Pages

Thursday, 26 March 2015

Dialog sindiran pedas Zizan Razak buat Emma Maembong?

Biarpun percintaan dengan Emma Maembong umpama drama sudah tidak diperkatakan media lagi, Zizan Razak dilihat sengaja mengundang telahan apabila menyelitkan kapsyen berbaur sindiran di laman sosial.
Pelakon dan pelawak yang enggan memberi sebarang komen mengenai status hubungannya dengan aktres terbabit memuat naik kapsyen seakan dialognya dengan seseorang yang tidak berkaitan dengan gambar.
Aku: kau tak paham ke aku tak nak kau

Dia: Awak please saya suka awak saya nak awak menjadi suami saya yang sah

Aku: dahla aku nak balik bye
Difahamkan gambar itu diambil bersama seorang model Thailand untuk tujuan promosi produk.
Kapsyen itu dilihat berbaur provokasi seolah-olah ditujukan kepada seseorang dengan tujuan memberi jawapan kepada teka teki hubungan cinta bersama Emma.
Emma memberikan kenyataan mengenai episod perpisahannya dengan Zizan sejak Januari lalu setelah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.
Sumber : Blog uh-oh

Tuesday, 24 March 2015

CERITA SEBENAR DI SEBALIK GAMBAR GADIS BERTUDUNG MENYERUPAI HANTU POCONG

CERITA SEBENAR DISEBALIK GAMBAR GADIS BERTUDUNG MENYERUPAI HANTU POCONG..
Biar Betul... #Berbalut-balut tudungnya. Ini namanya fesyen >Hantu Pocong. Agaknya kalau terserempak dengan budak ini tengah-tengah malam mesti ramai yang lari lintang-pukang 
 


#Apa-apa pun tahniahlah kerana berani mencuba fesyen tudung yang baru meskipun memang tak kena dengan tempatnya.







Foto Nad Zainal pakai baju kurung nipis yang agak tembus pandang ditegur peminat....

Anda masih ingat Nad Zainal? Pelakon wanita berusia 24 tahun yang pernah berlakon bersama Sharnaaz Ahmad dalam drama Bukan Bidadari ini telah memuatnaik sekeping foto dirinya memakai baju kurung yang agak nipis sehingga menampakkan sesuatu.



Nad yang kini sedang meningkat naik di dalam industri hiburan turut dilihat memakai tudung secara rambang. Susulan itu, beliau ditegur peminat di laman sosial.


Klik Pada Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas


Jom baca komen teguran peminat buat si aktres cantik ini dan foto beliau pakai baju kurung nipis yang agak tembus pandang. Mungkinkah Nad tersalah pilih baju? Kami tak pasti pulak !!

Klik Pada Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas
Klik Pada Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas

7 FOTO terkini Farhan pasti mengejutkan Abby Abadi & Norman Hakim

Nama bekas suami Abby Abadi, Farhan tiba-tiba menjadi hangat diperkatakan orang ramai di laman-sosial, blog-blog hiburan dan media-media massa dek kerana kenyataan beliau yang dirinya kini bersedia untuk menerima tawaran berlakon.

Susulan itu, Farhan menerima kecaman dari orang ramai. Ada yang menganggap beliau sengaja mencari populariti apabila berkahwin dengan Abby Abadi.

Apapun, tindakan jejak berusia 24 tahun itu bergiat dalam dunia seni perlu dipandang secara positif dan diberi galakkan serta semangat, tak gitu?

Nama Noor Farhan Che Bakar tiba-tiba jadi sebutan bila kes perkahwinan diam-diam dan perceraian dengan bekas pelakon Abby Abadi jadi perhatian peminat sedikit masa lalu.

Selepas reda dan selesai masalah rumah tangga dan mereka sah bercerai, kini Noor Farhan, 25, mula berjinak-jinak dengan bidang seni. Bukannya mahu menumpang nama Abby sebaliknya mahu mencuba nasib.
Dia juga turut mencuba peragaan. Bukan mahu jadi model catwalk sebaliknya model commercial untuk iklan cetak dan iklan TV.
“Hari ini saya menjalani sesi casting pertama dan alhamdulillah saya lepas untuk ke peringkat kedua pula selepas ini. Segala-galanya macam pantas sahaja.

“Ia bermula bila saya diperkenalkan oleh seorang kawan kepada pihak yang pernah menguruskan talent agency, Jamal Tommy Talent Agency. Semalam saya dapat panggilan untuk pergi casting.

“Saya masih baru lagi dan berterima kasih kepada pihak yang memberikan tunjuk ajar kepada saya,” kata Farhan yang juga sedang mengintai peluang untuk terjun ke bidang lakonan.
Dia akui belum pernah ada pengalaman dan terpanggil untuk mencuba nasib bila dapat dorongan daripada rakan sekeliling.
“Kawan-kawan saya sarankan saya mencuba nasib dalam bidang seni. Pada mulanya saya berat hati juga sebab dah rasa peritnya bila menjadi tumpuan dengan isu sensasi. Saya akui ketika pertama kami saya bercakap dengan media, saya memang takut-takut. Maklumlah saya tak pernah lalui semua itu.

“Tapi ia sebenarnya memberi kekuatan kepada saya dan saya menjadi seorang yang lebih berani dan tidak malu-malu lagi,” sambung Farhan kepada Mangga Online.
Dia minat dengan watak aksi khususnya pasal kereta drift. Walaupun tidak belajar skilnya, tetapi dia boleh melakukan aksi drift kerana minat.
“Kalau ada lakonan aksi memang saya minat,” kata Farhan yang kini sedang giat menurunkan berat badan.
Dia aktif ke gimnasium dan sudah mampu turun 10 kg dalam masa beberapa minggu sahaja. Dia kini mencecah 80kg daripada berat 90kg sebelum ini. Farhan sedang berusaha untuk kembali kepada susuk asal 70kg.

Sumber : Blog Beritasemasa22