Pages

Sunday 22 March 2015

15 Foto sekitar karpet merah Anugerah Drama Festival KL 2015

Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2015), festival drama lebih besar, lebih dramatik serta menyediakan platform untuk menimba ilmu, merasai pengalaman dan meraikan karyawan tempatan kini kembali bagi tahun 2015!
Pada tahun kedua ini, DFKL 2015 yang dibawakan oleh TV3 dan TV9 menjanjikan pengisian yang lebih baik, menarik dan turut menampilkan wajah-wajah baru seperti pelakon, pelawak, pengarah filem dan animasi yang terkemuka dan mendapat pengiktirafan tidak hanya dalam industri hiburan tanah air malahan luar negara.
DFKL pada tahun ini turut mengangkat Zul Ariffin dan Nur Fathia sebagai duta utama DFKL 2015. Sementara Nora Danish pula, dilantik sebagai duta media sosial. 
Mereka akan mempromosikan DFKL 2015 melalui laman sosial, turut serta di sesi jelajah, bengkel dan malam Anugerah DFKL 2015.
Kali ini, beberapa penceramah berpengalaman akan terlibat dalam bengkel yang bakal diadakan pada 14 dan 15 Mac nanti. Bukan sahaja mereka yang berpengalaman dari segi lakonan, komedi, pengarahan dan skrip drama malahan, pakar-pakar animasi turut terlibat dalam bengkel pada tahun ini. 
Antaranya ialah Datuk Yusof Haslam, Sheila Rusly, Remy Ishak, Adi Putra, Syed Nurfaiz Khalid (Les’ Copaque), Usamah Zaid (Wau Studio), Nizam (Animonsta),Tariq (Glue Studios) dan ramai lagi - Budiey.
Apapun, mari saksikan 15 foto sekitar karpet merah Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 yang sedang berlangsung ketika ini.












No comments:

Post a Comment