Pages

Sunday 8 March 2015

Lagi 6 foto koleksi rumah mewah & kereta Siti Nurhaliza akhirnya didedahkan


Siapa menyangka, penyanyi tersohor negara kini menduduki tangga ketiga wanita paling kaya di Malaysia hanya di belakang isteri mendiang usahawan Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Puan Seri Lee Kim Hua dan Tan Sri Michelle Yeoh.
Jumlah kekayaan yang dimiliki isteri Datuk K itu melebihi RM50 juta hasil jualan album dan juga empayar perniagaannya, produk kecantikan SimplySiti.
Jika ini hakikatnya, pasti ramai yang bersetuju dengan kebenaran laporan terkini yang menyatakan bahawa penyanyi dan usahawan terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tersenarai sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia.

Siti dilaporkan memiliki jumlah pendapatan melebihi RM4.9 juta hasil jualan album dan meraih lebih RM50 juta daripada hasil keuntungan perniagaannya.

Pemilik jenama produk kecantikan SimplySiti ini mendirikan rumahtanga dengan usahawan terkenal Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.

Berita tersebut telah dipetik melalui sesawang, SaveMoney.my baru-baru ini yang meletakkan beberapa tokoh terkemuka Malaysia sebagai wanita terkaya di negara ini.

Antaranya ialah isteri mendiang usahawan Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Puan Seri Lee Kim Hua yang mempunyai aset kekayaan paling tinggi (RM21.32 billion) disusuli aktres antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh ($245 juta).

Tempat keempat pula ialah Pauline Chai iaitu pemilik rangkaian Laura Ashley dan juga bekas Miss Malaysia 1969 yang berpendapatan RM244,568 sebulan. Manakala tempat kelima wanita terkaya Malaysia ialah Datuk Nicol Ann David, pemain squash yang memiliki RM1.4 juta.
Sumber : Myartis






No comments:

Post a Comment