Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan atau berdiet, mereka akan mengelak dari makan malam.
Tapi sebenarnya makan malam tidak
menjadi masalah. Apa yang penting ialah anda perlu tumpukan pada kalori
yang mungkin akan menjadi lemak akibat daripada makan malam anda.
Jadi, untuk mengelakkan terjadinya lemak akibat daripada makan malam yang anda ambil, ikuti tips mudah ini!
Jalan-jalan
Melakukan sukan ringan seperti jalan
kaki merupakan aktiviti yang sangat baik membantu membakar lemak dengan
perlahan dan menghilangkan rasa penuh di perut.
Mendengar muzik dan bergoyang
Tidak ada salahnya menggoyangkan badan
sambil mendengar muzik. Anda juga boleh ikut menyanyi kerana menyanyi
pun boleh membakar lemak. Menggabungkan mendengar muzik sambil berjalan
juga sangat baik.
Berbual bersama teman
Jika anda tidak ada aktiviti yang boleh
dilakukan, berbual juga boleh membuat tubuh menghalang pembentukan
lemak. Jangan terus tidur setelah makan. Berbual juga boleh melepas
tekanan dan menjadikan otak anda tetap aktif.
Mencuci pinggan
Tentu saja anda perlu membersihkan dapur
selepas makan malam, misalnya mencuci pinggan mangkuk dan peralatan
dapur. Mengelap meja dapur dan meja makan juga boleh jadi cara mudah
membakar kalori.
Meditasi
Salah satu cara terbaik mengelakkan
tidur selepas makan malam adalah dengan meditasi. Cuaca malam yang sejuk
dan boleh membuat anda rileks. Lakukan paling tidak 15 minit sebelum
tidur untuk mencegah pembentukan lemak.
Lagi satu, elakkan dari
melakukan aktiviti berat selepas makan malam jika tidak mahu perut anda
rasa sakit. Lakukan aktiviti ringan tetapi dalam masa yang lama selepas
makan malam.
2 comments: