Pages

Thursday, 11 June 2015

Paneh!! Punca anak Che Ta dipanggil bangang!







Baru-baru ini Rozita Che Wan telah membawa keluarganya ke London untuk bercuti sambil menjalankan sesi fotografi untuk promosi keluaran clothing line beliau yang terbaru dengan kerjasama Annas Easkey.
Namun bukan itu yang ingin diperkatakan di sini. Anak sulung Cheta, Ammar Effendy yang turut serta dalam rombongan percutian tersebut tidak kurang hebatnya berposing sakan di London, sambil tayang six pack pula tu!
Gambar yang dimuatnaik di laman Instagram Ammar Effendy menerima reaksi yang pelbagai daripada pengikut-pengikutnya, ada yang teruja dengan kesadoan Ammar dan tidak kurang juga ada yang kurang senang dengan posing sebegitu.
Biasalah ramai pengikut, banyaklah ragamnya. Mungkin Ammar juga kini sedang berjinak-jinak untuk mengikut jejak langkah ibunya untuk bergelar model.
  sumber : http://izyan.com/

Susu penuh dalam mulut

“Saya terkejut melihat air meleleh di hidung dan susu penuh di mulutnya. Ketika itu apabila kami sentuh, semua anggota badannya sejuk,” kata Nik Norazahari Nik Ibrahim, 27, bapa kepada Nik Norainun Mardiah berusia dua bulan yang meninggal dunia jam 5 pagi semalam dipercayai akibat tersedak susu di rumah mereka di Kampung Che Deris, di sini.
Menurutnya, sebelum kejadian dia dan isteri, Marfuzah Ibrahim, 27, dan seorang lagi anak mereka tidur.
Katanya, antara jam 3 dan 4 pagi, bayi perempuannya itu diberi susu badan oleh isterinya selepas terjaga, sebelum kedua-duanya tidur semula.
“Kami memang lena dan tidak sedar. Apabila saya bangun jam 5 pagi, dia (Nik Norainun Mardiah) sudah berkeadaan begitu.
“Saya segera mengejutkan isteri. Kami kemudian membawa Nik Norainun ke rumah ibu mentua di kampung berdekatan untuk memeriksa keadaannya.
“Bagaimanapun, semuanya sudah terlambat kerana dia sudah tidak bernafas lagi,” katanya sedih.
Katanya, ibu mentuanya Kamidah Esa, 58, turut mengesahkan Nik Norainun Mardiah sudah meninggal dunia ketika mereka tiba di rumahnya.
“Dia masih kecil lagi, tak sangka dia pergi seawal usianya begini kerana sebelum ini tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, malah sihat membesar seperti bayi lain,” katanya.
Bagaimanapun, bapa dua anak itu reda dengan pemergian anak bongsunya yang disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Che Deris, di sini, kira-kira jam 10 pagi semalam.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Disember 2014 @ 8:09 AM

NIK Norazahari menatap wajah bayinya di telefon bimbit dengan isterinya kelihatan masih sebak dan sugul.

Penyanyi Arab Suka Aksi Neelofa Dalam Kereta


..
Penyanyi Arab yang semakin menjadi sebutan ramai sejak kebelakangan ini, Humood AlKhudher, 26, tidak menyangka video rakaman aksinya di dalam kereta dan sedang menyanyikan lagu popularnya berjudul Kun Anta menjadi viral di Internet.
Menurut jejaka kelahiran Kuwait ini, dia terkejut apabila video tersebut mendapat lebih sejuta tontonan menerusi laman video sosial, Youtube sejak ia dimuat naik kira-kira dua bulan lalu.
"Ramai yang suka dengan lagu Kun Anta hingga menjadi viral dan tambah mengejutkan saya, ramai yang menonton dan 'like' video saya menyanyikannya di dalam kereta.
"Sebenarnya, itu bukan pertama kali saya rakam video dari dalam kereta tetapi itu video saya dalam kereta yang pertama menjadi viral," katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Malam Inspirasi sempena Festival Karyaone Fita UiTM 2015 yang akan berlangsung pada 12 Jun 2015.
Pada konsert yang akan berlangsung di Dewan Agung Tunku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam itu, Humood akan membuat persembahan buat pertama kalinya secara 'live' di hadapan peminat tanah air.
Selain itu, konsert tersebut juga dijayakan penyanyi terkenal, Amy Search dan Lah Ahmad.



Berkongsi lanjut mengenai sambutan hangat terhadap lagu Kun Anta, Humood menyatakan dia bersyukur sekaligus menyifatkan ia satu penerimaan luar biasa peminat terhadap lagu tersebut.
Malah, dia berasa gembira kerana ramai peminat Malaysia yang membuat parodi lagu tersebut termasuklah juga selebriti jelita, Neelofa.
Katanya, dia mengenali Neelofa sejak menonton parodi di dalam kereta oleh aktres itu menerusi laman sosial, Instagram.
"Saya tidak banyak tahu tentang muzik Malaysia tapi saya kenal penyanyi seperti kumpulan Raihan, Rabbani dan Yuna. Saya ada dengar lagu-lagu mereka.
"Saya juga tahu Neelofa tetapi belum pernah berjumpa lagi dengannya. Saya tahu namanya sejak saya tonton parodi video yang dilakukannya menerusi Instagram dan saya suka parodi itu.
"Saya difahamkan akan ada satu sebuah program dan saya akan berjumpanya (Neelofa) di sana nanti," katanya yang terbabit dengan program hiburan, Meletop.




Dalam pada itu, Humood juga menyatakan dia turut menerima tempias impak daripada populariti lagu berkenaan. dan kini semakin dikenali ramai serta bertambah peminat.
"Lagu Kun Anta memperkenalkan saya kepada ramai peminat termasuk kini saya punya ramai peminat di Malaysia.
"Walaupun sudah dikenali, saya cuba untuk tidak mengubah apa-apa tentang diri saya.
"Lagu Kun Anta itu sendiri maksudnya jadilah diri sendiri. Jadi, saya akan terus menjadi diri saya dan berharap peminat terus menyokng karier saya," kataya yang merancang mahu menghasilkan lebih banyak lagu berunsur inspirasi dan motivasi pada masa hadapan.

Wednesday, 10 June 2015

BAYI SERBA HITAM LAHIR DI AFRIKA SELATAN


11392914_921198511234646_4818177988996148913_n
11392914_921198511234646_4818177988996148913_n
BAYI SERBA HITAM LAHIR DI AFRIKA SELATAN | Biarpun hitam namun anak yang dikatan bayi paling gelap ini nampak comel dan sangat luar biasa,sumber mengatakan bukan hanya setakat kulit saja yang hitam,kuku,mata serta bibir bayi ini juga ikut berwarna hitam seperti kulit bayi itu sendiri.
Keunikan yang dimiliki bayi yang lahir di afrika selatan ini di juliki dengan nama bayi paling gelap di dunia.dua keping gambar bayi yang tersebar di media sosial mulai menjadi viral dan para media turut memburu biodata serta tempat dimana anak itu dihirkan.sampai kini masih belum ada mana mana media yang memastikan siapa sebenarnya bayi yang di juluki bayi paling hitam di dunia ini.
GAMBAR BAYI PALING GELAP DI DUNIA
10469042_921198514567979_6984173136112526244_n