Pages

Tuesday, 12 May 2015

"Saya Merelakan Dia Meratah Tubuh Saya Kerana Sayang"


Saya hilang pertimbangan ketika pertama kali kenal dia. Bagi saya, Imran satu-satunya lelaki yang mampu membuka pintu hati saya, sekali gus membuang sikap malu dan pendiam yang mengunci diri saya selama ini.

Ya, saya gadis pemalu. Dari sekolah rendah hingga sekolah menengah, saya mendapat didikan agama yang sempurna daripada kedua ibu bapa, sementelah, ayah menjadi bilal kampung dan guru mengaji Al-Quran. Saya dan sembilan adik-beradik lain khatam Al-Quran di usia muda, antara sembilan ke 11 tahun.

Betul kata ustaz, iman tak dapat diwarisi dan itulah yang terjadi kepada saya selama ini. Saya tidak sangka, Imran yang saya puja dan cinta selama ini tergamak meninggalkan saya di saat kandungan mula membesar. Saya nanar dan hampir gila, malah pernah lari menyembunyikan diri di sebuah rumah perlindungan dengan harapan tidak dikesan keluarga.

Kisah saya bermula ketika Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), saya meraih keputusan cemerlang 4A 1B dan diterima masuk ke sekolah berasrama penuh di Perak. Kali pertama saya terpisah jauh dari keluarga menjadikan langkah semakin melebar di samping kalangan kawan yang boleh tahan perangainya.

Suatu hari, saya ditangkap warden asrama ketika cubaan ponteng kelas. Ayah dimaklumkan perkara itu dan dia serta ibu bergegas untuk melawat saya di Perak.

Hancur hati ayah bila dimaklumkan yang anaknya ini telah beberapa kali melanggar disiplin sekolah dan perlu digantung sebagai hukuman.

Ayah tidak dapat terima dan akhirnya membuat keputusan menukar saya ke sekolah biasa, agar saya lebih dekat dalam pemantauannya.

Keputusan ayah buat saya lebih memberontak tetapi disebabkan saya anak pendiam, ayah dan ibu tidak mengesan sebarang perubahan.

Ketika di tingkatan lima, saya mengenali Imran. Setahun perhubungan kami, saya kenalkan Imran kepada ibu dan ayah.

Hubungan kami tidak dilarang kerana kami sering bertemu di rumah dalam pengetahuan ayah. Sementara menunggu keputusan SPM, Imranlah yang membantu saya mencari kerja sampingan.

Tragedi hari raya

Suatu hari, Imran meminta izin untuk membawa saya berhari raya di rumahnya. Ayah membenarkan dengan syarat pulang sebelum petang. Di rumah Imran, saya diperkenalkan dengan keluarganya tapi belum pun sejam saya berada di situ, keluarga Imran mahu menziarahi keluarganya di luar daerah.

Rupa-rupanya Imran tahu keluarganya akan keluar dan terlebih dahulu memasang rancangan untuk berdua-duaan dengan saya. Di tangan Imran kegadisan saya diragut. Meskipun secara paksa tapi kerana sayang saya merelakannya.

Selepas saya dihantar pulang ke rumah, Imran tidak lagi menemui saya malah sering mematikan talian telefon. Kalau dapat bercakap pun hanya sekejap dan dia memberi banyak alasan untuk mengelak berbual dengan saya.

Dua bulan selepas itu, saya mengandung! Dunia tiba-tiba bagaikan gelap.

Saya takut dan hilang punca sehingga bertindak lari dari rumah dan pergi ke sebuah rumah perlindungan.

Di rumah itu, saya diberikan syarat, jika tidak mahu keluarga tahu, bayi yang dilahirkan perlu diserah kepada rumah perlindungan dengan semua kos bersalin dibiayai penuh. Namun, jika tidak mahu menyerahkan bayi, ibu bapa perlu dimaklumkan mengenai kemasukan saya ke rumah itu agar kos bersalin ditanggung keluarga sendiri.

Saya membuat pilihan pertama. Saya malu dan takut. Saya juga kasihankan ayah yang amat disegani penduduk kampung atas statusnya sebagai bilal. Imran pula menghilangkan diri selepas menghantar saya ke rumah perlindungan itu.

Suatu hari, seorang pelatih berlari masuk ke bilik saya sambil menangis. Saya bertanyakan sebab kepadanya dan dia menasihatkan saya agar keluar dari rumah itu jika tidak mahu senasib dengannya.

“Dik, sekarang memang awak kata awak tak nak anak awak, tapi percayalah dik. Selepas sembilan bulan awak mengandungkannya, awak akan jatuh sayang dan tak sanggup kehilangan anak awak.

“Kalau awak tak mahu sengsara macam akak, awak baliklah ke pangkuan keluarga.

Biar awak tanggung malu seumur hidup asalkan anak awak depan mata. Kita dah buat salah, sepatutnya kita berdepan dengan keluarga,” pesan Kak Mala sambil menangis.

Saya turut menangis saat terlihatkan kesusahan Kak Mala ketika mengepam susu dari payudaranya yang membengkak. Kata Kak Mala, air susu pertama itu sepatutnya untuk anak, tapi anaknya telah diserahkan kepada orang lain. Dia menderita kerana berpantang tanpa bayi di sisi.

Hari itu juga saya hubungi ayah. Ayah mengamuk satu alam. Saya tidak kisah dipukul kerana ayah berhak melepaskan kemarahan dan kekesalannya. Saat itu hanya penderitaan Kak Mala yang berputar depan mata.

Sebagai penyelesaian, ayah cuba menemui keluarga Imran untuk menikahkan kami. Malangnya, Imran sudah menghilangkan diri malah keluarganya turut memfitnah saya dengan mengatakan kandungan saya belum tentu anak Imran.

Saya terduduk. Tidak sangka Imran sekeji itu. Meskipun ibu bapa menjadi pelindung dan menemani saya setiap kali mendapatkan rawatan mengandung, saya tidak boleh mengelak daripada diumpat keji orang. Tekanan perasaan seperti itu buat saya selalu meracau sehingga mendapat kad pesakit mental daripada hospital.

Ibu pula terpaksa berulang alik ke mahkamah dan jabatan kebajikan masyarakat untuk mendapatkan jaminan penjagaan sepenuhnya ke atas saya dan bayi yang bakal lahir.

Saya benar-benar menyesal. Perbuatan saya bukan sahaja merosakkan masa depan sendiri, malah menyusahkan keluarga. Saya harap remaja di luar sana sedar sebelum terlewat.

Jangan jadi seperti saya; seorang yang bijak pelajaran kini pemegang kad pesakit mental akibat perbuatan bodoh sendiri.

Kisah ini diceritakan sendiri oleh Maya dan ibunya kepada wartawan Sinar Harian.

Sekali pandang, Maya seperti gadis lain. Dia cantik, ceria dan sihat malah kenal semua orang di sekelilingnya dan mampu menguruskan bayinya dengan baik.

Hanya ada waktu tertentu, apabila fikirannya bercelaru atau teringat kisah silam, Maya mengalami kemurungan dan mengamuk tanpa sebab.

Ketika itulah dia memerlukan perhatian penuh daripada ibunya. Ibu Maya terpaksa mendapatkan kebenaran dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk memelihara anak Maya. sumber

Monday, 11 May 2015

Video: Cara Selfie Tunjuk "Buah Dada" paling Hot




AMALAN berselfie sememangnya sudah menjadi trend terkini tidak kira jantina mahupun usia seorang individu.

Maka, tidak hairanlah ada yang berlumba-lumba hingga sanggup membazirkan masa berjam lamanya bagi merakam gambar yang cantik lagi sempurna.

Ini kerana gambar tersebut bakal dikongsi dengan rakan-rakan di laman Instagramnya sekaligus meraih likes daripada pengguna media sosial.

Dalam pada itu, kami sebenar tidak dapat menahan tawa melihattricks seorang gadis cun merakam gambar selfienya.


Mana tidaknya, kerana mahu dilihat memiliki buah dada besar lagi gebu dia sanggup menggunakan pahanya hinggakan gambar yang dirakam menampakkan seolah-olah dia memiliki buah dada besar.

Yang menjadi mangsa siapa lagi kalau bukan kaum lelaki yang tak pasal-pasal merasa ‘geram’ hingga ada yang bernafsu tatkala melihat buah dada sebegitu.

Haaa… makanya, kita usahlah begitu cepat percaya dengan seseorang berdasalkan gambar semata-mata.

Apa lagi, anda tontonlah sendiri gelagat minah cun ini merakam selfienya… KELAKAR HABIS ! – MYNEWSHUB.CC

Budak yang bawah 18tahun jangan tengok tau? :P
Posted by Wiki Rakyat on Wednesday, March 11, 2015

Menyayat Hati! Ini Luahan Rindu & Kasih Sayang Tunang Nor Artikah Di Laman Facebook

PASIR PUTEH -  Pelajar Malaysia mangsa kebakaran asrama di Moscow, Rusia yang meninggal dunia kelmarin sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya, Ogos nanti.
Dalam pada itu, tunang Nor Artikah turut meluahkan perasaannya menerusi Facebook beliau petang semalam yang mana turut mendapat kata-kata semangat daripada kenalannya.
“Saya gembira dengan husnul khatimah awak…cuma kadang-kadang  bergenang sebab terasa kehilangan awak. Selamat berehat di sebaik-baik tempat berehat tunangku.
“Saya doa kita dapat jumpa semula di syurga nanti. Insya-ALLAH. Syurga itu mahal. Fighting!,”  itulah luahan Dr Wan Mohamed Ikhuwan Wan Ahmad Sayuti, 28, lapor Sinar Harian.
Hasrat keluarga untuk melihat detik bahagia itu tidak kesampaian apabila , menghembuskan nafas terakhir jam 2.30 petang waktu tempatan di Hospital Skifosovsky, Moscow akibat mengalami komplikasi pernafasan.
Nor Artikah turut melecur pada muka, tangan dan kaki dalam kebakaran di kampus universiti berkenaan, 23 April lalu.
Persiapan majlis perkahwinan penuntut Universiti Kajian Perubatan Kebangsaan Rusia dengan Pegawai Perubatan Hospital Kuala Krai, Dr Wan Mohamed Ikhuwan Wan Ahmad Sayutti, 28, sudah pun dibuat.‎
Bapa saudara Nor Artikah, Mat Yaakub Mat Jusoh, 53, ketika ditemui berkata, beliau mengetahui berita sedih itu selepas menerima panggilan telefon daripada Pegawai Yayasan Terengganu.
Menurutnya, Yayasan Terengganu yang sebelum ini membiayai pengajian Nor Artikah dalam jurusan perubatan turut mempermudahkan proses penghantaran jenazah dengan menanggung kos pengangkutan untuk dikebumikan di Kampung Bukit, Jeram Linang, dekat sini.
Mat Yaakub berkata, arwah akan dikebumikan di sebelah pusara neneknya, Esah Ali yang rapat dengannya sejak kecil lagi di mana Kampung Bukit adalah tempat beliau dibesarkan.
“Kali terakhir arwah berada di kampung adalah bulan Januari tahun ini ketika pulang ke tanah air untuk melihat musibah bah kuning yang melanda keluarganya di Kuala Krai akhir tahun lalu.
“Arwah jadikan rumah kami sebagai tempat anggota keluarga berkumpul dan mengadakan kenduri kekeluargaan.
“Majlis pertunangannya yang diadakan selepas hari raya kelima Aidilfitri tahun lepas juga diadakan di sini, malah majlis akad nikah pada 28 Ogos depan juga dirancang dilangsungkan di rumah ini,” katanya.
Mat Yaakub berkata, beliau membeli dua ekor lembu jantan sehari selepas hari pertunangan Nor Artikah untuk dikorbankan pada majlis perkahwinan nanti.
Bagaimanapun katanya, kedua-dua lembu itu mungkin akan disembelih untuk kenduri arwah sekiranya mendapat persetujuan keluarga.
Katanya, arwah yang merupakan anak kedua daripada lima beradik sentiasa menghormati orang tua dan gemar menziarahi sanak saudaranya dengan memanfaatkan musim cuti ketika pulang ke tanah air.

LUAHAN PILU:GURU MENGANDUNG 8 BULAN DICERAI AKIBAT BERJAUHAN


Assalamualaikum, disini saya ingin ceritakan kisah pahit yang saya lalui sebagai guru. Saya berkahwin pada akhir Nov 2013 selepas itu saya bertugas pada Feb 2014. Dalam tempoh tersebut saya tidak dapat tinggal berasingan bersama suami, tambah pula masalah ayah mertua yang mengalami sakit ‘stroke’. Impian saya tidak kesampaian. 

Suami bekerja sebagai penjawat awam mengambil keputusan bekerja ulang alik dari kuala lumpur ke ipoh dan dari ipoh ke kuala lumpur setiap hari atas sebab menjaga ayah mertua yang sakit, perjalanan dengan menaiki bas. Dia bangun pada jam awal jam 3 pagi dan pulang pada lewat jam 10 malam. Saya sanggup mengantar dan mengambil suami dari hentian bas kerana ingin luang sedikit masa tersisa dengan suami walau keadaan saya sedang mengandung.

Setiap hari masa saya bersama suami sangat terbatas hanya pada hari sabtu ahad sahaja kami dapat luang masa bersama namun apabila saya terpaksa bertugas ke borneo menyebabkan keadaan berubah. Saya berusaha cari jalan untuk berpindah ke semenanjung tetapi usaha tidak berhasil,saya tetap bertugas di borneo. sikap suami kadang kala memberi tekanan kepada saya apabila kami bertengkar, punca pertengkaran kami kebanyakan disebabkan ibu mertua saya. 

Saya merayu kepada suami agar jangan dipanjangkan pertengkaran ini terutama dalam keadaan saya mengandung, ianya memberi tekanan hebat kepada saya. Pernah suatu ketika saya mengalami kemurungan disebabkan tekanan berjauhan malah kami bergaduh hal yang berpunca kerana ibu mertua, sehingga suami tidak mahu menjawab panggilan dan sms dari saya. Saya terpaksa meminta bantuan dari bapa, akhirnya masalah tersebut dapat diselesaikan.

Selepas itu, terjadi juga pertengkaran sehingga suami dengan mudah mengugut kata cerai dan berpisah, berulang kali saya berpesan pada suami agar tidak berkata seperti itu serta berbincang dengan baik, namun suami tidak mendengar kata. Sehingga usia kandungan saya 8 bulan suami bertindak menceraikan saya atas alasan yang sangat tidak munasabah. 

Penceraian yang berlaku memakan diri suami kerana sikapnya yang suka mengugut dengan gunakan perkataan tersebut agar saya tunduk serta patuh padanya. Malah campur tangan ibu mertua yang melaga-lagakan hubungan kami mengeruhkan keadaan selepas ayah mertua meninggal dunia.

Apa yang terjadi pada saya bukan saya ingin salahkan KPM seratus peratus tetapi sedikit sebanyak kesan berjauhan memberi impak negetif pada alam rumah tangga saya. Kini impian saya untuk tinggal berasingan dengan suami tidak kesampaian serta anak saya tidak dapat kasih sayang sepenuhnya dari ayah sendiri. 

Saya meminta pihak kementerian perihatin terhadap kami yang sudah berkeluarga. Saya sebagai ibu tunggal memohon pihak kementerian tidak abaikan kami, saya tidak mahu menanggung risiko membawa bayi ke borneo atas faktor keselamatan dan perjalanan yang sangat jauh. Saya benar-benar berharap dapat pindah,sekurangnya ada keluarga yang dapat membantu serta sepenuhnya dapat fully breastfeeding ank ini. Kalau pihak pertukaran membantu saya sgt hargai..sekarang saya tengah usaha untuk berpindah.sumber