Nampaknya, cerita perpisahan Zizan Razak dan Emma Maembong yang mula
tersebar sejak awal minggu ini semakin hangat diperkatakan selepas
pelawak kumpulan Virus itu mendedahkan bahawa hasratnya membeli kereta
sebagai punca mereka putus.
Begitupun, ramai tidak percaya pembelian kereta sebagai puncanya kerana
menganggap alasan tersebut sebagai tidak logik. Ya tak ya juga kan.
Ramai berteka-teki apa sebenarnya yang menjadi punca perpisahan antara
Zizan Razak dengan Emma Maembong. Dan akhirnya Zizan telah memberitahu
sebabnya kepada Utusan Malaysia hari ini. Persoalannya kereta apakah
yang ingin dibeli oleh Zizan? Ferrari? Porsche? Mclaren
"Sebenarnya, tiada perselisihan serius antara kami. Emma marahkan
saya kerana hendak membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi kerana
dia tidak suka lelaki yang membazir. Malah, niat saya juga ditentang
oleh ibu saya sendiri. Itu yang menjadi punca perpisahan kami."
Itu rupanya punca perpisahan mereka berdua. Emma dikatakan bergaduh
dengannya kerana hasratnya untuk membeli kereta sport itu dirasakan
membazir. Rasanya perkara kecil saja tetapi mungkin juga sudah sekian
lama Emma menjeruk rasa berkenaan perkara tersebut.
Apa yang lebih menarik ialah Zizan mengakui dia masih cintakan Emma.
Wow. Apakah ini sesuatu yang muktamad dan tidak boleh diperbaiki lagi?
Hanya Zizan dan Emma tahu jawapannya. Semoga Zizan akan berjaya memujuk
hati bekas kekasihnya itu.
Berikut ialah sekeping gambar kereta baru yang amat mewah didakwa Tauke Jambu sebagai awek baru Zizan Razak. Hehehe