Pages

Thursday, 15 January 2015

MLM 2014: Saya Tak Sampai Hati Tengok Keadaan Jep – Shuib Sepahtu




Kemunculan Sepahtu di pentas MLM 2014 Jumaat minggu lalu memberi kejutan buat peminat dan penonton selepas ketiadaan Jep yang terpaksa menarik diri pada saat akhir.
Walau bagaimanapun pujian harus diberikan kepada Shuib yang tenang dan memberikan persembahan ‘Stand-up comedy’ dengan begitu baik sekali. Lebih manis Datuk Jalaluddin Hassan mengakui Shuib berjaya membuktikan kemampuanya sebagai seorang pelawak walaupun terpaksa muncul keseorangan.
Namun ramai di antara penonton terutamanya peminat setia kumpulan Sepahtu tertanya-tanya bagaimana keadaan serta kesihatan Jep sehingga tidak dapat bersama-sama Shuib minggu lalu.
Astro Gempak sempat menemubual secara eksklusif Shuib mengenai keadaan Jep selepas berakhir pentas MLM 2014 minggu lalu.

Apabila Guru Menyambung Lukisan Pelajar Semasa Menanda Kertas Exam!! (16 gambar)

Bila anak murid tidak dapat menjawab mana-mana soalan dan masa untuk menjawab masih panjang, anak murid akan buang masa dengan menconteng pada kertas jawapan. Cikgu pun ada masa terluang untuk menanda kertas jawapan yang tak ada jawapan. Jadi Cikgu pun nak tunjuk bakat juga...














Pelajar Perempuan Bukan Melayu Berbaju Kurung Tidak Dibenarkan Masuk kelas

Hanya pelajar Melayu boleh pakai baju kurung menurut pihak sekolah- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang bapa yang telah membelikan baju kurung seragam sekolah untuk anaknya telah menyebabkan anaknya tidak dibenarkan memasuki kelas kerana didakwa melanggar etika pemakaian di sebuah sekolah di Cheras.

Beliau, Lawrence Jayaraj telah mendakwa anaknya yang baru bertukar sekolah itu telah dihalang oleh pihak sekolah hanya kerana beliau memakai baju kurung seperti pelajar Melayu yang lain.

Beliau nyata kecewa selepas pihak sekolah menyatakan hanya pelajar perempuan Melayu sahaja dibenarkan memakai baju kurung dan bagi pelajar bukan Melayu tidak dibenarkan.

“Anak saya berpindah ke sekolah ini kerana lokasinya terletak di laluan ke tempat kerja saya. Pada awal tahun ini, saya membelikan baju kurung kepada anak perempuan saya yang mana ia tidak pernah menjadi masalah,” katanya yang dipetik dari The Rakyat Post.

Oleh kerana tidak dibenar memasuki kelas beliau telah kembali ke sekolah untuk mendapatkan anaknya itu dan telah berbincang dengan Guru Penolong Kanan mengenai etika pemakaian ini tetapi gagal menyelesaikan masalah itu..

Lebih mengejutkan guru berkenaan telah menyuruh Jayaraj untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi memberi pakaian seragam lain.

Bagaimanapun semasa kejadian pengetua sekolah tersebut tiada di sekolah untuk membincangkan perkara itu lebih lanjut.

"Walaupun isu tersebut hanyalah isu remeh tetapi ia agak mengejutkan dan langsung tidak dijangkakan."

“Kami telah membelanjakan duit untuk membeli uniform sekolah dan ia bukannya murah. Saya ada tujuh orang anak untuk disara,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan ketika mengulas mengenai perkara itu meminta pihak berkenaan membawa perkara itu ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

“Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan di peringkat PPD, maka ajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri.

“Jika ia masih tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri, maka saya sendiri yang akan campur tangan.”

"Terdapat 10,000 buah sekolah di bawah seliaan Kementerian Pelajaran dan adakalanya pengetua sekolah membuat polisi tanpa mendapatkan pengesahan daripada Kementerian," katanya

Bagaimanapun, hal ini telah diberi pandangan yang berbeza oleh seorang individu yang juga seorang guru disiplin. Berikut adalah komen beliau berkaitan hal pelajar bukan melayu memakai baju kurung. -Siakapkeli.com.my

Wednesday, 14 January 2015

Gempar !!! Najib Razak Terselamat Dalam Kes Rompakan Di Wangsa Maju !!!

Najib Razak Terselamat Dalam Kes Rompak Kedai | WANGSA MAJU: Seorang pekerja kedai serbaneka melalui saat mencemaskan apabila kedai tempat beliau bekerja telah dirompak empat lelaki pada awal pagi tadi.

Menurut beliau, Mohd Najib Abdul Razak, 18, yang sedang bekerja ketika kejadian tersebut berlaku pada pukul 4 pagi tadi.

Tiga dari empat suspek telah meluru masuk dengan mengacukan sebilah pedang ke arah mangsa dengan menyuruh mangsa menyerahkan duit dari mesin tunai sementara perompak yang lain mencuri barangan di dalam kedai.

Pihak polis mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu mangsa Mohd Najib tidak mengalami apa-apa kecederaan dalam kejadian itu.

Difahamkan, antara barang yang hilang ialah kotak rokok Dunhill 20 batang sebanyak 90 kotak yang bernilai RM1215, wang tunai RM355, satu kad tambah nilai pra-bayar bernilai RM30 dengan jumlah anggaran kerugian adalah kira-kira RM1,600.

Menurut sumber, kes berkenaan kini disiasat dibawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.- Siakapkeli.com.my

sumber