Pages

Wednesday, 3 June 2015

MENGEJUTKAN! Cuba Anda Teka Benda Apakah Di Sebalik Tumbuhan Liar Ini??

Lazimnya, sesebuah kenderaan yang ditinggalkan atau dibuang oleh pemiliknya, sudah pasti tidak akan bertahan lama malah akan menampakkan tanda-tanda rosak seperti karat, berlumut dan beberapa komponen akan di ambil orang..Namun di China, kenderaan yang ditinggalkan oleh pemiliknya ini secara keseluruhannya telah diliputi oleh tumbuhan liar sehingga mereka yang tinggal di kawasan tersebut tidak mengetahui bahawa di sebaliknya adalah sebuah kenderaan..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..




Satu kejadian yang cukup unik telah berlaku di bandar Chengdu yang terletak di Wilayah Sichuan, China. Sebuah kenderaan yang telah ditinggalkan begitu saja oleh pemiliknya kini akhirnya telah diliputi oleh tumbuhan liar.

Seperti dilaporkan Car News China, Rabu 23 Oktober 2013, kebanyakkan penduduk sekitar tidak menyangka di sebalik tumbuhan memanjat yang besar itu adalah sebuah van yang sudah 'dibuang' pemiliknya, sekitar satu tahun yang lalu. 


Kenderaan itu sengaja diletakkan di hadapan kompleks apartmen berkenaan. Oleh kerana ia sudah lama tidak digunakan, keadaan kenderaan itu kelihatan sangat tidak terurus, lebih parah, seluruh badan van tersebut diliputi tumbuhan liar. 


Pemandangan yang tidak enak itu membuatkan penduduk setempat berasa curiga. Mereka akhirnya memutuskan untuk menghubungi pihak polis untuk memeriksa kenderaan dan menyiasat siapa pemilik asal  "Zombie Car" itu. 


Polis yang datang ke lokasi berkenaan turut berasa hairan apabila melihat keadaan "Zombie Car" itu. Tumbuhan liar berduri yang meliputi kenderaan itu sangat tebal, sehingga menyukarkan pihak polis untuk mengecam jenama van berkenaan.


Pihak polis akhirnya memutuskan untuk menyita dan menarik van itu ke balai polis. Hasil siasatn lanjut, pihak polis berjaya menemui pemilik asal kenderaan berkenaan. Pemiliknya mengaku telah menjual kenderaan tersebut kira-kira tiga tahun lalu, tapi terlupa siapa yang membelinya.




p/s: Kalau biar lama lagi, entah-entah tumbuh pokok pulak apa..

" Buat Apa Nak Malu? " 8 Gambar Gadis Cantik 19 Kini Viral Di Laman Sosial !

MEDAN - Seorang mahasiswi yang mempunyai paras cantik dan comel memilih bekerja sebagai 'cleaner' di sebuah stesen kereta api.

Dengan kecantikan yang dimiliki, tidak membuatkan dirinya malu untuk bekerja sebagai 'cleaner' demi membayar wang pengajiannya.

Gadis berusia 19 tahun bernama Duma Mariana Boru Simanjuntak, rela menjadi 'cleaner' di Stesen Besar Kereta Api Medan.

"Saya bekerja untuk meringankan beban orang tua, supaya tidak terlalu berat memikirkan pendidikan saya. Buat apa malu? Saya perlukan wang untuk meneruskan pelajaran," katanya.

Niat Duma tidak mahu membebankan orang tuanya, selain dari mempunyai tiga beradik lain yang masih berada di bangku sekolah.

Duma bekerja setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 3 petang. Sungguhpun memiliki rupa yang cantik, dia tetap ditugaskan melakukan kerja-kerja seperti membersihkan lantai, kaca sehinggalah ke tandas stesen berkenaan.

Duma mengaku, pada dasarnya, dia juga mementingkan kebersihan dalam hidupnya.

Bercakap mengenai masa depan, Duma berharap dia akan berjaya dan menjadi orang yang berguna kepada orang lain selain dari mengaku memiliki cita-cita untuk menjadi 'manager' sesebuah perniagaan yang boleh membuka peluang pekerjaan kepada orang lain.

"Mudah-mudahan saya boleh mengecapi kejayaan dan cita-cita saya untuk menjadi manager," katanya.

Duma juga mengakui dia sering ditegur oleh pengunjung-pengunjung stesen ketika sedang bertugas. Ada juga yang melemparkan senyuman kepadanya yang dipercayai tertawan dengan kecantikan yang dimilikinya itu.

Nota kaki: Yang hujung tu aku tambah je.. hahaha!






Luahan Sedih Dan Menyayat Hati Nooraida Selepas Bertukar Gambar Sangat Peribadi Dengan Adi Putra





Akhirnya setelah mendiamkan diri selama ini, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra akhirnya bersuara. Panjang lebar penerangan yang dilakukan oleh Nooraida semalam menerusi Berita Harian. Menurut Nooraida, perkenalan mereka bermula di Instagram dan akhirnya melarat ke WhatsApp sehinggalah diketahui oleh suaminya.

Sedikit sebanyak kecantikan yang ada pada Nooraida pastinya mencairkan hati mana-mana lelaki yang memandang. Tujuan kenyataan yang dibuat oleh wanita ini adalah untuk menepis dakwaan Adi Putra yang menyatakan tidak mengenali dirinya. Kata Nooraida:-

Saya terpaksa saya buat bagi membuktikan dakwaan suami saya sebelum ini sememangnya benar dan bukan saya sengaja nak reka. Jika Adi menafikan dia tak pernah kenal saya seperti dilaporkan, itu hak dia. Memang Adi tak pernaj mengenali saya secara bersemuka, tapi kami mengenali antara satu sama lain secara InstaMessage, Instagram dan WhatsApp. Malah kami pernah berhubung melalui telefon bersama suami ketika Adi baru kembali dari Mekah, beberapa hari sebelum Aidilfitri

Apa yang mengecewakan kami ialah apabila Nooraida mengakui teruja membaca pengakuan Adi Putra yang kononnya mahu mencari isteri lain sedangkan dirinya sendiri adalah isteri orang. Namun biasalah wanita memang mudah termakan kata-kata romantik dan jiwang. Mungkin itu puncannya sehingga sanggup bertukar gambar-gambar sangat peribadi:-

Dalam Instagram, ada gambar saya, suami dan anak. Walaupun Adi tahu status saya sebagai isteri orang, namun dia masih mahu berhubung dengan saya. Saya anggap mungkin dia main-main saja atau sekadar nak test market. Menerusi WhatsApp pula, Adi ada mengatakan dia sedang mencari calon isteri dan nak anak sendiri. Sebagai peminat fanatik, saya berasa teruja. Itulah sebab mengapa saya masih melayannya dan terus terjebak dalam perhubungan ini.
Dakwaan Adi menggoda saya adalah benar kerana pada awal perbualan, dia ada mengatakan mula menyukai saya dan meminta gambar. Pada mulanya saya beri gambar biasa saja tapi kemudian Adi meminta gambar lebih seksi. Saya tak berani, tapi dia pujuk sehingga saya mengalah selepas beliau menunjukkan gambar peribadinya

Harus diingatkan kata-kata Nooraida ini tidak diketahui kebenarannya selagi belum dibawa ke mahkamah. Sama-samalah kita nantikan keputusan pemeriksaan yang sedang dilakukan oleh pihak polis. Untuk membaca kenyataan penuh Nooraida, sila baca artikel ini sepenuhnya.

Jujurnya, sehingga hari ini saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan selepas menyerahkan kes ini kepada pihak berwajib. Tapi, bila banyak maklumat dah bocor dan ramai sudah mengetahui saya adalah perempuan yang skandal dengan Adi Putra, biarlah saya mendedahkan perkara sebenar apa yang berlaku. Tambahan pula, Adi ada membuat penafian di media massa dia tak pernah kenal dengan saya.”

“Saya terpaksa saya buat bagi membuktikan dakwaan suami saya sebelum ini sememangnya benar dan bukan saya sengaja nak reka. Jika Adi menafikan dia tak pernah kenal saya seperti dilaporkan, itu hak dia. Memang Adi tak pernaj mengenali saya secara bersemuka, tapi kami mengenali antara satu sama lain secara InstaMessage, Instagram dan WhatsApp. Malah kami pernah berhubung melalui telefon bersama suami ketika Adi baru kembali dari Mekah, beberapa hari sebelum Aidilfitri.”

“Saya kenal Adi melalui Instagram yang dikendalikan sendiri oleh beliau iaitu Adp_adiputra. Saya pula menggunakan nama aidaannefasha. Pada masa sama, Adi membuka ruang InstaMessage untuk peminat berhubung dengannya. Kebetulan waktu itu saya online dan Adi berada di Mekah, saya ucapkan selamat menunaikan umrah. Dia membalasnya dengan ucapan terima kasih.”
“Selepas itu, saya tutup InstaMessage, tapi tak lama kemudian, Adi hantar mesej minta nombor telefon saya. Mulanya saya hairan adakah itu benar Adi Putra? Dia juga bertanya, saya tinggal mana, umur dan status. Walaupun saya memberitahu sudah berkahwin, namun dia tak mengendahkannya. Dalam fikiran saya, mungkin dia cuma memerlukan kawan untuk berbual. Dari situlah, kami mula berhubung menerusi WhatsApp.”



“Dalam Instagram, ada gambar saya, suami dan anak. Walaupun Adi tahu status saya sebagai isteri orang, namun dia masih mahu berhubung dengan saya. Saya anggap mungkin dia main-main saja atau sekadar nak test market. Menerusi WhatsApp pula, Adi ada mengatakan dia sedang mencari calon isteri dan nak anak sendiri. Sebagai peminat fanatik, saya berasa teruja. Itulah sebab mengapa saya masih melayannya dan terus terjebak dalam perhubungan ini.”
“Semasa berhubung dengan Adi, dia menggunakan nombor telefon Arab Saudi sebab dia berada di Mekah. Adi juga ada sertakan nombor telefom Malaysia yang dia gunakan sekarang. Kami juga pernah berbual menerusi telefon secara bertiga – suami, Adi dan saya apabila mahu menyelesaikan perkara ini sebelum sampai ke pengetahuan pihak berwajib dan media massa.”
“Menerusi perbualan itu, Adi mengaku kesilapannya dan mahu berjumpa suami untuk menyelesaikannya secara baik, tapi tiba-tiba dia ubah fikiran.”
Apabila ditanya, sejauh manakah dakwaan kononnya Adi menggodanya, wanita ini menjawab.
“Dakwaan Adi menggoda saya adalah benar kerana pada awal perbualan, dia ada mengatakan mula menyukai saya dan meminta gambar. Pada mulanya saya beri gambar biasa saja tapi kemudian Adi meminta gambar lebih seksi. Saya tak berani, tapi dia pujuk sehingga saya mengalah selepas beliau menunjukkan gambar peribadinya.”



                           


 “Adi pula pandai memujuk dan romantik orangnya, jadi saya terjebak untuk melayan. Saya akui, bukan alim dan tak kuat iman. Adi pula nampaknya lebih berminat berbual perkara amat peribadi, selain bertukar gambar yang sangat peribadi.”
“Saya faham suami saya marah, walaupun mengetahui saya bersalah, dia masih cuba untuk berhubung dengan Adi bagi mencari jalan penyelesaian secara baik, malah menggunakan saluran undang-undang selepas tiada jalan penyelesaian. Pengajaran daripada insiden ini, walaupun fanatik atau teruja dengan seseorang artis, kita tak perlulah menurut segala kemahuannya. Cukup sekadar peminat biasa.”

Zina Berterusan Walaupun Sudah Diijabkabul

Gambar hiasan
Bacalah untuk pengetahuan sendiri dan pedoman semua. Hidup sebagai seorang bernama Islam jangan terusan dalam kejahilan. Sesungguhnya permasalahan ini berat. PErhatikan soalan 1 - 9.
PERKAHWINAN seumpama ini, hari ini, memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak "mengandung anak luar nikah", cepat-cepat dikahwinkan. 
Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila. Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting: 
Soalan 1: Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah? 
Jawapan 1: Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan. 
Soalan 2: Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah? 
Jawapan 2: Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan. 
Soalan 3: Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin? 
Jawapan 3: Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu. 
Soalan 4: Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan? 
Jawapan 4: Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah. 
Soalan 5: Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan? 
Jawapan 5: Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.
Soalan 6: Apakah hak seorang anak luar nikah? 
Jawapan 6: Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya. 
Soalan 7: Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri? 
Jawapan 7: Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram. 
Soalan 8: Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya? 
Jawapan 8: Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah. 
Soalan 9: Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri? 
Jawapan 9: Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf. 
Kesimpulannya: Ibu bapa, saudara mara, orang-orang kampung, tok-tok imam, tok-tok kadi dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan sama ada di dunia atau pun di akhirat.
Tolong jangan abaikan text ini. Ini merupakan satu perkara yang serius jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.
Mafhumnya: Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.