Pages

Tuesday, 6 January 2015

Penyanyi lelaki popular nak tumbuk bapa sendiri

KISAH artis lelaki tinggi lampai yang disiarkan dalam ruangan gosip sebuah akhbar mingguan yang dikatakan naik berang dengan bapanya disebabkan oleh hutangnya sendiri, buat kami musykil.

Maklumlah, artis itu yang berhutang, dia pula yang naik berang? Pelik pelik..

Memetik artikel terbabit, penyanyi lelaki yang dikatakan sering terkait dengan kontroversi itu telah meminjam wang dalam jumlah yang banyak daripada seorang lelaki.

Apabila tempoh pembayaran hutang tidak dilangsaikan artis berkenaan, maka si pemiutang terpaksa berjumpa dengan bapanya untuk menuntut wangnya semula.

Apa lagi, bapa penyanyi itu pun memarahi anaknya sebaik mengetahui jumlah wang yang dipinjamnya itu namun tak semena-mena, dia pula yang naik angin dan mula bergaduh besar dengan bapanya sampai nak bertumbuk!

Mujur ketika perbalahan berlaku, ada ahli keluarga lain yang tolong leraikan, kalau tak, tak tahulah apa untung nasib bapa artis ni, habis lunyai dikerjakan anaknya kot.

Kalaulah benar gosip ini, harap-harap si penyanyi terlibat segera insaf.

Kalau selama ini dia sentiasa diberikan peluang selepas cetus kontroversi, janganlah ingat selama-lamanya peminat boleh sabar dengan artis yang lebih banyak memperdengarkan kisah sensasinya daripada lagu baru seperti ini kan.. ops! - MYNEWSHUB.CC

sumber

Monday, 5 January 2015

Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia. Anda Perlu Lihat Yang ke-7 !!

memang mengejutkan kerana wanita cantik islam yang paling kaya di dunia ini adalah orang malaysia. mesti ramai yang tidak tahu siapa orangnya..

Tak sangka Sultanah Nur Zahirah
Ratu Terengganu, Nur Zahirah ditangga ketujuh dunia..
Sultanah Nur Zahirah
Ratu Terengganu, Nur Zahirah adalah istri dari Raja Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nur sendiri terlahir pada 7 Desember 1973 (40) dan dia adalah Permaisuri ke-13 di Malaysia (2006-2011).
Meskipun keluarga Kerajaan tak pernah mengungkapkan nilai kekayaan mereka, dari berbagai sumber disebutkan jika pundi-pundi kewangan bangsawan Terengganu ini lebih dari USD 15 bilion

6 Gambar sekitar majlis perkahwinan Datuk A. Rahman Hassan & Fadilah Mansor

Tahniah kepada pasangan Datuk A. Rahman Hassan dan Fadilah Mansor yang selamat bernikah semalam di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Kami tumpang gembira dengan penyatuan mereka yang turut mendapat restu dari anak-anak. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Imam Masjid Jamek Kampung Baharu Kuala Lumpur, Azizi Ab Hamid kira-kira pada jam 9 malam tadi.
Dengan sekali lafaz, penyanyi era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan, 67, dan pelakon Fadilah Mansor, 54, sah bergelar suami isteri pada majlis ijabkabul yang diadakan malam ini.

Majlis yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra itu menyaksikan kedua mempelai yang anggun berpakaian sedondon berwarna krim, dinikahkan oleh imam Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur, Ustaz Azizi Abdul Hamid Al-Hafiz.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 500 tetamu itu, Fadilah yang berwalikan abangnya Jamaluddin Mansor menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian serta lima dulang hantaran berbalas lima dulang.

Ketika ditemui pemberita, A. Rahman yang popular dengan lagu 'Tak Mengapa' menzahirkan rasa syukur kerana majlis pernikahannya berjalan lancar dan tenang.

"Ini merupakan satu pencapaian yang baru bermula dalam kehidupan saya dan isteri dan Insya-Allah kami akan melayari bahtera rumah tangga ini dengan sebaik mungkin", katanya.

Antara rakan artis yang hadir menyerikan majlis ialah pelakon Datuk Jalaluddin Hassan, penyanyi Uji Rashid, Hail Amir dan Datuk DJ Dave.

Sebelum ini, Fadilah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah filem veteran, Ahmad Ibrahim atau Mat London dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Sementara A. Rahman pula merupakan bapa tunggal kepada tiga anak termasuk pelakon dan pengarah Khir Rahman, selepas isterinya Datin Azizah Mohamad yang juga penyanyi era 60-an meninggal dunia pada 26 April tahun lepas, akibat kanser - Sinar Harian






Sultan murka aksi Hairul Azreen lamar Hanis Zalikha di pentas Gegar Vaganza

Kejutan di konsert Gegar Vaganza apabila Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha. Hanis yang pada ketika kelihatan serba salah dan kebingungan hanya memberi jawapan 'playsafe'.

Umum sudah mengetahui hubungan mereka berdua setelah sering memuatnaik aksi romantis di laman Instagram.

Tindakan tersebut mengundang pelbagai reaksi dari netizen a.k.a keyboard warrior. Ada yang beranggapan ianya perbuatan yang diluar norma masyarakat Melayu dan Islam. Namun masih ada yang menyokong dan terharu dengan tindakan Hairul.

Sultan Melaka tidak ketinggalan memberi komen ke atas insiden tersebut...