Pages

Wednesday, 21 January 2015

Video: Kali Ini Aaisyah Akan Buat Anda Semua Tersenyum Dengan Gelagat Dan Senyuman nya




Kali Ini Aaisyah Akan Buat Anda Semua Tersenyum Dengan Gelagat Dan Senyuman nya.. Ini adalah Video yang ke-2 teah kami kongsi kan kepada umum.. sangat comel.. tidak kedekut dengan senyuman.. kami pun terkejut melihat aksi Aaisyah Dhia Rana ini.



sumber

Aksi Gadis Bertudung Dalam Perpustakaan !!! (3 Foto)



Stomper J berasa jelik melihat sepasang kekasih beraksi gh@irah di Jurong East Library semalam (18 Jan)


Di dalam foto yang dikirimnya, pasangan wanita yang bertudung itu dilihat sedang duduk dihadapan teman lelakinya. Keadaan menjadi bertambah jelik apabila tangan teman lelakinya menyusup masuk ke dalam baju untuk mer@baaa.

Menurut beliau lagi teman lelaki tersebut terus 'mengurut' pasangannya tanpa mempedulikan persekitaran di sekeliling.

Stomper J berasa jelik melihat sepasang kekasih beraksi ghairah di Jurong East Library semalam (18 Jan)
Di dalam foto yang dikirimnya, pasangan wanita yang bertudung itu dilihat sedang duduk dihadapan teman lelakinya. Keadaan menjadi bertambah jelik apabila tangan teman lelakinya menyusup masuk ke dalam baju untuk meraba.
Menurut beliau lagi teman lelaki tersebut terus ‘mengurut’ pasangannya tanpa mempedulikan persekitaran di sekeliling.

Tuesday, 20 January 2015

Perubahan mendadak diri Leez Rosli, bekas kekasih Zizan Razak di AJL29 mengejutkan


Terkejut beruk kami dengan perubahan penampilan bekas kekasih Zizan Razak, Leez Rosli baru-baru ini. Tiada siapa menyangka, perkahwinannya dengan penyanyi Aepul Drama Band menjadi titik tolak kepada perubahan mengejutkan ini.


Kata orang, lepas berkahwin sememangnya akan ada perubahan dalam hidup. Iyerlah, dulu seorang kini berdua. Hidup pun terasa lebih sempurna. Semalam ketika AJL29, telah dipaparkan gambar Leez Rosli dan suaminya, Aepul Drama Band.
Apa yang menariknya, penampilan Leez pada malam itu ialah dengan imej bertudung. Tertarik melihat perubahan tersebut, Abang Nara dengan segeranya telah ‘stalk’Instagram Leez Rosli.
Gambar-gambar terbaru yang dikongsikan oleh Leez Rosli jelas menunjukkan yang dirinya kini tampil dengan imej bertudung. Memang makin comel dan cantik. 
Untunglah Aepul mendapat isteri yang memahami tanggungjawab. Namun tidak diketahui sama ada Leez sudah berubah sepenuhnya atau masih dalam fasa percubaan. Apa-apa pun, ini adalah satu permulaan yang baik.
Semoga Leez Rosli terus istiqamah dalam bertudung. Semenjak dua menjak ini memang makin ramai selebriti muda yang berubah ke arah menjadi muslimah yang lebih bagus. 
Semoga ia akan menjadi contoh kepada gadis-gadis di luar sana. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya - Beautifulnara.





Kontroversi lagu Apa Khabar juara AJL29, Siti Nurhaliza beri penjelasan mengejutkan


Selepas lagu Apa Khabar dikecam peminat kerana dinobatkan sebagai juara AJL29 pada malam Ahad lalu, kini Siti Nurhaliza tampil memberikan penjelasan sebenar.

Respon penyanyi tersohor itu yang asalnya diutarakan oleh pengurus penyanyi nombor satu tersebut iaitu Rozi Abdul Razak pasti mengejutkan ramai pengkritik tidak bertauliah di luar sana.

Kejayaan lagu Apa Khabar dendangan penyanyi rap otai Joe Flizzow bersama gandingan Sona One telah merebut gelaran juara pada malam gemilang Anugerah Juara Lagu ke 29 yang lepas namun terdengar ada pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan.

Penyanyi terkenal, Dato’ Siti Nurhaliza selaku salah seorang juri pada pertandingan tersebut telah memberi respon ekoran ramai yang tidak suka dan mempertikaikan keputusan juri apabila lagu Apa Khabar mengungguli Anugerah Juara Lagu 29.
Kenyataan yang asalnya diutarakan oleh pengurus penyanyi nombor satu tersebut iaitu Rozi Abdul Razak di Instagram miliknya telah dikongsi Dato’ Siti Nurhaliza sebagai tanda bersetuju dan ingin menjelaskan kepada peminat khususnya yang mempersoalkan keputusan tempoh hari.
Penyanyi itu juga memuji hujah dan kenyataan yang dinaikkan Rozi Abdul Razak di Instagram miliknya itu dan memberitahu bahawa hanya orang yang sudah sekian lama berada dalam dunia muzik akan faham akan keputusan mengapa Apa Khabar menjadi juara.
Lagu Apa Khabar ciptaan Sona One dan Joe Flizzow telah dipilih sebagai juara di Anugerah Juara Lagu ke 29 (#AJL29) setelah dipersembahkan oleh mereka berdua.
Ini merupakan kejayaan sulung bagi lagu berirama Hip Hop yang buat pertama kalinya dinobatkan sebagai juara dalam sejarah penganjuran Anugerah Juara Lagu dan melayakkan mereka pulang dengan trofi dan wang tunai bernilai RM50,000.
Sumber : Portal Murai