Pages

Sunday, 8 March 2015

Dah Gatal Biji? Gadis Bertudung Buat Hal Lagi, Melucah Di Facebook!


MUKA dah comel, tapi perangai tak berapa nak ‘comel’ pula.


Itulah yang boleh dikatakan kepada remaja bertudung ini yang memuatnaik gambar yang agak lucah di laman sosial Facebook.
Terbukti pemakaian tudung dan juga pemakaian sopan masih lagi tidak mampu mengekang masalah sosial di kalangan remaja Islam Melayu.
Hendak disalahkan kepada siapa jika berlaku gangguan seksual hasil dari pemikiran terlampau seperti remaja ini?
Namun, baru-baru ini remaja berkenaan dilihat telah menukar tajuk gambar dari “pergi ke kedai beli aiskrim pasu, jumpa aiskrim negro kepada pergi ke kedai beli aiskrim pasu, kedai tutup,” di halaman Facebooknya.
Apa yang sepatutnya di sini ialah buangkan sahaja gambar yang seakan lucah tersebut.
Perkara ini secara jelas menunjukkan tahap maruah perempuan Melayu yang akhir-akhir ini ‘entah di mana’ letaknya.
Tidak perlu salahkan ibu bapa, masyarakat, guru, mahupun pemimpin.
Ia sebenarnya berpunca daripada individu itu sendiri.

Klik untuk saiz besar!



Lagi 6 foto koleksi rumah mewah & kereta Siti Nurhaliza akhirnya didedahkan


Siapa menyangka, penyanyi tersohor negara kini menduduki tangga ketiga wanita paling kaya di Malaysia hanya di belakang isteri mendiang usahawan Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Puan Seri Lee Kim Hua dan Tan Sri Michelle Yeoh.
Jumlah kekayaan yang dimiliki isteri Datuk K itu melebihi RM50 juta hasil jualan album dan juga empayar perniagaannya, produk kecantikan SimplySiti.
Jika ini hakikatnya, pasti ramai yang bersetuju dengan kebenaran laporan terkini yang menyatakan bahawa penyanyi dan usahawan terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tersenarai sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia.

Siti dilaporkan memiliki jumlah pendapatan melebihi RM4.9 juta hasil jualan album dan meraih lebih RM50 juta daripada hasil keuntungan perniagaannya.

Pemilik jenama produk kecantikan SimplySiti ini mendirikan rumahtanga dengan usahawan terkenal Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.

Berita tersebut telah dipetik melalui sesawang, SaveMoney.my baru-baru ini yang meletakkan beberapa tokoh terkemuka Malaysia sebagai wanita terkaya di negara ini.

Antaranya ialah isteri mendiang usahawan Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Puan Seri Lee Kim Hua yang mempunyai aset kekayaan paling tinggi (RM21.32 billion) disusuli aktres antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh ($245 juta).

Tempat keempat pula ialah Pauline Chai iaitu pemilik rangkaian Laura Ashley dan juga bekas Miss Malaysia 1969 yang berpendapatan RM244,568 sebulan. Manakala tempat kelima wanita terkaya Malaysia ialah Datuk Nicol Ann David, pemain squash yang memiliki RM1.4 juta.
Sumber : Myartis






Kisah Menyayat Hati Mawar Fareeda Sebelum Kahwini Fizo Omar

Kalau sebelum ini, kita ada membaca kisah kejayaan Datuk Vida dan Dato' Aliff TerlajakLaris, kini Mawar pula berkongsi kisah kejayaannya di dalam perniagaan tudung.


mawar

Mula melibatkan diri di dalam bidang fotografi seawal umur 15 tahun ternyata memberi kelebihan buat dirinya untuk bergelar model tudung. Bakat dalam bidang peragaan dimanfaat sepenuhnya apabila dilantik duta tudung Fareeda oleh ibunya sendiri.

"Saya masih ingat, pada pertengahan tahun 2006 ibu mula berjinak-jinak menjahit tudung di rumah kami yang terletak di Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Pada mulanya ibu memulakan perniagaan menjahit tudung yang ditempah kawan-kawan dan saudara mara.
Saya masih ingat, saya jadi model tudung ibu sendiri kerana kawan saya dari Pulau Pinang tidak dapat datang sesi fotografi.
Saya terpaksa jadi model  dan Alhamdulillah, pengalaman belajar mengenai fotografi menyebabkan saya tidak bermasalah untuk bergaya hadapan kamera."
Menurut Mawar lagi, dia terpaksa memikirkan dan menggunakan pelbagai kaedah bagi meningkatkan jualan tudung Fareeda agar lebih dikenali.

"Saya bukan dilahirkan terus senang, apa yang kami kecapi sekarang adalah hasil usaha daripada keperitan masa lalu.
Bukan senang berada di tahap ini, pelbagai rintangan terpaksa dihadapi. Walaupun mempunyai butik sendiri, saya turun padang jual sendiri tudung Fareeda di Kompleks PKNS Shah Alam.
Saya sendiri bawa barang dan stok tudung kerana pekerja tidak cukup. Saya pernah jual tudung di pasar raya Giant Seksyen 13, Shah Alam."
Kisah kejayaan usahawan melayu seperti Mawar ini wajar untuk dikongsikan agar menjadi sumber inspirasi kepada orang lain agar berjaya di dalam perniagaan yang diceburi.

Saturday, 7 March 2015

MAK DENGAN ABAH MATI SEKALIPUN SAYA TAK AKAN BALIK

MAK DENGAN ABAH MATI SEKALIPUN SAYA TAK AKAN BALIK | Satu status luahan yang dimuat naik oleh seorang lelaki lembut yang begitu merah dengan kedua ibu bapanya dikecam oleh beberapa rekannya di FACEBOOK.
10933933_694519517312002_823417445966924921_n
kami tidak tahu punca sebenar kenapa dan mengapa lelaki itu menyatakan rasa kecewanya pada abahnya,lelaki itu mendakwa bahwa abahnya melayannya seperti binatang dan kalau mak abah dia mati sekalipun dia tidak akan balik.masyaallah! !
MAK DENGAN ABAH MATI SEKALIPUN SAYA TAK AKAN BALIK

luahan lelaki lembut

dari apa yang dilihat dengan mata kasar mungkin abah lelaki tersebut mahu anak lelakinya menjadi lelaki sejati seperti halnya lelaki di luar sana yang mempunyai pendirian dan keyakinan diri.bukan menjadi seorang yang melawan takdir,seolah olah mendustakan nikmat tuhan.
seorang ayah akan memukul anaknya disebabkan anak yang salah tidak lah masuk akal apabila seorang ayah pukul anaknya saja-saja.
bagi yang nak tahu pada era 80 an dan 90 an anak-anak akan didik dengan tegas oleh ibu bapa dan juga para guru sekolah untuk menjadikan anak-anak menjadi manusia yang berguna,cuma pada masa kini tindakan seperti itu tidak dapat diterima oleh masyarakat yang perihatin,lalu ia manjadikan anak lebih manja dan bebas berkelakuan apa saja yang mereka suka.
11029520_706783469418940_4019992005890115573_n
10440270_694519557311998_8157153941844044021_n
1926632_694809757282978_3105413670734131880_n

nota eberita.org ,Ibu bapa dan masyarakat Islam hendaklah memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan , tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah”

sumber