Pages

Saturday, 16 May 2015

Lima Hari Minum, Mandi Ayat Mayat

Mayat Dalam Tangki

KUALA LUMPUR – Misteri bau busuk air yang digunakan peng­huni sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini sejak Khamis ming­gu lalu akhirnya terjawab selepas pihak berkuasa menjumpai mayat seorang lelaki terapung di dalam tangki simpanan air di salah satu blok perumahan itu pada Selasa lepas.

Mayat lelaki itu ditemui oleh pekerja penyelenggara kondominium berkenaan pada pukul 9.25 malam selepas mereka menerima aduan penghuni berhubung air yang keluar dari paip rumah berbau pelik dan busuk.

Seorang penghuni yang hanya ingin dikenali sebagai Abbas, 23, memberitahu dia terkejut apabila air rumah yang didiaminya selama setahun itu mengeluarkan bau busuk seakan-akan bau air limbah sejak Ahad lepas.

Katanya, bau dan rasa air itu sedikit meloyakan, namun dia dan rakan serumahnya tidak peduli kerana beranggapan mungkin paip rumah mereka berkarat.

“Sudah lima hari kami minum dan mandi dengan air tersebut. Hanya kelmarin (Rabu) kami tahu bau pelik dan busuk itu akibat ada mayat dalam tangki berkenaan selepas mendapat notis gangguan air.

“Saya difahamkan pihak pe­ngurusan telah membersihkan tangki itu,” kata pelajar Universiti Help itu ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Difahamkan, blok kondo­minium itu didiami hampir 1,000 penghuni. – Kosmo!

''Ramai pulak ustaz dan ustazah yang komen''

#Siapa tak kenal dengan ibu muda Erin Malek yang sarat mengandung anak kembar, terbaru Erin Malek telah berkongsi gambar beliau tetapi malangnya banyak kritikan yang diterima





#Susulan dengan gambar yang dikongsikan oleh Erin tu, dia telah menerima kritikan hebat dari peminat dan pembenci, mungkin betul lah tu apa yang kebanyakan orang kritik.

#Tak berapa elok sebenarnya seorang perempuan mengandung memaki baju ketat-ketat ni, dan menjadi seperti trend sekarang ibu mengandung menayang Babybump masing-masing.



#Erin mungkin terlepas pandang dalam beberapa bab dan harap dia menerima kritikan dengan positif. Apapun kami berdoa agar dia dan kandungan sihat-sihat saja dan tak sabar nak tengok twin dia...awww~~~




6 Perkara Wanita Tidak Sedar Buatkan Mereka Cepat Tua!

Ramai wanita sanggup habis beratus ringgit untuk krim antipenuaan, tapi langsung tak sapukannya di bahagian leher.
Memang silap besar memandangkan kulit leher lebih nipis berbanding kulit wajah!
Pakar dermatologi, Howard Sobel berkata, kamu patut mula guna krim antipenuaan dan SPF di leher pada usia awal 20-an, dan jadikannya amalan untuk dapatkan kulit yang lembut dan licin selama-lamanya.
Ini antara 6 perkara yang anda tidak sedar anda lakukan dan tidak lakukan yang membuatkan anda cepat tua!

1. Sembur terlalu banyak wangian di leher

my-mum-stole-my-perfume-1
Jika kamu sering lakukannya, stop! Alkohol dalam wangian mengeringkan kulit dan menyebabkan kedutan. Sesetengah wangian juga ada kesturi yang menjadikan kulit kamu sensitive terhadap cahaya matahari. Memadai jika kamu semburkan wangian pada pergelangan tangan.

2. Aksesori di leher terlalu berat

gaurav-gupta
Rantai kamu yang cukup bergaya itu mungkin boleh buat penampilanmu lebih menyerlah, tapi ia juga boleh meregangkan kulit. Sekali-sekala, gantikan rantai dengan gelang atau cincin agar lehermu boleh ‘berehat’.

3. Kulitmu tak cukup lembapan

thumbs_3120-moisturizer_main_newbeauty.png.660x0_q80_crop-scale_upscale
Kulit sangat perlukan lembapan yang cukup. Guna produk yang mempunyai kandungan seperti asid hialuronik, retinol. Vitamin C, dan glycolic acid yang membina kolagen dan menegangkan kulit. Urut ke dalam kulit dengan jari dalam gerakan ke atas.

4. Berat badan kamu tak tetap

diet_fail
Jika berat badan kamu sering naik turun dalam jumlah yang banyak, leher kamu boleh mengalahkan leher ayam belanda! Pastikan kamu maintain berat badan. Elakkan crash diet!

5. Kamu tak lakukan senaman untuk leher

lateral_neck_bending_exercise_image_title_kdt3w
Duduk atas kerusi dan angkat wajah menghadap siling. Buka mulut seluas yang boleh dan cuba cantumkan bibir bahagian bawah ke bibir atas. Tahan tiga saat. Relaks dan ulang 10 kali. Lakukan senaman ini beberapa kali sehari, dan leher kamu akan nampak muda remaja seperti gadis berusia 15 tahun.

6 Tidak memakai krim SPF

SunPlay-SPF130-PA+++
Mula-mula bintik gelap, kemudian bintik penuaan lain… jadi jangan skip krim tabir suria. Beli satu yang mengandungi antioksidan, seperti Vitamin C yang meningkatkan keberkesanan tabir suria.
Sumber: Cosmopolitan

Selepas 11 Bulan Kerja, Wanita Ini Mampu Beli Rumah Di Usia Muda

“Saya beli property di seksyen 7 shah alam. Memandangkan saya masih single, rumah ini bukan untuk saya diami, tetapi untuk disewakan. Duit bulanan sewa itu saya akan rolling lagi for investment”- Hafizah Wanasan
Tanpa lengah, sebaik saja terpandang coretan wanita cekal ini, saya terus private message dan pinta kebenaran beliau untuk memaparkan perjalanan hidup penuh cabaran di usia muda. Hanya satu kata yang terungkap saat terbaca coretan Cik Hafizah Wanasan. Anda memang seorang wanita cekal!
hafizah wanasan
Mampu Beli Rumah Selepas 11 Bulan Kerja, Anda Perlu Contohi Kecekalan Wanita Muda Ini
Saya akui, kelihatan beliau seorang wanita yang hebat dan gagah. Hehe. Mana tak nya, beli lot rumah dengan usaha sendiri, dari A to Z. Buat baikpulih rumah dan kereta, berurusan tawar menawar semuanya sendiri. Status dan kudrat sebagai seorang wanita muda bukan lagi alasan untuk kita tidak berjaya tau. Saya faham rasa jatuh bangun Cik Hafizah kerana saya pun pernah alami macam-macam cabaran hidup sebelum capai impian. Kami, para wanita dah jadi seperti “hulk” apabila sudah mula mampu membuat kerja-kerja lelaki. Hehe.

Mampu Beli Rumah Selepas 11 Bulan Kerja, Anda Perlu Contohi Kecekalan Wanita Muda Ini

Kredit artikel asal di FB Cik Hafizah Wanasan
Hidup kena kuat.
Rumah pertama untuk pelaburan. Selepas sebelas bulan bekerja di selangor, hasil simpanan gaji bulanan dan pelaburan, saya beli hartanah di seksyen 7 shah alam. Memandangkan saya masih single, rumah ini bukan untuk saya diami, tetapi untuk disewakan. Duit bulanan sewa itu saya akan rolling lagi untuk investment.
Setiap hari saya google cari property yang ingin dijual. Balik kerja dari hospital,saya cepat-cepat tarik kerusi ngadap computer. Suratkhabar saya beli hari-hari untuk lihat advertisement bahagian property. Panas mata panas kepala. Di hujung minggu saya memandu 40km untuk melihat rumah. Untuk buat pelaburan, cari rumah yang pasaran bagus. Dekat universiti, dekat hospital besar, dekat pusat bandar. Ada rumah siling rendah, ada juga terkena agent yang asyik reply tidak pasti bila diajukan soalan apapun. Ada yang bila nak pergi view, agent tak bawa kunci! Banyak lagi untuk diceritakan. Perlu sabar dengan setiap masalah.
Akhirnya jumpa rumah. Saya tawar harga dengan owner asal. Owner asal bagi pilihan diskaun 10 ribu jika saya ingin baiki sendiri. Saya pilih untuk baiki sendiri.
Ya, memang boleh saya setuju 10 ribu lebih untuk owner settlekan. Buat apa mahu susah-susah.? Tapi tidak, saya fikir lebih baik saya belajar sendiri. Saya tidak duduk dengan keluarga sejak saya tingkatan 1. Ketika menuntut di Australia, kereta Ford saya accident, paint kereta rosak, saya pergi kedai accesories kereta, minta mat saleh bancuh warna paint Burgandy dan masuk dalam sprayer tin. 30 dollar. Saya beli 2 tin. Beli kertas pasir grid kasar dan halus. Imam Sabri Samson ajar saya fix kereta accident. Dua hari saya gosok Ford dengan sand paper. Sampai licin. Terima kasih imam ajar saya.
Berbalik kepada cerita rumah. Saya tanya tukang cat. Tukang cat offer 2 ribu. Kemudian saya tentukan, nak cat sendiri. Malam-malam selepas waktu kerja saya google color combination yang sesuai. Hujung minggu bila tiada oncall, saya lari ke kedai hardware. Survey. last decide beli cat glossy Jotun plus alatan mengecat. Adik datang tolong. Total kos cat satu rumah 1 ribu. Jimat seribu, ilmu pun dapat. Selesai cat, beli scrapper dan thinner untuk bersihkan sisa cat. Berpeluh menggigil sendi tangan nak gosok. Tak mengapa, saya suka belajar.
Ramai teman saya sudah ada rumah sendiri, sebahagiannya anak orang berharta. Ibu bapa menolong banyak. Join nama dengan mama, dengan papa, beli dua tiga rumah. Mama papa bagi deposit. Mama papa tolong belikan. Ada yang mama papa nak bagi rumah mereka pada anak. So, tak payah susah-susah. Ada yang selesa beli rumah cantik siap, tak payah susah-susah, mereka kata mahal berhutang pun takpa, it’s ok. It’s their choice, rezeki masing-masing.
What about me? My parents divorced and i got the news on my graduation day. My dad married to my step mom 1 month later and my mom was just getting married in Mac 2015. They kinda live in their world and i kinda live mine. Since i was a kid, lot of things i decide on my own. Even after so many things happened in my life, both my parents are always diamonds in my heart like forever.
This is why i learn troubles. Hidup kena kuat. Belum mention berapa lamaran pernah ditolak. Berapa broken hearts. Saya bukan sengaja. Ada obstacles yg hanya saya faham.
After all, again, saya suka kalau ramai antara kita yang belajar skill hidup sendiri. Especially perempuan. Belajar tukar mentol, tukar kalimantang, cat rumah,suka pegi kedai hardware, fix leaking, fix flush toilet rosak, tolong suami. Jika lelaki, apatahkan lagi? Haruslah.
One chinese man at my working place once said to me  ” Pija, i think you are the most wonderful independent women i’ve ever known! ” ^___^ ~ (Eh panjang pulak karangan kali ni!)
Anda pasti akan terinspirasi dengan coretan kisah dan perjalanan hidup wanita muda ini. Jom mulakan sesuatu perubahan dalam hidup anda mulai sekarang.

“It’s never too late to start something new”