Pages

Tuesday, 3 February 2015

Keluarga dakwa mangsa diculik, suspek bukan ke kasih mangsa

Semalam gempar diatas lebuhraya PLUS berhampiran Bukit Gantang selepas seorang penuntut UITM Permatang Pauh, Nursyuhada Bt Johari, 20, telah dikelar oleh teman lelakinya semasa memandu sehingga menyebabkan kematian.
Menurut keluarga mangsa yang enggan dikenali lelaki tersebut telah  menculik Syuhada terlebih dahulu sebelum melarikan mangsa, dalam pada itu sahabat mangsa melalui media sosial sahkan suspek bukan kekasih mangsa.

Menurut ibu mangsa ada kawan Syuhada telah menghubunginya sebelum itu untuk memaklumkan bahawa mangsa telah dilarikan suspek berumur 25 tahun itu yang bekerja di sebagai tukang masak di Melaka itu.

Seorang ahli keluarga mangsa yang tidak mahu diknelali telah menceritkan bahawa suspek telah menaiki kereta memasuki kawasan kampus UITM Permatang Pauh sebelum memaksa mangsa naik kereta dan beredar.
“Rakan-rakan melarangnya mengikut lelaki itu tetapi mungkin semasa kejadian dia berfikir boleh menenteramkan suspek,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar, semalam.
Dalam pada itu suspek yang merupakan seorang tukang masak yang disyaki mengelar mangsa di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Suspek yang berusia 25 tahun dibawa ke Balai Polis Parit Buntar, dekat sini kira-kira jam 10 pagi tadi untuk proses permohonan tahanan reman.
Majistret Rosnee Mohd Radzuan, yang hadir ke balai polis berkenaan membenarkan suspek direman sehingga 9 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Credit Siakapkeli ,Berita Harian.

Beg Sekolah Ada Gambar Lucahhh


Kalau sekali tengok memang beg sekolah atau ‘backpack’ ini nampak seperti biasa. Namun, selepas dibuka baru nampak imej sebenar yang terpapar dalam beg tersebut.
Rasanya, rekaan sebegini haruslah dipantau kerana tidak mustahil kanak-kanak akan terbeli beg tersebut dan kemudiannya melihat imej-imej yang tidak senonoh yang terkandung dalam beg itu.




Rozita Che Wan Kongsi Gambar Sewaktu Umur 19 Tahun


Pelakon popular Rozita Che Wan telah berkongsi 2 keping gambarnya sewaktu berumur 19 tahun, masa anak dara.

Rozita Che Wan yang lebih mesra di sapa Che Ta, memuatnaik gambar tersebut di laman sosial miliknya untuk dikongsi bersama peminat.

Rozita Che Wan yang lahir pada tahun 1973, kini berumur hampir 42 tahun bermakna gambar itu diambil pada 23 tahun yang lalu.

Sebelum ini, admin ada berkongsi 15 gambar Rozita Che Wan sewaktu muda remaja. Lagi gambar boleh dilihat DI SINI.

Ini gambar yang dimuatnaik Che Ta:



2 Gambar terakhir pelajar wanita UiTM mangsa kelar leher teman lelaki


Sesungguhnya satu kejadian paling tragis semalam apabila seorang pelajar perempuan UiTM, Nur Syuhada Johari maut dikelar teman lelaki kerana dipercayai berpunca dari masalah percintaan.

Kami sendiri tak dapat membayangkan bagaimana ngerinya kejadian seumpama ini. Al-fatihah kepada mangsa yang kini umur sepatutnya menjangkau 20 tahun.

Masalah hubungan cinta dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang maut dalam keadaan menyedihkan apabila lehernya dipercayai dikelar oleh teman lelakinya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari di Kilometer 228.2, Le­buh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang di sini, mangsa, Nursyuhada Johari, 20, disahkan meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kangsar.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan teman lelakinya berusia 25 tahun, menaiki kereta jenis Proton Perdana menghala arah selatan.
Menurut beliau, sebelum kejadian, terdapat saksi melihat pasangan tersebut bertengkar di dalam kenderaan berkenaan sebelum kereta itu berhenti.

“Saksi kemudiannya melihat seorang perempuan keluar dari tempat duduk pemandu dan terjatuh ke atas lebuh raya. Seorang penumpang lelaki kemudian keluar dan cuba menarik gadis terbabit ke kiri jalan.

“Kejadian itu menarik perhatian pengguna lebuh raya lain yang turut berhenti untuk membantu,” katanya ketika dihubungi semalam.


Ismail memberitahu, selepas menarik mangsa, lelaki berkenaan mela­rikan diri ke hutan berhampiran, namun datang semula ke lokasi kejadian untuk mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal di dalam kereta.
Ujarnya, orang ramai yang menyedari kejadian itu bertindak memberkas suspek dan menyerahkannya kepada polis.

Tambahnya, punca sebenar mangsa dikelar masih dalam siasatan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada masalah percintaan.
“Pemeriksaan di tempat kejadian menemukan sebilah pisau lipat yang dipercayai dibuang oleh suspek di bawah bukit di tepi lebuh raya berkenaan.

“Kita masih menunggu laporan bedah siasat,”
katanya yang turut mengesahkan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Ke­seksaan.
Sementara itu menurut saksi kejadian yang merupakan ejen insurans, dia mendengar suspek berkata ‘tak mampus lagi ke?’ selepas ternampak seorang perempuan keluar dari tempat pemandu kereta Proton Perdana di lorong kiri lebuh raya,

Katanya, selepas itu dia melihat seorang lelaki keluar dari kereta dan menarik mangsa ke tepi besi penghadang lalu melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.
“Lelaki itu kemudiannya kembali ke tempat kejadian dan mengambil telefon bimbit di dalam kereta.

“Suspek menelefon seseorang sambil meminta maaf dengan berkata dia telah buat silap.

“Dia kemudian melihat mangsa sambil berkata: “Dia belum mampus ke?,” katanya.

Suspek dipercayai menghubungi ahli keluarganya dan memberitahu perbuatannya itu.
Menurut saksi itu lagi, lelaki tersebut kemudian cuba melarikan diri ke dalam hutan semula tetapi berjaya diberkas oleh orang ramai.
Sumber : Utusan Malaysia