Pages

Tuesday, 2 June 2015

Resipi Mudah Buat Pizza Daripada Roti Gardenia

pizza-roti-2
Resepi Pizza Hut tanpa perlu menguli roti
Haluu ampaa semua.
Ni lah resepi yang kami nak kongsikan pada ampa semua cara-cara nak buat pizza tanpa perlu menguli roti. Maaf la naa pasai lambat.
Okey inilah cara-caranya ampa semua.
A) Dapatkan 1 buku roti gardenia. Susun dalam loyang dan renjiskan dengan air supaya roti still lembut selepas roti di bakaq nanti. Pehtu ampa sapu roti tu dengan tomato puri.
B) Letak kepingan cheddar cheese ke atas roti yang dah di sapu tomato puri tadi.
C&D) Kemudian letakkan kepingan sosej , cendawan butang, lada banggala bukan orang bangla, kepingan ayam dadu atau ikut suka ampa laa nak letak apa ikut selera dan bajet ampa semua. Tapi pastikan bahan mentah seperti sosej atau ayam di rebus separuh dahulu sebelum di taburkan ke atas roti tadi. Akhir sekali ampa taburkan mozarela cheese (bahan hak ni yang paling mahai sekali) untuk mendapatkan cheese yang bertali apabila di makan nanti.
E) Ampa bakaq pizza ampa dalam oven lebih kurang 15 minit. Time ni memang best sebab satu rumah bau pizza.
F) Dah masak ampa potong la pizza tersebut ikut suka.

iPhone 5 Lelaki Ini Jatuh Ke Dalam Laut Dan Sempat Merakam Sesuatu


Gregory Papadin, seorang lelaki dari San Diego telah membuktikan bahawa iPhone 5 adalah peranti kalis air apabila ia secara tidak sengaja jatuh ke dalam lautan setelah terlepas dari genggamannya ketika dia sedang berenang.

Peranti itu sempat merakam jelas ikan yang sedang berenang.





Seorang lagi rakannya yang dipercayai adalah kapten bot itu kemudiannya dilihat berenang ke dasar laut untuk mendapatkan kembali iPhone 5 tersebut dan dengan mudah kembali semula ke permukaan laut.

Papadin kelihatan gembira apabila dia sedar bahawa telefon pintar dia masih lagi berfungsi dengan baik.

34 GAMBAR - RAGAM ASHRAF SINCLAIR & BUNGA CITRA LESTARI DI GREECE

Amboi amboi... bukan main romantik lagi Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari ketika melancong dan mengadakan 'vow renewal' bagi meraikan ulangtahun keenam perkahwinan mereka.

Selepas menghabiskan masa di Bali, Indonesia... mereka terbang pula ke Greece. Siap ada gambar kiss-kiss lagi! Heh.

Layannzz...

Klik gambar untuk size besar






































































Foto :  Ashraf Sinclair IG

10 GAMBAR - MAJLIS AQIQAH ANAK AIDIL ZAFUAN & ZAREMA ZAINAL

Pada Ahad lalu, Aidil Zafuan dan isterinya, Zarema Zainal telah mengadakan majlis aqiqah untuk anak pertama mereka, Ayden Zeeyad.

Dalam majlis itu, rakan-rakan artis turut hadir memeriahkan suasana.

Untuk rekod, Ayden Zeeyad dilahirkan pada 5 Februari lalu di Hospital Columbia Klang.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar