laporan akhbarAlor Setar: Seorang ustaz yang juga
warden asrama dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah
Tinggi di sini hari ini terhadap tuduhan menyebabkan kematian pelajar
berusia 11 tahun, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di Arau, Perlis empat
tahun lalu.
Hukuman berkenaan diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman
Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab terhadap tertuduh, Hanif Muhammad Ali, 31,
selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan
munasabah.
Tertuduh yang berasal dari Teluk Intan, Perak bagaimanapun kelihatan tenang sebaik keputusan itu dibacakan.
Hanif
sebelum ini dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana
membunuh namun dipinda kepada Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana
membunuh tanpa niat selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal
membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan asal di akhir kes
pendakwaan.
Saiful Syazani Saiful Sopfidee maut selepas dibelasah oleh Hanif Muhammad Ali.
Bagaimanapun,
keputusan di akhir pembelaan mendapati tertuduh disabitkan kesalahan
mengikut Seksyen 302 KK dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Perlis Badius Zaman Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shakir Khairi.
Dalam
kejadian pada 31 Mac 2011, Saiful Syazani yang ketika itu berusia 7
tahun koma selama tiga hari sebelum meninggal dunia di Hospital Sultanah
Bahiyah, di sini, 5.40 pagi pada 3 April 2011 dipercayai akibat dipukul
warden asrama terbabit ketika menyiasat satu kes kecurian di asrama
Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, Arau, Perlis. -Metro
CERITA SEBENARSetibanya
kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama
yang dituduh ‘membunuh’) menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah.
Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km
dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah
mencerikan kisah sebanar kejadian.
“ adik saiful(arwah) merupakan
seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah
menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis (gambar
hadiah yang dimenangi).
Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal di
asrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal di
asrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya
berjumlah RM7.
Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh)
yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya
kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku
berbuat demikian.
Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang.
Namun
sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal
yang berlaku sebagimana yang dilaporkan. Sebaliknya ikatan tangan
tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik
saiful dalam bilik berkenaan.
Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang
lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik
saiful terbaring diatas toto sambil menggigil.
Mulanya ustaz y
mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau
sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang.
Lantas ustaz Y
terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak
dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa
itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor
Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.
Pada malam kejadian itu
juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas
kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi ke
hospital, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke
icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.
Selang 3 hari dari
hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah SWT untuk mengadap-Nya
pada jam 8pagi hari ahad.” Begitulah cerita sebenar kejadian kematian
adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h.
Kami
terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui
media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri (ayah
angkat adik saiful).
Ketibaan kami disambut mesra oleh abang
zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful
tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah,
setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik
saiful.
“ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang
kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia”
cerita abang zamri.
Setelah setengah jam berbual dengan abang
zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan
sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa.
Kami
doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian
yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih ) Semasa
perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi.
Beliau
turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian
kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu,
pelbagai cerita pelik yang timbul.
Saya rasakan apa yang
diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik
yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana
kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak.
Maka pelbagai
kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM
akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media.
Kami
juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful
dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat,
bahkan tempat tidur ustaz berkenaan.
Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya.
Rombongan GAMIS kerumah arwah adik saiful, bergambar bersama abang zamri
Apa
yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’
peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media
yang sangat berat sebelah.
Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.
GAMIS
bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan
ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan
cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang
sangat negatif kepada sekolah agama rakyat.
Sumber : http://www.nescafeais.com/