Pages

Friday, 15 May 2015

Jenis payudara isteri yang haram disentuh suami

Apakah hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks. Ini kerana suami saya amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan saya juga menikmatinya. Pada masa yang sama, saya menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.

JAWAPAN:

Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.

Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian.

Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.

Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka.

Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu.

Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”.

Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.

Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.

Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.

Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.

Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan.

Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram - Rezekikujua.

Jika Anda Pernah Kutuk Kak Ton, Pasti Anda Menyesal Selepas Melihat Anak Perempuannya

Jika Anda Pernah Kutuk Kak Ton, Pasti Anda Menyesal Selepas Melihat Anak Perempuannya| Baca Selanjutnya


Jika Anda Pernah Kutuk Kak Ton, Pasti Anda Menyesal Selepas Melihat Anak Perempuannya


Kuala Lumpur: Pastinya anda tidak pernah dan tidak akan sesekali lupa akan trademark Kak Ton usahawan wanita yang selalu menggunakan ayat "Cantik Tak Kak Ton". Gelombang kak ton dahulu seperti juga menyebabkan ramai yang agak sedikit menyampah tetapi kadang-kala menghiburkan masyarakat setempat. Kak Ton merupakan nama panggilan yang lebih disenangi dalam media sosial, telah memperkenalkan Jenama Beauty Umar dan Umairah, makanan tambahan yang dikatakan dapat menguruskan badan dan menstabilkan kesihatan jasmani para pengguna.

Admin juga turut memahami ramai juga yang "annoying" dengan tagline atau trademarknye itu yang bergandingan dengan syasa solero dan juga bobo. Namun begitu, kami pasti rakyat Malaysia akan melayan kak Ton dengan baik selepas melihat anak perempuannya ini. Mengapa kami berpendapat sebegini? Nah, takkan lah kami sekadar membuat andaian kosong sahaja. Mari kita lihat 10 Gambar Panas Anak Kak Ton.
Lihat 10 Gambar Panas Anak Kak Ton:-
Gambar Anak Kak Ton Bersama Amyra Rosli
Nama Sebenar dia adalah Nurain

Kami juga mendapati bahawa anak kak ton mempunyai teman lelaki yang dikenali sebagai SAM
Wuish, jangan meleleh air liur tengok kecomelan anak kak ton :p
Siapa Suruh Kutuk Kak Ton, Kan dah melepas :P
Berikut adalah gambar Nur Ain Bersama Kak Ton:-

Sekumpulan Pelajar Tahfiz Diusir Dari Bas Kerana Minta Hentikan Lagu Dangdut



Seorang pengguna laman sosial bengang dengan tindakan pemandu bas yang mengusir dan meninggalkan rombongan anak-anak Tahfiz yang dalam perjalanan dari Kedah ke Melaka.


Punca pemandu bas nekad meninggalkan budak-budak Tahfiz tersebut adalah kerana meminta lagu dangdut yang disiarkan di corong radio dihentikan.


Sungguh tidak berperikemanusiaan dan kurang ajar tindakan pemandu bas terbabit. Sebagai pelanggan, mereka (anak-anak Tahfiz) juga mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mereka.


34 GAMBAR - LANA NODIN SAH BERGELAR ISTERI KEPADA DAVID MCKENZIE

Dengan hanya sekali lafaz, Lana Nodin atau nama sebenar Mazlina Hasan Nodin, 35, telah sah bergelar isteri kepada Jurulatih Bola Tampar AS, Mohd Daud McKienzie sekitar jam 10.36 pagi tadi di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan Selangor.

Mereka telah dinikahkan oleh Mohd Ramizi Ramli Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Al Islah Serdang Raya, Seri Kembangan dengan berwalikan bapa kandung Lana sendiri, iaitu Encik Hasan Nodin bin Mohd Zaidi.

Di dalam majlis tersebut, Lana telah menerima mas kahwin sebanyak USD10000 atau RM32,000. Manakala wang hantarannya pula dirahsiakan.

Klik gambar untuk size besar




Pihak lelaki telah memberi lima dulang hantaran manakala pihak perempuan telah membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh ahli keluarga dan tetamu yang terdekat.

Tahniah kami ucapkan!