Pages

Monday, 1 June 2015

Masyallah... Telur Goreng Keluarkan Darah Lepas Dibaca Al-Rukyah



Kisah ini terjadi kepada sahabat Siakapkeli sendiri pada minggu lepas. Yang mana menerusi inbox akaun peribadi penulis, sahabat penulis, Mohamad Ridzuan Bin Nasir, 27, memberitahu ada sesuatu perkara yang sukar dipercayai telah berlaku hari ini.

Diberitahu kepada penulis untuk melihat status terbaru yang dimuat naik menerusi akaun facebooknya. Lalu penulis kehairanan apa yang menarik sangat dengan status barunya itu.

Penulis pun menjenguk akaun dia dan mendapati terdapat beberapa keping gambar nasi bungkus dan telur goreng di hadapan monitor sebuah komputer yang sedang memainkan bacaan Al-Rukyah menerusi Youtube.

Berikut adalah apa yang ditulis mengenai gambar tersebut:

MasyaAllah... Waktu beli makanan tadi dah tgk telur goreng atas bawah semua ok. Then sampai office makan depan PC buka bacaan Rukyah telur berubah bertompok2 merah seperti darah. Kuasa Allah memelihara dari pelaris yg kotor dari memasuki badanku... Subhanallah... Maha suci Allah...


Bagaimanapun ada beberapa komen yang mendakwa itu mungkin kicap, namun perkara tersebut dinafikan olehnya.


Selain itu ketika berbual dengan penulis, ketika awal membuka bungkusan makanan tersebut dia sudah membelek bahagian telur itu dan pada ketika itu tiada pun bintik-bintik darah tersebut.

Kemudiannya dia membuka Youtube dan memainkan bacaan ayat tersebut kerana dia sememangnya gemar mendengar bacaan-bacaan ayat suci Al-Quran ketika tinggal serumah bersama penulis suatu ketika dahulu.

Dia kemudiannya meninggalkan nasi bungkus yang telah dibuka bersama bacaan itu dan ke dapur untuk membancuh air minuman.

Setelah dia kembali untuk menjamah makanan itu lalu terkejut melihat apa yang sudah berlaku kepada lauk telur yang hendak dimakannya. Bintik-bintik merah seperti darah beku itu muncul rata-rata pada bahagian permukaan.

Bagaimanapun tidak semua percaya akan perkara itu dan ramai juga yang menafikan apa yang terjadi itu kerana bacaan tersebut dan menganggapnya sebagai kicap.

Dia juga telah dihubungi oleh pihak myMetro berhubung perkara ini dan menurutnya, "Saya tidak memaksa sesiapa untuk percaya. Saya hanya berkongsi kejadian yang berlaku supaya orang lain berhati-hati apabila membeli makanan.

"Apa kata cuba beli nasi lemak yang saya beli dan lakukan seperti yang saya buat," katanya.

Dia yang juga terkenal dengan syarikat pembekal Kad Kahwin Murah merasakan sangat bersyukur kerana mungkin telah terhindar daripada pelaris dengan bacaan rukyah.— Siakapkeli.my





Tema Perkahwinan Hello Kitty Pengantin Muda Ini ‘Meletop’ & Viral Di Laman Sosial !!! ( 18 FOTO )



Anda peminat Hello Kitty? Penulis juga tak nafikan yang agak berminat dengan kartun tersebut. Tetapi tidak pernah terfikir menjadikan kartun kucing yang comel ini sebagai tema perkahwinan. Koleksi gambar ini diperolehi dari laman Facebook, Media Bekurapak-Brunei dan benar-benar menarik perhatian ramai orang....

Berikut adalah beberapa koleksi gambar perkahwinan bertemakan Hello Kitty dimana penulis dapat menyimpulkan sama ada pasangan pengantin atau pengantin perempuan ini sememangnya peminat fanatik kartun kucing yang comel ini....






Bagaimana? Adakah gambar perkahwinan dari pasangan ini memberikan sedikit inspirasi tentang perkahwinan anda? Siapa tahu jika selepas ini ada yang terfikir Doraemon, Power Rangers dan Upin & Ipin sebagai tema perkahwinan....

Ingat! Keunikan adalah satu perkara yang luar biasa. Apa yang penting adalah keberanian dan keyakinan melakukan sesuatu perkara yang baru.....


SUMBER

Panas !!! 3 Model Dan Artis Popular Yang Cantik Ini Sudah Murtad


 Masyarakat Indonesia dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti negara itu menukar agama. Seorang daripada mereka ialah Happy Salmah. Happy dikatakan memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja....

Model dan juga pelakon filem yang dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat itu menjalani upacara pindah agama Hindu, dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, Indonesia.....

Sudhi Wadani adalah upacara dalam Hindu sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas dan hati suci menyatakan menganut agama Hindu. Upacara yang mengambil masa sehari itu adalah antara syarat yang harus dijalani bila seseorang ingin berkahwin mengikut adat Hindu....

Mereka melangsungkan perkahwinan beberapa hari kemudian di Puri Saren Kauh, Ubud dengan mengikut adat istiadat Hindu dan diikuti dengan majlis di Sukabumi. Mengenai dia menukar agamanya, Happy menegaskan, dia tidak akan berbicara secara terbuka....

“Saya tidak akan bercakap mengenainya,” kata Happy....

Segala hal yang berhubungan dengan keyakinannya, dia berharap menjadi rahsia hubungan perkawinan yang baru mereka jalin. ....


 Selain itu ialah artis Pinkan Mambo....

Penyanyi lagu popular, Kekasih Yang Tak Dianggap ini untuk kali keduanya dilapor telah menukar agama dan disahkan ibunya sendiri, Deetje yang nyata kecewa. Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata, anaknya sudah mula belajar agama lain....

Menurutnya, Pinkan yang nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo banyak berubah sejak kebelakangan ini... Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak....

“Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,” kata Deetje...

 Artis cantik yang juga pernah menjadi VJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright juga dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas...
Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.
Rianti yang lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan. Namun, ketika diminta mengesahkan perkembangan itu, pengurusnya, Adi, enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu menahu mengenainya....
“Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu,” katanya....
Dia mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan penyanyi yang nama lengkapnya Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan. Bagaimanapun, pihak gereja juga enggan mengesahkannya....
Isu masyarakat Islam Indonesia, baik lelaki mahupun wanita berkahwin dengan pasangan mereka yang beragama lain adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana sebahagian orang yang mendakwa ulama di negara itu berkata ia dibolehkan....
Namun, apa yang dilakukan oleh Pinkan, Rianti dan Happy ialah mereka memeluk agama lain untuk mengikut agama suami masing-masing....

Antara 10 Sebab Mengapa Wanita Dilarang Agar Tidak Memilih Suami Orang Sebagai Pasangan !!!



1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU

Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!!!!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA

Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT

Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG

Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA???

Persoalannya, apakah kamu masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU

Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN

Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI

Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"

Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !!!!

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA

Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!!!!