Pages

Sunday, 7 June 2015

Bomoh Paksa Bayi Umur 2 Hari Berjalan Untuk Pulihkan Demam Panas



Seorang bayi yang baru berumur dua hari dipaksa berjalan oleh seorang bomoh dalam usaha menyembuhkan demam panas bayi tersebut, Isnin lepas.
Agensi berita tempatan, NDTV memberitahu, bayi tersebut yang menderita demam panas sejak dilahirkan dibawa berjumpa seorang bomoh wanita berusia 50-an di sebuah kampung.
Bomoh tersebut kemudian memaksa bayi tersebut ‘berjalan’ sambil memegangnya di bahagian leher.
Seorang saksi kemudian bertindak merakam ‘upacara’ tersebut dan memberikannya kepada pihak polis.
Kampung tersebut yang terletak di Marigaon kemudian diserbu polis dan menahan dua orang wanita dan bomoh tersebut.
Bayi tersebut kemudian dibawa ke hospital berhampiran.
Pegawai polis, Rakesh Kumar memberitahu bahawa upacara ‘bomoh mistik’ mempengaruhi orang ramai untuk tidak peduli keadaan bayi tersebut yang baru lahir.
“Bayi tersebut memang demam panas, tapi sekarang sudah sihat. Kita perlukan kempen tentang cara-cara penjagaan bayi baru lahir dan ibu baru bersalin,” kata Rakesh lapor Sinar.

Terkini..DR Wan Azizah Dedah Siapa Sebenarnya Tun Mahathir Yang Mengejutkan Ramai

Terkini..DR Wan Azizah Dedah Siapa Sebenarnya Tun Mahathir Yang Mengejutkan Ramai
Klik utk baca seterusnya

 
sumber 

Kenali Riak Zaman Moden Di Laman Sosial Yang Ramai Orang Buat

Pergi check in kat hospital siap snap gambar ayat berbunga sedih sendu bagai mengalahkan sinetron suruh doakan anak,suami,atuk,nenek,pakcik,makcik kalau boleh semua lah.. padahal nak beritahu check in kat Prince Court Hospital.. Si pesakit pun cuma demam manja je.. Katalah warded kat GH, mati hidup balik takkan 'check in' status fb,tweeter,instagram etc kan.. huhu
Kedua :
Snap gambar anak dalam rumah dengan caption 'Alahai anak mama ni bla bla bla..'.. Padahal nak tunjuk sofa, tv, perabot baru atau objek lain latar belakangnya.. Yela.. Kalau tak buat macam tu orang tak tahu kan?.. nak jemput semua orang datang rumah pun setahun sekali je.. Lambat.. hmm
Ketiga :
Syukur tak henti-henti.. 'Alhamdulillah rezeki yang semakin melimpah ruah, makin masyuk..bla bla bla'.. Alhamdulillah itu dan ini.. Padahal nak orang tahu betapa kayanya dan mewahnya aku sekarang (sebenarnya tak ada pun).. Kalau ikhlas nak bersyukur, terus sujud atas tikar sejadah kepada Allah swt.. Jadikan amalan sedekah berterusan supaya dilipat gandakan rezeki.. Sesungguhnya Allah swt itu Maha Pemurah, Maha Mengetahui.. Tak perlu guna facebook bagai sebagai orang tengah!
Keempat :

Tangkap gambar dalam kereta.. Eh pastinya nampak stereng sekali.. Caption, biasalah.. 'Ala jam la jalan'.. 'Good morning semua'.. 'Letih la hari ni'.. bla bla bla.. Padahal, motifnya nak tunjuk lambang kereta tu yang penting.. Hello! pak cik dan mak cik yang pakai Mercedes,Lamborghini, Porche pun tak buat gitu tau.. 
Kelima : 
Ni selalu akak-akak yang selalu tawaf shopping mall.. Check in kat shopping mall dengan status 'shopping untuk hilangkan stress' atau 'ahh hari-hari shopping habislah duit I'.. atau 'Hmm, I kalau bershopping macam ni lah..susah nak berhenti.. hahaha.. kelakarkan?'... sebenarnya nak beritahu aku mampu beli barangan jenama Gucci,Prada,Louis Vuitton dan sewaktu dengannya.. Siap tayang paper bag dan tanda harga lagi tau.. kau ado?! 
Keenam :
Sifat mak-mak yang terlalu sayangkan anak-anak.. 24/7 updatepasal anak dia.. anak dia lah yang paling cerdik, anak dia lah yang paling comel, anak dia pandai buat tu pandai buat ni.. Macam orang lain tak ada anak.. tak pun sibuk update pasal suami dia yang tercinta.. Suami dia yang paling kaya, Suami dia yang paling penyayang, selalu tolong kemas rumah, jaga anak.. 'Bersyukur dapat suami soleh, penyayang, rajin.. love abang'.. Nak keluar urat perut aku baca status..bblluuwerrkk.. Hmm.. memanglah itu facebook awak, tapi awak bukan Kate Middleton atau Diva Siti Nurhaliza. Orang tak nak tahu pun setiap inci hal rumahtangga awak.. 
Akhir sekali : 
Gejala selfie muncung itik.. Tangkap pic sendiri.. Biasalah mulut muncung kedepan, herot kiri kana, dengan caption 'mukaku tanpa mekap'... 'mata panda letih tak cukup tidur'..bla bla bla... dengan harapan adalah orang lain komen.. 'eh u still nampak comel lah'..'nampak muda dari umur sebenar'.. etc etc.. hmm Lu pikir lah sendiri bak kata Nabil

Maka hindarilah dari bersifat riak! 

Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman yang bermaksud :
"Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak." (Surah Al Maun : ayat 4-6)
Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264, Allah swt berfirman maksudnya :
"Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak manusia." 
Secara mudah kita simpulkan bahawa riak adalah perbuatan yang semata-mata untuk mengharapkan sanjungan,pujian atau penghormatan daripada orang lain. Hal ini adalah bertentangan dengan kehendak islam yang sentiasa menyeru umatnya yang soleh dan solehah beramal atau melakukan perkara kebaikan dengan hati yang ikhlas dan mengharapkan keredaan Allah swt.

Sekiranya penyakit riak ini dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lama kelamaan ia boleh membinasakan orang yang mengamalkannya.. 

Pelajari 12 Tips Ini Untuk Menambah Ketinggian Badan Anda




Cara Menambah Tinggi Badan

Streching

Ini merupakan salah satu cara menambah tinggi badan. Selepas bangun dari tidur, lakukan streching. Gerakan seperting menendang masing-masing kaki 75 kali. Untuk hasil yang maksima, minum susu setelah melakukan streching.Pilih susu yang mengandung kalsium tinggi. Sebelum tidur juga anda boleh melakukan streching di tempat tidur. Dengan Posisi tidur dan semua badan ditarik. Kemudian tidur dengan posisi yang betul.

Berenang


Dengan melakukan senaman rutin seperti berenang, berbasikal, dan sebagainya adalah cara untuk menambah tinggi badan. Berenang sudah banyak dikenal memiliki manfaat untuk menambah tinggi badan. Berenang dapat membuat tubuh menjadi lebih fleksibel. Lakukan berenang setiap hari minimal 30 minit.

Yoga


Anda dapat melakukan yoga untuk menambah tinggi badan. Lakukan yoga secara rutin dengan diiringi muzik rentak perlahan atau menggunakan headset. Tarik nafas dengan tenang diikuti dengan setiap gerakan. Minum susu yang berkalsium tinggi. Petang hari anda boleh berbasikal. Sebelum tidur juga anda boleh lakukan pergerakan ringan yoga di atas tempat tidur dan dengan diringi musik perlahan dang menenangkan. Tarik nafas dengan betul dan  tidur dengan posisi yang baik.

Berbasikal


Berbasikal merupakan cara menambah tinggi badan yang dapat dilakukan dengan mudah. Hal ini karena gerakan kaki pada saat mengayuh , otok kaki akan terstimulasi dan pada akhirnya dapat menambah tinggi badan dengan cepat. Berbasikalah sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit sehari.

Melompat

Begitu juga melompat, otot kaki akan terstimulasi yang pada akhirnya membuat tubuh menjadi lebih tinggi. Oleh itu melompat sesuai untuk dilakukan sebelum masuk tidur dan berbasikal pada pagi atau petang hari.

Tidur dengan posisi yang betul


Sering kali seseorang tidur dengan posisi yang salah yang dapat menyebabkan postur tubuh menjadi tidak betul, seperti tubuh yang bongkok dan sebagainya. Posisi tidur yang benar adalah terlentang, kepala menghadap keatas, kaki lurus, serta tidak menggunakan bantal yang terlalu tinggi.

Tidur secara teratur dan hindari bersenam pada waktu malam



Hal ini kerana hampir 95% pertumbuhan manusia terjadi pada saat keadaan tidur. Bersenam yang dilakukan pada waktu yang betul secara normal, lonjakan hormon pertumbuhan manusia yang normal akan terjadi sebelum waktu tidur. Maka, tidur pada waktu yang betul amatlah bermanfaat untuk mendapat ketinggian.

Keperluan Kalsium

Kalsium adalah mineral yang penting bagi pertumbuhan tulang, antara lain untuk metabolisme tubuh, penghubung antara saraf, mencegah osteoporosis, sakit jantung, pergerakan otot, dan sebagainya. Sumber kalsium terdapat pada makanan seperti : telur, pisang, susu, keju, yogurt, dan masih banyak lagi.

Hindari makan sebelum tidur


2 jam sebelum tidur usahakan untuk tidak makan, kerana memakan sebelum tidur dapat memicu hormon insulin yang dapat melambatkan hormon pertumbuhan badan.

Hindari makanan yang boleh menghalang atau menyekat proses pertumbuhan badan


Kurangkan makanan yang menganduyngi lemak dalam jumlah yang banyak, makanan ringan, minuman berkarbonat, berkafein, alkohol. Ini kerana pemakanan yang tidak sihat ini boleh menghalang atau membantutkan pertumbuhan manusia dan juga memperlambatkan proses penyerapan kalsium di dalam tubuh badan.

Menjaga pergerakan tubuh badan


Untuk mendapatkan bentuk tubuh badan yang menarik, kita haruslah menjaga pergerakan tubuh. Contohnya, ketika duduk hendaklah berada posisi yang betul, apabila menulis di meja badan harus menegak ataupun semasa berjalan angkat sedikit posisi bahu jangan menunduk berterusan.


Nutrien yang cukup

Protein dan vitamin juga penting dan dapat membantu untuk menambah tinggi badan dengan cepat. Sumber makanan yang dapat mempercepat pertumbuhan tulang seperti yoghurt, telur, susu, keju, daging yang merupakan sumber dari zinc, magnesium, dan chromium kalsium yang baik untuk pertumbuhan tulang.

 Lakukannya secara rutin dan jadikan ia sebagai amalan harian kita In Shaa Allah berkesan. Jangan paksa diri!