Pages

Saturday, 6 December 2014

6 Gambar fesyen artis di Anugerah Industri Muzik (AIM 2014) paling menakjubkan


Acara berprestij yang amat ditunggu-tunggu saban tahun, Anugerah Industri Muzik (AIM 2014) yang ke-21 sedang berlangsung ketika ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Seperti kebiasaan, setiap artis yang hadir akan memperagakan fesyen-fesyen menarik yang pasti memukau orang ramai di acara karpet merah.


Saban tahun pastinya kita tidak terlepas dari mengikuti perkembangan majlis berprestij ini yang mengiktiraf penggiat industri muzik di Malaysia. Untuk edisi ke 21 kali ini, Anugerah Industri Muzik (AIM) diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Malam kemuncak ini dikendalikan oleh Zizan Razak & bekas penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail yang merupakan gandingan sama untuk program Akademi Fantasia baru baru ini.

Okay kami ada permainan untuk anda dalam entri ini tetapi tidak menjanjikan apa apa hadiah, lihat kepada galeri gaya selebriti di karpet merah Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 21 di bawah dan beritahu kami berapa ramai yang anda tidak kenal.

Risau kami sahaja yang semakin tertinggal dengan perkembangan mereka dalam dunia industri ini maklumlah sibuk dengan gossip. Apa pun, enjoice! - Portal Rotikaya





12 Gambar sekitar majlis perkahwinan Chef Riz & Shikin, kakak Emma Maembong


Tahniah kepada pasangan Chef Riz dan Shikin, kakak Emma Maembong yang baru sahaja selamat melangsungkan majlis pernikahan malam tadi.

Beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan mereka telah dikongsikan oleh Chef Wan di akaun Instagram peribadinya untuk tatapan peminat.

Selepas hampir dua tahun hidup menduda akhirnya chef selebriti terkenal iaitu Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan selamat menikahi kakak kepada Emma Maembong iaitu Shikin Maembong malam tadi.

Beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan pasangan ini telah dikongsikan oleh ayah Chef Riz sendiri iaitu Chef Wan yang menunjukkan pasangan pengantin baru itu cantik sama padan dalam persalinan rona putih dalam majlis serba sederhana.

Bercakap kepada portal Murai, Chef Wan berkata majlis pernikahan dirancang oleh mereka berdua sendiri tanpa melibatkan kedua dua belah keluarga.

“Saya rasa mereka telah melakukan tugas yang baik untuk mengadakan majlis akad nikah itu,” ujar Chef Wan yang mengakui ada menawarkan wang tunai sebagai hadiah perkahwinan untuk pasangan ini belanjakan untuk majlis nikah namun mereka menolak.

Tahniah buat kedua dua belah keluarga Chef Riz dan Shikin Maembong. Semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhirnya. Boleh tambah cucu Chef Wan cepat cepat, hehe.
Sumber asal : Portal Rotikaya










Friday, 5 December 2014

Mentor Legend Kesal Tersalah Pilih Protégé?


KUALA LUMPUR,4 DIS 2014: Mentor Legend baru sahaja nak bermula, tetapi Murai Batu dengar-dengar cerita, ada seorang Mentor ini menyesal kerana salah pilih protégé dia.

Setelah menjalani beberapa latihan dan suai kenal dengan lebih mendalam, rupa-rupanya protégé yang dipilih mentor itu berkepala besar, ‘attitude’ dan perasan bagus.

Nak dijadikan cerita, Mentor ini sebenarnya telah termakan nasihat rerakan Mentor yang lain memberi pendapat bahawa protégé yang dia pilih itu bagus, baik dan berbakat.

Nampak tak permainan mereka nak kenakan sesama sendiri, ingatkan nak beri nasihat secara ikhlas  tetapi sebenarnya ada ‘udang di sebalik batu’.

Mentor ini juga dikatakan mahu ‘battle’ semula dan nak pilih protégé lain yang boleh merangkul gelaran juara.

Bagi Murai Batu, sabarlah wahai Mentor itu, harap-harap lepas ni kenalah berhati-hati sebelum membuat keputusan. Kelak nanti makan diri.

MURAI BATU: Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa. KORANG RASA SAPE MENTOR TU ???

Admin: Yang pasti mummy mas idayu ratu gelek terpinggir menten bahagia dgn protegee...siap masak ..jogging together2 lagi..

Silap Besar Apabila Sekumpulan Samseng Mengganggu Isteri Seorang Peninju Professional. Menempah Bala



Menempah bala.

Itulah yang kami katakan apabila sekumpulan samseng mengganggu isteri seorang peninju professional.

Nicolai Vlasenko, 29 tahun adalah seorang peninju yang juga seorang pakar seni mempertahankan diri ‘mengajar’ samseng wannabe di luar sebuah kelab malam di Rusia.

Samseng ini cuba menarik seorang wanita ke bilik VIP di sebuah kelab malam. Malangnya, wanita itu adalah isteri peninju professional, Nicolai Vlasenko. Sekembalinya Nicolai dari tandas, beliau terperanjat mengetahui isterinya telah diganggu oleh kumpulan penjahat ini.

Menurut saksi, Leonti Yevdokimov, 33, seorang penjenayah kecik-kecilan telah mengajak peninju itu untuk ‘berbincang’ di luar.

Dan peninju itu bersetuju.

   

Lucunya, baru sahaja salah seorang samseng itu menyerang Nicolai, beliau telah ditumbuk tepat di rahang sehingga KO.

Penyerang kedua cuba membalas, akan tetapi dia juga telah dijatuhkan.

Seorang saksi, Eldar Vinogradoff, 27, berkata : “Apabila mereka pergi ke luar, mereka keluar dengan bilangan yang ramai.”

“Terdapat sekurang-kurangnya 10 orang diketuai oleh dua orang samseng yang menyangka mereka ‘cukup besar’.

“Salah seorang daripada mereka membuka baju dan mula menakut-nakutkan peninju itu, dan saya tidak fikir beliau tahu apa yang berlaku apabila beliau rebah.”

“Lelaki kedua cuba untuk menendang peninju itu dan dia juga jatuh serta-merta.”

“Kemudian lelaki ketiga menyerang, dan dia telah hampir jatuh menerima mengambil tiga tumbukan di kepala.”

Ahli geng yang lain tidak berani menyerang setelah melihat apa yang berlaku.

Samseng itu kemudian mengupah peguam sebelum pergi ke balai polis untuk membuat laporan yang mereka telah diserang.

Tetapi polis tidak mengambil tindakan setelah melihat video CCTV yang jelas menunjukkan Nicolai sedang mempertahankan dirinya seorang diri dengan jumlah lawan yang hampir sedozen orang.

Peguam Vlasenko berkata: “Pelanggan saya tidak bersedia untuk membenarkan mereka mengganggu isterinya.”

“Beliau telah bersedia untuk berbincang dengan cara yang munasabah, tetapi apabila mereka menggunakan cara paksa, dia terpaksa membela diri dengan akibat yang tidak dapat dielakkan.”

Sumber : http://thevocket.com/