni lain selain berlakon iaitu melukis.

"Dari bakat melukis itu kami mula sedari banyak berkongsi minat dan citarasa yang sama. Malah masa kenal, saya tak tahu pun dia kakak kepada Emma Maembong. Hanya selepas itu, selepas tersedar yang nama bapa mereka sama," katanya.

Perkahwinan dengan Yaya Maembong ini merupakan yang pertama dalam hidup Wan Raja. Biar disangka sudah berkahwin, Wan menafikan perkara itu.

"Muka saya nampak macam orang yang ada anak tiga. Saya sudah biasa dengan tanggapan itu. Tak kisahlah apa orang nak cakap. Mulut orang... biarlah," katanya.

Ketika ini persiapan kahwin hampir sempurna. Menurut Wan Raja sudah 95 peratus. Kata Wan Raja lagi, cuma majlis di sebelah pihaknya saja yang perlu diberi perhatian kini kerana dia terikat dengan penggambaran drama Teman Lelaki Upahan slot Akasia TV3 di Sarawak.
"Majlis di KL berkonsepkan bangsawan manakala di Pulau Pinang pula bertemakan P Ramlee dan Saloma. Kami bertuah kerana penaja iaitu Putree Bridal dari Queensbay dan Wedding Studio, Bukit Jelutong mampu merealisasikan apa yang dihajati," katanya.

Mengenai bulan madu, pasangan ini akan berbulan madu di pulau sekitar Sabah. Khabarnya juga Emma Maembong akan menaja bulan madu pasangan ini ke London - Berita Harian